Wednesday 30 December 2015

Hasil Pertanian...Hasil Keringat Petani

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Hari ini ada makan sayur tak...? Buah...? Tak ada ker...? Ohhhh....ada makan sayur yer... Bagus-bagus. Baik untuk kesihatan. Saya bertanya itu dan ini tu bukannya apa....sebab artikel kali ini adalah berkaitan hasil Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah Projek Jabatan Pertanian dan artikel kali ini menjurus kepada TKPM Titi Gantong, Bota, Perak.

Di bawah adalah nama-nama pemenang yang mana pesertanya terdiri dari peserta TKPM titi Gantong bagi Pertandingan Hasil Pertanian sempena AGROFEST NEGERI PERAK 2015. Sempena Agrofest ini, semua hasil pertanian yang dikeluarkan oleh semua petani  dari negeri Perak yang telah dipilih bagi menyertai pertandingan, dikumpulkan dan diadili oleh hakim-hakim yang pakar dalam bidang pertanian. Hasil yang dipertandingkan pula ada bermacam kategori. Antaranya sayur buah, buah-buahan dan tanaman ladang.

Jom kita tengok pemenang bersama hasil pertanian keluaran mereka.


Sunday 27 December 2015

HPPNK 2015 Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HPPNK 2015 Siri 2...apa pula yang saya nak kongsikan dalam artikel kali ini...? Jika dalam HPPNK Siri 1 saya kongsikan dengan anda semua tentang replika-replika dari hasil pertanian....tidak kurang hebat juga dengan artikel kali ini. Tetapi gambar yang saya kongsi tak banyak tau...tak dapat muatnaik banyak sebab line internet sangatlah lambat.

Artikel kali ini tentang Terrarium....bukan akuarium yang ada ikan yer...akuarium ini ada pokok. Pokok hiasan...batu hiasan...media penanaman...

Tahniah SMK Wira Penrissen dari saya peminat tegar keladi hiasan.

Thursday 24 December 2015

Tahukah Anda....? Jom Saya Bagitahu Tentang Biji Kopi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahukah anda...? Salah satu faedah biji kopi kepada kita ialah..... meneutralkan semula bau minyak wangi yang hidung kita telah hidu. Tips ini telah diberikan oleh penjual minyak wangi sendiri. Gerai minyak wangi tersebut ada di Tesco Station 18, Pengkalan, Ipoh, Perak.

Biji kopi yang telah dimasak (goreng atau bakar...tak pasti sebab lupa nak tanya pula....)
Berbalik kepada tips di atas. Lepas hidu pelbagai jenis bau minyak wangi...sudah tentulah hidung kita dah pening dengan ( hidung pun boleh pening ker...? ) Bukanlah...sudah tentulah hidung kita tak dapat nak menentukan bau minyak wangi yang baru, samada bau tersebut sesuai atau tidak dengan  yang dikehendaki oleh kita. Jadi, bolehlah cium dahulu bau biji kopi sebelum menghidu minyak wangi yang seterusnya.

Itu sahaja untuk perkongsian artikel kali ini.

Semoga berguna...

Wednesday 16 December 2015

Lokasi Menarik : Bharat Tea Cafe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minum petang di Cafe Bharat Tea tidaklah dirancang. Namun sementara menunggu kakitangan lelaki menunaikan solat jumaat, maka kami bersetuju untuk menunggu di Cafe Bharat Tea. Ini kerana kami telah Check Out dari tempat penginapan di sebelah paginya. Program ini berlaku sekitar pertengahan bulan November yang lalu.

Bharat Tea....

Tuesday 15 December 2015

HPPNK 2015 Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HPPNK 2015...Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan di Kota Samarahan, Sarawak dari 27 Nov sehingga 03 Dis 2015 yang lalu.

Bagi artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang replika-replika yang saya jumpa sepanjang lawatan ke HPPNK 2015 tersebut.

Replika Bunga Dari Bawang Merah dan Bawang Putih

Thursday 10 December 2015

Moh Ke Ladang Kome...!!! Artikel Cerita Pada Pagi Tadi 10/12/15

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seawal jam 8.00 pagi...... (Rasa penat sangat malam ni, cadang nak kemaskini artikel tapi rasa mengantuk pun dah menjengah mata....Insya Allah esok saya sambung kemaskini artikel ini ya....)




Ok...saya sambung semula artikel kali ini....
12/11/2015 (12.18 tengahari-waktu rehat)

Banner di atas...adalah design saya yang terakhir bagi tempat kerja sekarang yang akan saya tinggalkan. Gambar di dalamnya tu rakan-rakan sekerja yang sediakan. Jadi kedai printing hanya print sahaja.....

