Monday 25 July 2011

Puding - Pengenalan

Pokok puding unik kerana mempunyai pelbagai warna dalam satu daunnya. Ia cantik ditanam dalam pasu besar sebagai pokok spesimen. Juga sesuai ditanam di atas tanah dan dibentuk menjadi rumpun yang padat dan rimbun bagi tujuan hiasan. Sangat sesuai dijadikan pokok pagaran.

Puding dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut bentuk daunnya... 

~ Krispum ~
Mempunyai daun yang kerinting atau berpintal-pintal dan tepi daunnya beralun-alun. 

~ Platifilum
Mempunyai daun yang lebar, bertepi licin dan mempunyai hujung yang lebih lebar berbanding pangkalnya.

~ Lobatum
mempunyai daun bercuping tiga dan lebar di tengahnya. 

~ Kornutum
Mempunyai daun yang kecil dengan urat utamanya menonjol keluar membentuk tonjolan. 

~ Apendikulatum
Mempunyai daun berbentuk linear iaitu panjang dan kecil.


~Sumber Rujukan : Variasi Tanaman Hiasan; Abu Bakar Mat Daud; Alaf 21 Sdn Bhd; 2006~