Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Malam ini ada masa sikit untuk menulis. Masih berkisar tentang lawatan ke Kuching, Sarawak. Kalau belum baca artikel Lawatan Ke Kuching Sarawak Siri 1... boleh klik di sini...
Selepas selesai tengok-tengok harga kek lapis sarawak. Kami bersetuju untuk datang semula esok. Bukan apa, kalau beli awal sangat nanti kek lapis cepat rosak pula. Jadi belilah bila dekat-dekat nak balik. Dalam perjalanan nak ke jeti bot penambang, Encik Abang ternampak satu gerai makanan tradisional. Dia suka sangat merasa makanan/kuih-kuih tradisional ni.
| Gerai Milik Rina dan Jordan |