Program ini telah heboh sehingga keluar negeri Perak. Al maklumlah...zaman media sosial. WhatsApp saja sudah cukup untuk menyebarkan aktiviti ini. Asalnya bannar di atas dari
satu sumber sahaja iaitu yang dimuatnaik dalam laman facebook  Jabatan Pertanian, Bahagian Hortikultur Negeri Perak.

Boleh lihat gambar di bawah. Seawal jam 8.00 pagi telah ada pengunjung yang sampai di ladang. 

Jam 9.00 pagi.

Saturday 5 December 2015

Lawatan Ke Kuching Sarawak Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam ini ada masa sikit untuk menulis. Masih berkisar tentang lawatan ke Kuching, Sarawak. Kalau belum baca artikel Lawatan Ke Kuching Sarawak Siri 1... boleh klik di sini...

Selepas selesai tengok-tengok harga kek lapis sarawak. Kami bersetuju untuk datang semula esok. Bukan apa, kalau beli awal sangat nanti kek lapis cepat rosak pula. Jadi belilah bila dekat-dekat nak balik. Dalam perjalanan nak ke jeti bot penambang, Encik Abang ternampak satu gerai makanan tradisional. Dia suka sangat merasa makanan/kuih-kuih tradisional ni. 

Gerai Milik Rina dan Jordan

"MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom Sertai

Maklumat Lanjut : Sila Klik Banner Di Atas
Tarikh Tutup : 7 Dis 2015

Anjuran : MYiDEAKiNi.com

Mengapa saya ingin tersenarai dalam bloglist MYiDEAKiNi.com ...? Mengapa...?

Sebabnya :
  • Pastinya Blog akan disenaraikan dalam bloglist MYiDEAKiNi.com
  • Ilmu pengetahuan berkaitan blogging dapat diperolehi dari dari MYiDEAKiNi.com
  • Boleh menambah kenalan dari kalangan rakan blogger
  • Traffic ke blog sendiri diharap akan meningkat....sikit pun dah ok dah...
  • Boleh dapat duit jika berjaya...Jika tak berjaya tak rugi apa pun...Malah banyak manfaat yang saya boleh dapat....
Itu saja kot....sikit-sikit sudah lah...

Segmen Apakah Saya...? Pemenangnya Adalah.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Segmen Apakah Saya....? telah pun tamat...

Thursday 3 December 2015

Lawatan Ke Kuching Sarawak Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel kali ini tentang lawatan ke Kuching, Sarawak. Pertama kali sampai ke Bandaraya Kuching ni. Sana-sini ada replika kucing. Kiranya ini kali kedua sampai ke Sarawak. Kali pertama dulu ke Miri. Masa tu masih kecil lagi. Tak banyak sangat memori yang lekat dalam kepala.

Masa tengah tulis artikel ini...saya masih di Kuching lagi. Malam nanti baru balik.


Friday 27 November 2015

Segmen Apakah Saya...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya terasa nak buat segmen ini dengan tiba-tiba sahaja....Tujuannya nak menambah kenalan dan juga di sebaliknya adalah Follower.


Lukisan Di Batang Pokok ? Ada ke...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lukisan di batang pokok...? Ada ke...? Ada...

Anda dah pernah jumpa ker...? Belum...? Kalau belum... jom kita pi tempat ni.... Kat mana...? Di Perak. Dekat Gopeng..... Ala.... Gaharu Tea Valley tu....tempat yang menarik untuk dilawati juga jika nak melawat Negeri Perak. Nak tahu tak...semua pokok gaharu ditanam menggunakan teknologi organik tanpa baja kimia dan racun kimia...semunya guna siraman dan semburan organik.

Dah...dah...dah... Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda tentang Lukisan Pada Batang Pokok Gaharu.... Jika anda melawat Gaharu Tea Valley ni, jangan lupa untuk mohon pihak pengurusan ladang untuk bawa anda melawat kawasan ini.



Tuesday 24 November 2015

Beli Bekal Makanan Di Tamu Tuaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita dalam artikel kali ini adalah tentang beli bekalan makanan. Ini kerana kami nak gerak ke Tip Of Mengayau Borneo di Kudat. Kiranya artikel kali ini adalah kesinambungan cerita tentang artikel sebelum ini iaitu Jalan-jalan Di Tamu Tuaran.

Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak dari rumah penginapan kerana pada hari itu kami akan ke Tip Of Mengayau Borneo. Nun jauh di Kudat. Jadi bekalan makanan mestilah mesti dibawa agar tidak lapar ketika dalam perjalanan nanti. Sesampai sahaja kami di Tamu Tuaran. Kesempatan yang ada digunakan untuk meninjau sekitar pasar. Dah puas tengok ikan-ikan yang dijual dan juga naik Jambatan Gantung Tuaran, agenda seterusnya ialah beli makanan.

Gerai Jualan Kuih Muih... Kuih Jawa dan Apam pun ada.

