Friday 27 July 2012

Keladi 48

Keladi 48
RM 12.00
 
Jangan tersilap tau....
Daun keladi ini akan kelihatan seperti ini iaitu majoriti pink pada permukaan daun apabila daunnya besar...
Semasa daunnya kecil warna pink dan hijau akan kelihatan sama banyak. 
Urat daunnya pink kemerahan....

Bagi saya keladi ini jenis cepat membiak jika media tanaman yang digunakan sesuai....

"Pink Is For So Sweet..."

Friday 20 July 2012

Keladi 46

Keladi 46

Keladi ni paling mudah ditanam... Senang membiak... 
Tapi saya nak jumpa jenis ni di pasaran punyalah payah.... 
Harga yang saya jual RM 12.00...

Daunnya berlatar belakang hijau....ada bintik-bintik putih di permukaan daun... 
Urat daun pula berwarna hijau muda... 
Nampak biasa saja tapi saya suka sangat keladi ini....  
Simple But Beautiful

Wednesday 4 July 2012

Sayuran Daun : Kucai

Sejenis tanaman bebawang. Daunnya digunakan dalam masakan terutama dalam cucur tepung goreng. Ianya mudah ditanam. Hanya dengan menggunakan bebawang, ia akan bercambah menjadi anak-anak bebawang yang kecil. Cara menanamnya cukup mudah. Korek bebawang kucai. Kemudian kerat daunnya pada paras lebih kurang 5-8 cm daripada bahagian pangkal. Insya Allah, hari ini tanam hari esok daun yang telah dikerat semalam akan bertambah dari segi ketinggiannya. Cepat benar proses pembahagian sel pada daun kucai.

Kucai Peringkat Berbunga