Friday 30 September 2011

Keladi 1

Keladi 1

Keladi ini hanya RM 6.00 sahaja...
Ia merupakan salah satu varieti keladi yang paling lama berada dalam pasaran...ini kerana sekitar tahun 1990-an keladi ini sudah ada dalam koleksi isteri saya yang ketika itu masih bersekolah menengah.... Warnanya hijau dan mempunyai bintik-bintik merah serta urat-urat daun yang berwarna merah sama seperti warna bintik-bintik merah pada daun....

Berdasarkan pengalaman isteri saya, keladi ini mudah dibiak dan tahan lasak. Cuma kalau diletak di tengah panas yang terik, pokoknya tidak akan tumbuh tinggi dan rimbun serta tidak berdaun lebar tetapi warna merahnya akan lebih terang dan jelas.

Monday 26 September 2011

Keladi 2

Keladi 2

Keladi jenis ni MK Collection jual pada harga RM 10.00.... Keladi ni terus terang saya katakan yang nama saintifiknya saya tak tahu...Tapi kalau ada dalam mana-mana buku rujukan saya akan kemaskini nanti nama gelaran keladi ini...
Apa yang menarik tentang keladi ni ialah coraknya....Di mana sebahagian besar daunnya mempunyai corak yang berwarna hijau berbintik-bintik putih kecil...manakala sebahagian kecilnya mempunyai corak yang berwarna merah berbintik-bintik putih juga...tetapi ia seolah-olah warna merah tu menutupi warna hijau daun dan bintik-bintik putih....
Hebatnya Allah S.W.T...