Saturday 21 November 2015

Cerita Tentang Pokok Di Rumah - Siri 1

Assalamualaikum dan sejahtera...

Hujung-hujung minggu ni nak buat apa ya.... Bagi saya jika tidak ada aktiviti luar yang jauh dari rumah, aktiviti yang selalu saya lakukan adalah "Kelebek Bunga". Selain itu, gembur tanah, cabut rumput juga menjadi rutin dalam aktiviti berkebun ini.

Justeru, artikel kali ini hanya tentang pokok di sekitar rumah. Pokok yang ada taklah cantik sangat hehehe. Bunga yang menjadi pilihan hati saya untuk hari ini ada dua. Keladi hiasan dan galdiolus.

Kelebek Bunga : Keladi Hiasan (Tanaman Umbi/Ubi)



Wednesday 18 November 2015

Idea Ringkas Berjimat - Meja Makan & Bilik Pengantin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuti sekolah hanya beberapa minggu sahaja lagi. Saya dah dapat kad jemputan kahwin untuk bulan Disember depan... Bagaimana pula dengan anda...? Saya dapat jemputan kenduri kahwin tu di Langkawi pula tu alamatnya....Insya Allah ada rezeki dapat ke Langkawi lagi sekali.... 

Biasalah kan, kenduri kahwin ni sinonim dengan cuti sekolah.

Jadi, dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang hiasan bilik pengantin dan meja makan pengantin yang ringkas sahaja... kos pun rendah...jimat... buat sendiri.... tapi rekabentuk tu tengok juga majalah dan cari juga dalam laman web berkaitan. Digabungkan pula dengan idea spontan adik-adik sepupu yang kreatif-kreatif semuanya....



Saturday 14 November 2015

Jom Bertani - Konsep & Idea Bertani

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Artikel kali ini berkisar tentang idea bertani terutama dari segi bahan dan peralatan untuk tanaman hidup berpaut...membesar...menghijau dan sempamanya.....

 Gambar-gambar di dalam artikel adalah hak milik sendiri. Konsep dan idea bertani diperolehi dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian, Johor.

Tanaman Labu & Petola Sebagai Pelengkap Pintu Gerbang

Friday 13 November 2015

Jambatan Gantung Siri 1- Saya Dah Naik... Anda Bagaimana...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Trip To Sabah

Artikel kali ini adalah semata-mata tentang Jambatan Gantung... 

Pernah naik tak jambatan gantung..? Kalau belum pernah, eloklah cuba ya... Kalau gayat, ajaklah Cik Abang ke...Cik Adik ke...naik sekali....buat teman...ada juga tempat berpaut apabila jambatan ni goyang.... hehehe....


"Jom Naik Jambatan Gantung"

Jambatan Gantung Tuaran

Ini boleh dikira sebagai kesinambungan kepada artikel sebelum ini....

Pintu Gerbang Jambatan Gantung Tuaran.....cantikkan pintu gerbangnya..


Saturday 7 November 2015

Makam Diraja Langgar....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Makam Diraja Langgar

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda semua tentang salah satu lokasi yang boleh dilawati di dalam senarai lawatan anda jika ke Negeri Kedah....Negeri Jelapang Padi noooo...


Friday 6 November 2015

Segmen Kembara Misteri Burung Hantu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jom Pakat-pakat Sertai Segmen Kat Bawah... 

Syarat-syarat penyertaan boleh diperolehi dari pautan pada banner di bawah...senang sahaja syaratnya....sebab itu saya sertai....
(Anjuran Blog rosnordin)

Saya baru pertama kali....anda bagaimana....?



Segmen ini tamat pada 13/11/2015 jam 12 tengah malam....

Ingat ya...tengah malam tu....

...... ooo ... ooo... ooo (bunyi burung hantu)




Thursday 5 November 2015

Pemandangan Indah - Jeti Kampung Beng Lenggong

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Artikel kali ini adalah tentang suasana di sebuah jeti kecil di sebuah kampung yang terletak di Lenggong, Perak... iaitu kampung mak angkat saya yang kedua... Ala yang rumah dia banyak bunga Zinnia tu....

Pemandangan indah di Jeti Kampung Batu Ring

Wednesday 4 November 2015

Dekorasi Laman - Rumah Mak Angkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Tengah buat apa tu...? Saya pula tengah tengok-tengok gambar yang dah berbulan-bulan saya tak tengok sejak April lalu.... Gambar rumah mak kepada mak angkat saya yang kedua... Bukanlah mak angkat yang membela saya, tetapi saya dapat beliau melalui satu program keluarga angkat. 

Bunga Zinnia Kuning....

Tuesday 3 November 2015

Kitar Semula - Sudu Plastik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Segmen Kitar Semula



Wah...wah...wah .....Segmen Kitar Semula tu....



