Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Artikel kali ini berkaitan dengan Misi Bantuan Banjir ke Kelantan pada awal tahun 2015 yang lalu. Agak lambat berkongsi dengan anda semua. Sekarang baru ada masa menulis tentangnya. Kata orang pengalaman sangat berharga. Apabila ditatap dan dilihat gambar-gambar yang telah berlalu barulah timbul rasa untuk menghargai apa yang telah berlaku.
Perjalanan bantuan kami hanya disertai oleh empat orang sahaja. Daripada empat orang tersebut, hanya saya seorang sahaja perempuan. Dua kenderaan...satu lori dan satu 4wd.
Setelah barang-barang bantuan dalam bentuk makanan dan baju-baju dikumpulkan dari semua kakitangan, maka perjalanan kami dimulakan pada pagi 9/1/15.
Sebelum perjalanan dimulakan pada pagi 9/1/2015. |
Singgah melihat arus sungai di pekan Kuala Kangsar. Air masih tinggi dan laju arusnya. |
Kawasan tepi sungai di Pekan Kuala Kangsar yang masih lagi ditenggelami air. |
Pondok di tepi sungai yang rosak akibat sisa/bahan yang tersangkut pada pondok. |
Wah... kabus kelihatan di kawasan bukit menuju ke Grik sebelum melalui banjaran Titiwangsa... |
Tebalnya kabus...masa tu..harapan hanya satu.. agar perjalanan ke Kelantan selamat sampai... |
Kawasan tanah runtuh...dalam pembaikan.. |
Lokasi pertama... halaman rumah salah seorang kakitangan Jabatan Pertanian selepas banjir surut..... |
Keadaan sekitar...masih nampak kesan-kesan banjir pada pokok yang telah tenggelam... boleh bayangkan tebal lumpurnya... |
Inilah rumahnya...semoga bantuan yang sedikit dapat meringankan beban mereka sekeluarga... |
Rumah kakitangan Jabatan Pertanian yang kedua... |
Sebahagian besar bantuan-bantuan yang telah diterima dan ditepatkan di Kompleks Pertanian Lundang Kelantan.. dari Selangor, Perak dan negeri-negeri lain... |
Suasana ketika gotong royong menyusun bantuan yang diterima sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir... |
Perjalanan menuju Manik Urai... |
Keadaan rumah yang terlibat dengan banjir besar di sepanjang jalan menuju Manek Urai.. |
Agaknya arus deras air menjatuhkan kereta ini ke dalam parit.. |
Kelihatan sisa lumpur di atap rumah... semua tenggelam.. |
Tingkat bawah kedai yang habis tenggelam di Pekan Kuala Krai.. |
Tengoklah pokok pinang di atas... dia memang dah tinggi...banjir pun tinggi juga... |
Masjid Kuala Krai |
Hanya boleh tengok saja...semoga kita ambil iktibar... |
semoga mangsa banjir tabah menghadapi segala dugaan...
ReplyDeletefollow blog sy juga ye...http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...tq
Rata-rata mangsa yang saya jumpa memang tabah. Contohnya Kak Esah, beliau hanya senyum sahaja bila jumpa kami. Semoga mereka diberikan ketabahan menyambut raya nanti.
Deletesemoga mrk dpt sambut raya seperti org lain juga ...
ReplyDeleten Allah kita doakan....
Deleteujian Allah terhadap kita berbeza-beza..moga tabah mnghadapinya..
ReplyDeleteYa betul tu....sabar sahaja yang kita mampu...
DeleteBanyak dugaan yang dihadapi, semoga sentiasa diperlihara.
ReplyDeleteAda hikmah di sebaliknya.....semoga negara kita lepas ini akan ok dari semua segi...
Delete