Sunday 1 November 2015

Kompleks Kraf Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Jom sambung baca cerita saya untuk pembukaan bulan November ini....
Tak lain tak bukan tentang Kompleks Kraf Langkawi....Ini merupakan kali kedua saya melawat Kompleks Kraf Langkawi....sebelum ini pada tahun 1994...lama kan....ya dah lama sangat tu...masa tu baru tingkatan empat....masa balik cuti sekolah....masa tu kami tinggal di Sabah....

Lepas naik Langkawi SkyCab ....tempat lain yang kami lawati juga ialah Kompleks Kraf Langkawi.... saja masuk tengok...rupanya tengah ada pameran dan aktiviti lain...Di sini banyak gerai jualan yang boleh disewa....Kalau anda nak tahu ia dibuka pada tahun 1996....tapi saya silap kah....rasanya tahun 1994 dah ada dah kompleks ni.....mungkin dulu nama lain kot....atau belum dirasmikan kot.....nanti saya tengok semula gambar lama saya tu....tahun bila....harapnya gambar tu ada tarikh...

Masuk sahaja ke dalam saya terjumpa seni kraf gulung kertas ni....di tempat kerja ada seorang pegawai yang minat kraf ini....memang cantik dia buat....



Wednesday 28 October 2015

Langkawi SkyCab

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ini punya cerita....cerita kita pergi bercuti....tapi cuti itu sudah lama ya...

Sesampai sahaja kami di Langkawi SkyCab....tempat pertama yang kami tuju ialah bilik air. Di salah satu bilik air yang kami singgah tu ada keladi hiasan....gembiranya saya....pokok kesukaan ada di sini juga....cantik dan rimbun pula tu...

 Tetapi saya bukanlah nak bercerita tentang pokok kesukaan saya dalam cerita kali ini...saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang percutian kami ke Langkawi yang tidak dirancang tetapi rasa terdorong hendak ke Langkawi atas jemputan kenduri kahwin sepupu bapa saya....dan alang-alang sudah sampai kita berjalan ratalah di Pulau Langkawi ni...Pulau Lagenda...Pulau Mahsuri...

Berbalik kepada Langkawi SkyCab... Tiket diperlukan untuk ke puncak menaiki Kereta Kabel/Gondola.



Friday 16 October 2015

Pengurusan Tanaman Cili Fertigasi - Persediaan Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jika sebelum ini di dalam artikel Pengurusan Tanaman Cili Fertigasi - Pengenalan hanya berkongsi berkaitan pengenalan sahaja....sebagai gambaran awal bagi sesiapa yang baru hendak memulakan penanaman cili secara fertigasi. Artikel kali ini akan lebih menekankan kepada sebahagian persediaan awal bagi memulakan penanaman cili secara fertigasi. Bagi pengusaha atau petani yang telah lama berkecimpung dalam bidang pertanian terutama penanaman secara fertigasi....maka mereka adalah sifu anda semua yang sebenarnya... Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya sahaja...

Namun pengalaman petani juga diambil kira dalam perkongsian artikel kali ini...

 Merujuk kepada slaid (saya gelar slaid yer) di atas, saya bahagiakn pengurusan tanaman cili ini kepada empat (4) bahagian utama iaitu :

1 Pengurusan Pra Semaian & Penanaman
2 Pengurusan Semaian
3 Pengurusan Tanaman
4 Pengurusan Penjagaan



Thursday 15 October 2015

Pengurusan Tanaman Cili Fertigasi - Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Jom Tanam Cili

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengurusan tanaman cili secara fertigasi. Di bawah adalah nota-nota yang saya sediakan bagi mengajar sesiapa yang hadir ke kursus berkenaan.
Semua gambar adalah gambar saya sendiri yang diambil dari kamera sendiri kecuali gambar jentera di bawah dan cili merah dan kuning tu yer...

Disebabkan tak mahu menaip semula, maka saya kongsikan dalam bentuk jpeg. Kali ini aya kongsikan pengenalan dahulu dengan anda semua... Ilmu itu untuk dikongsi... tetapi kemahiran dan pengalaman perlu dicari sendiri.... 

Tambahan pula, kalau nak tunggu jemputan memberi ceramah, tak tahu bila...jadi saya kongsikan dahulu sebagai langkah berjaga-jaga...takut-takut komputer atau pendrive diserang virus...adalah juga alternatif kepada nota ini nanti...


Sunday 11 October 2015

Laman Edibel Pejabat Pertanian Kawasan Langkap (Jabatan Pertanian)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Malam ini saya ingin kongsikan gambar tentang laman edibel... Sekarang di negeri Perak sedang giat mempromosikan Program Jom Bertani... Gambar ini sudah lama saya simpan, tertiba terjumpa gambar ini dalam laptop. Daripada disimpan lebih baik dikongsikan dengan anda semua yang saya sayang....hehehe...


Tuesday 6 October 2015

Vertical Farming - Cantikkan Dinding Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini artikel berkaitan tentang Kitar Semula jugalah....Tapi sikit-sikitlah....Sama juga macam dua artikel sebelum ini... Kasut dan Vacuum Cleaner... Apa yang berbeza kali ini ialahartikel pada malam ini berkaitan tentang cara nak mencantikkan dinding anda yang kosong. Ala-ala Jom Buat Sendiri..... Saya kategorikan sama seperti Vertical Farming...Konsep sama walaupun kaedah dan bahan berbeza.

Kalau hanya warna cat sahaja yang ada, bila lalu tepi dinding pasti rasa kosong saja. Sekurang-kurangnya, ada jugalah pemandangan bagi pemandu yang sedang meletak kenderaan di tepi dinding tu. Tak adalah bosan sangat.


Monday 5 October 2015

Cili Varieti 151

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tanaman cili. Apa yang menarik tentang cili ini ialah ia ditanam menggunakan teknologi organik. Tanpa sebarang baja kimia dan racun sintetik. Jadi, percayalah bahawa cili boleh ditanam secara organik. Teknologi yang digunakan ialah Teknologi DOA Plant Booster.

Pokok Cili Varieti 151
Jika dikira jumlah buah cili pada pokok di atas, lebih kurang 33 biji buah cili ada pada pokok. Bayangkan jika setiap buah beratnya lebih kurang 25 gram. Jumlah beratnya 0.85 kg. Ada lagi sebanyak 1.2 kg untuk menghampiri 2 kg. Rasa-rasa anda semua boleh dapat tak 2 kg cili sepokok.

Pokok cili varieti 151 ini jika ditanam di ladang secara terbuka, ia didapati agak rendah sekitar 45 cm tinggi. Ia juga mempunyai ranting yang agak melepai dan jika tiada sokongan dibuat, sudah pasti hujung rantingnya akan mencecah tanah. seterusnya buah akan rosak akibat melecur terkena plastik silvershine dan juga jangkitan oleh penyakit bawaan tanah. Namun jika tunas air tidak dibuang, ia akan kelihatan tinggi. Di dalam amalan agronomi tanaman cili, tunas air yang tumbuh/keluar dari batang utama mesti dibuang. 

Tuesday 22 September 2015

Terperangkap Di Dalam Lif....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernahkah anda terperangkap di dalam lif.....? Jika ya...Apakah perasaan anda ketika lif mula-mula terhentak sebelum berhenti...? 

Saya dah tentu berdebar dan rasa takut.....Takut-takut kabel terputus ke? Macam-macam lagilah dalam fikiran. Peristiwa itu berlaku dah lama ketika menghantar adik lapor diri ke KSKB. Kami keluar semula kerana hendak membeli keperluan adik saya. Singgahlah di sebuah pasaraya berdekatan. Kejadian ini berlaku ketika kami hendak turun ke tempat letak kereta. 

Pada mulanya, pergerakan lif ok sahaja. Selepas lif tu menurunkan/mengeluarkan pengguna lif yang hendak turun di tingkat 3, lif itu bergerak ke bawah pula. Ketika itulah lif tersebut yang masih bergerak mula terhenti tiba-tiba menyebabkan berlaku hentakan/terhentak kuat dan kami rasa lif itu tergantung-gantung sahaja. Pada masa itu, sempat terfikir kalau-kalau kabel putus dan terus jatuh ke bawah. Nauuzubillahhiminzalik

Takut memang takut...macam-macam dalam fikiran. Syukur alhamdulillah sebab ada telefon bimbit dan ada kredit. Boleh juga digunakan untuk telefon penyelenggara lif. Bukan apa, loceng kecemasan tak berfungsi pula.... Bayangkan jika tiada loceng, tiada telefon bimbit, tiada kredit telefon dan tiada lampu dalam lif. Agak-agaknya siapa la yang nak dengar jeritan kita. Nombor telefon penyelenggara lif memang ada terpampang pada bahagian dalam lif. Saya agaklah, selalu kot lif tu rosak, sebab itulah ada nombor penyelenggara tersebut.

Agak lama juga la penyelenggara lif tu nak sampai, adalah dalam setengah jam. Kami siap telefon tiga kali. Apabila pintu dibuka, lantai hypermarket tu berada betul-betul di tengah-tengah pintu lif. Penyelenggara lif terpaksa tarik naik sikit lif supaya kami dapat panjat keluar. Teringat pula cerita tv berkaitan dengan orang yang jatuh lif. Ingin saya berpesan di sini, jika hendak melangkah keluar dari lif, tengok-tengoklah lantai di luar samada ada atau tiada.

Wednesday 9 September 2015

Menara Alor Setar


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Jam menunjukkan jam 3.30 pagi ketika saya memuatnaik gambar untuk artikel blog saya pada kali ini...Selain sudah lama tidak kemaskini, sebab lain saya kemaskini blog ni awal pagi buta sebab tak boleh tidur balik....terjaga dari tidur...artikel kali ini ada kaitan dengan artikel sebelum ini....Telekomuzium

Tetapi, mata telah mulai mengantuk....jadinya...biarlah gambar berbicara dahulu yer...Apabila saya ada kelapangan saya akan kemaskini....boleh pula lagu tu (macam tu)...hehehe

Kata orang... di sebalik gambar tersirat seribu satu cerita...kekadang jalan cerita yang panjang adalah hasil dari sekeping gambar...

Pada 11/09/2015 barulah ada masa saya mengemaskini cerita tentang Menara Alor Setar ini...

Pandangan dari bawah Menara Alor Setar
Jenuh juga la nak mendongak kepala mengambil gambar menara ni...dua tiga kali lah juga...tak cantik jer padam...tak sama kiri kanan jer padam....

Tuesday 25 August 2015

Tut : Mengubah Keratan Tut Ke Dalam Polibeg

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang cara hendak pindahkan bahan tanaman yang dibiakkan menggunakan kaedah tut. Kali ini tanaman yang telah digunakan ialah tanaman jambu batu.
Bahan Tanaman : Keratan Jambu Batu Yang Telah Ditut.

Wednesday 19 August 2015

Keledek Kulit Merah Isi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Keledek....keledek....

Jika dibuat karipap atau cucur badak, sudah tentu sedap....makan sambil minum petang pula tu....


Kali ini saya berkongsi tentang tanaman keledek yang ditanam di TKPM Sungkai, Perak. Pengusahanya seorang yang rajin, tengahari rembang pun masih di ladang.


Friday 14 August 2015

Lokasi Menarik... Telekomuzium

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua...

Lama saya tak kemaskini cerita dalam blog saya ni... Setelah pindah masuk ke rumah sewa yang baru ni...inilah kali pertama saya menulis dari rumah... Bukan apa... suasana dan keadaan yang berselerak menjadikan saya tak sempat nak menulis.....woww...alasan tu...hehehe

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Menara Alor Setar....tetapi bukanlah tentang menara ini...ianya tentang satu muzium yang ada di dalam Menara Alor Setar ni.... Muzium apa...? 

Telekomuzium

Tuesday 4 August 2015

Idea Kreatif....Guna Kasut Anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Banyak hari juga saya menyepi, sebabnya sedang pindah rumah. Rumah masih berselerak dan badan pun letih. Idea pun kurang bernas. Nak mengarang satu ayat pun makan masa berjam-jam. 

Artikel kali ini khas Buat Qaseh Vee ... Pn Paridah ... JR's Blog ... Norazimah ... Teratak Bunda ... Tukang Kebun ... Aniey Yusoff  dan lain-lain pembaca blog ini.

Inilah lagi satu cerita....opss...salah lah pula... Inilah lagi satu idea kreatif yang dibuat sendiri oleh mak saudara sebelah suami saya. Di dalam artikel sebelum ini be;iau menggunakan semula alat pembersih (vacuum cleaner) untuk gubahan bunga beliau...  

Kali ini kasut anak beliau pula yang menjadi bahan idea kreatif. Tanaman hiasan yang digunakan juga dari jenis yang tahan lasak dan tidak mudah mati. Kesian kat pokok tu kan...? Kena cium bau bekas kaki siapa agaknya....

Bagus juga idea ini pada pandangan saya. Bukan apa, sudahlah kita beli mahal-mahal. Jadi apalah susahnya kalau kita gunakan semaksimum mungkin. Barulah nilai wang yang kita keluarkan masa membeli kasut akan berbaloi.

Jom Guna Semula Apa Yang Boleh Digunakan


Wednesday 29 July 2015

Zuccini... Tanaman Makanan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Artikel pada hari ini adala berkaitan tanaman makanan. Kalau tiada makanan langsung boleh mati kita dibuatnya. Sudah semestinya perut asyik berkeroncong sahaja sebab nak diisi dengan makanan.

Tanaman makanan kali ini ialah Zuccini. Tanaman ini agak terkenal di Negara Eropah dan Negara Barat. Di Malaysia, tanaman ini agak baru diterima masuk ke dalam pasaran. Namun semenjak kebelakangan ini, selalau pula saya jumpa Zuccini di pasaraya terutamanya. Di pasar-pasar borong belum jumpa lagilah.

Melalui rujukan dan pembacaan dari blog lain antaranya blog http://animhosnan.blogspot.com/ ... zuccini tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Merupakan tanaman renek. Buahnya menyerupai buah timun. Isinya putih krim. Boleh dimakan segar dan boleh juga dimasak.

Gambar-gambar di bawah saya perolehi melalui lawatan saya ke salah satu ladang menuju ke Cameron Highlands. Pokok zuccini yang ditanam di bawah Struktur Pelindung Hujan adalah sangat berbeza dengan pokok zuccini yang ditanam tanpa Struktur Pelindung Hujan. Nanti saya kongsikan di dalam artikel seterusnya berkaitan zuccini tanpa SPH.

Barisan tanaman Zuccini yang subur.

Wednesday 22 July 2015

Kitar/Guna Semula Alat Pembersih

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini punya cerita petang-petang setelah selesai kerja baru ada masa mengarang...

Kitar Semula... apa sahaja barang atau bahan yang boleh diguna semula itulah yang saya faham tentang kitar semula.

Ketika raya ketiga kedua yang lalu, sempatlah juga saya berkunjung ke rumah mak saudara sebelah suami saya... Niat berkunjung memanglah nak beraya....ditambah lagi dengan menu nasi planta yang disediakan oleh mak saudara....asam pedas rebus pula tu....sedap...

Sampai sahaja kat rumah beliau, mata saya tertumpu kepada benda yang ada dalam gambar di bawah. Mata saya ni suka tengok gubahan bunga sebenarnya. Tambahan pula bunganya berwarna oren tu memang menyerlah...Tetapi yang saya tertarik sangat tu adalah vacuum cleaner...kreatif bebenor...kata orang Perak...Woww...dalam bekas ni pun boleh gubah bunga....cantik-cantik...



Monday 20 July 2015

Apabila Raya Tiba....

Tahun 2015 adalah giliran saya beraya dengan keluarga mertua di Layang Kiri, Parit. Berkongsi sedikit gambar dengan rakan-rakan sempena raya. Asyik simpan gambar dalam pendrive sahaja. Takut hilang atau rosak nanti. Ada juga back up.

Suasana Malam Raya

 Malam raya kalau sebelah suami saya mesti main bunga api. Al maklumlah adik beradik sebelah suami ramai lelaki. Sepupu dia pun ramai lelaki. Rumah abah dia pula jadi tumpuan sebab mak suami saya ni yang paling tua. Lagi pun mereka tinggal di rumah pusaka nenek moyang.

Wednesday 15 July 2015

Raya Dah Dekat....Jom Buat Samperit...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Raya dah tinggal 2 hari lagi...rakan-rakan sekerja di tempat kerja bersetuju supaya diadakan Latihan Amali Penyediaan Kuih Raya. Di sebaliknya, kuih raya dapat disumbangkan kepada semua kakitangan yang terlibat samada beragama Islam atau sebaliknya. Selain itu dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kami semua....

Yang penting, bila lagi nak keluarkan bakat terpendam....Ada dua resepi yang kami buat pada hari tersebut iaitu pada hari Selasa lalu. Resepi 1 ialah samperit dan resepi 2 ialah popia nestum.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Bagi Membuat Samperit Resepi Cik Ida

Tuesday 14 July 2015

Nak Makan Belut? Jom Ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anda peminat belut? Suka makan makanan berasaskan belut? Jika ya...bolehlah anda berkunjung ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.

Saya telah pergi ke restoran ini pada pertengahan bulan puasa yang lalu. Saja-saja sahaja ke sana sebab dah lama tak makan ayam kampung. Dah sampai di sana barulah terperasan yang restoran ini juga menjual makanan berasaskan belut.

100 gram belut RM 5.50
Di restoran ini belut tersebut boleh dimasak sup, digoreng pedas atau digoreng kunyit. Cuma pada hari tersebut saya tak order belut. Lain kalilah kot.

Friday 10 July 2015

Buah Berangan....Jangan Berangan Masa Bawa Kereta Sudah Lah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi ini 10 Julai 2015. Hari ini saya cerita tentang di mana anda boleh mendapatkan buah berangan. Pada tahun 2013 saya berkesempatan ke Negeri Pahang. Ada urusan kerja. Dari Perak bertolak ke Pahang dengan kereta. Satu kereta tiga orang sahaja.

Sampai di persimpangan lebuhraya nak ke Pahang, kami melalui gerai-gerai menjual buah berangan yang telah siap di masak.


Wednesday 8 July 2015

Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Artikel kali ini berkaitan dengan Misi Bantuan Banjir ke Kelantan pada awal tahun 2015 yang lalu. Agak lambat berkongsi dengan anda semua. Sekarang baru ada masa menulis tentangnya. Kata orang pengalaman sangat berharga. Apabila ditatap dan dilihat gambar-gambar yang telah berlalu barulah timbul rasa untuk menghargai apa yang telah berlaku.

Perjalanan bantuan kami hanya disertai oleh empat orang sahaja. Daripada empat orang tersebut, hanya saya seorang sahaja perempuan. Dua kenderaan...satu lori dan satu 4wd.

Setelah barang-barang bantuan dalam bentuk makanan dan baju-baju dikumpulkan dari semua kakitangan, maka perjalanan kami dimulakan pada pagi 9/1/15.


Sebelum perjalanan dimulakan pada pagi 9/1/2015.

Tuesday 7 July 2015

KSKB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini punya cerita telah berlaku pada 1 Julai 2015 yang lalu. Pagi-pagi sebelum sahur dalam jam 3.00 pagi telah bangun dari tidur. Jam 3.30 pagi terus bertolak ke KSKB Sungai Buloh. Nak hantar adik perempuan melapor diri di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. 

Saya saja kongsikan dengan anda semua suasana hijau di kolej tersebut. Sempat juga saya ambil beberapa gambar di dalam kawasan kolej tersebut. Hijau sahaja. Tenang sahaja.


Friday 3 July 2015

Idea Hiasan Laman


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini gembira tak...? Saya...? Saya gembira tetapi tak tahu cara menunjukkannya kepada  orang lain...Cuma hari ini kerja-kerja hakiki yang perlu disiapkan beres dengan cepat dan mudah sehinggakan masa terluang banyak. Terima kasih Allah kerana permudahkan kehidupan saya hari ini....

Oklah...sekarang ini di luar tingkap hujan sedang turun. Hari Jumaat pula tu. Dulu-dulu ketika zaman belajar di universiti, asal hujan sahaja dan agak lebat serta hari Jumaat terutamanya...macam-macam doa dan permintaan saya panjatkan kepada Allah.

Alhamdulillah...semua dapat...kalau ada yang tak dapat pun, saya masih bersyukur juga.

Opps...ini cerita lain sudah bah... saya mau cerita pasal idea hiasan laman yang saya perolehi dari sekitar lokasi yang saya pernah lalu, sampai, jejak dan sentuh dan sempat saya rakamkan menggunakan kamera biasa saya.


Friday 26 June 2015

Feri Pulau Pinang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pengalaman yang saya ingin kongsi bersama anda adalah pengalaman saya menaiki feri dari Jetty ke Pulau Pinang kali ke 8 sepanjang saya hidup... hehehe...

Apa yang menarik tentang menaiki feri kali ini ialah saya menaikinya ketika matahari hampir terbenam...sangat cantik pemandangannya... Hampir sama dengan suasana Matahari Terbenam di Tambunan, Sabah. 

Kereta dan motor pun boleh menggunakan feri ini untuk ke Pulau Pinang dan sebaliknya dengan hanya sekali bayaran.
Salah sebuah feri yang kembali ke Jetty di sebelah Seberang Perai...Lihatlah pemandangan langit dan juga awan yang cantik...

Wednesday 24 June 2015

Koleksi Sampul Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini tak tau nak cerita apa la.... 

Ok lah....Memandangkan ini bulan Ramadhan dan selepas bulan ini adalah bulan Syawal...bulan hari raya.. Jadi saya nak bercerita tentang sampul duit rayalah...

Saya ni ada banyak hobi...maklumlah masa terluang selepas habis kerja banyak juga. hobi ini sya telah mulakan ketika masih menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM). Semasa menuntut di UPM saya tinggal di kolej kediaman swasta. Duduk tingkat 5 pula. Berjiran pula dengan orang Kelantan yang akhirnya bertemu jodoh dengan orang Kedah.

Sebelum jiran saya nak berkahwin, saya sempatlah mencari-cari hadiah apa yang sesuai hendak diberikan sebagai hadiah kahwin. Cari punya cari, jumpa album gambar. Mulanya nak beli satu, tetapi yang jadinya beli dua. Satu untuk saya, satu untuk jiran saya tu.

Album tersebut saya tak isi dengan gambar sebaliknya saya isi dengan sampul duit raya yang saya dapatkan dari anak-anak buah, kawan-kawan, saudara mara dan adik-beradik.

Sebahagian kecil koleksi sampul raya.

Sampul duit raya dari AEON.

Sampul duit raya dari PERODUA.

Samul duit raya merdeka raya.

Agaknya sampul duit raya ni laku untuk 1 Syawal sahaja kot.

Warna oren.

Warna hijau.

Sampul duit raya dari Bank Persatuan. Dapat dari adik lelaki saya.

Sampul duit raya bertemakan lukisan kartun.

Sama bentuk berlainan corak.

Lain-lain sampul duit raya yang ada.

Lain-lain sampul duit raya pelbagai saiz.