Monday 29 October 2012

Sejuk Mata Memandang....Keladi Oh Keladi....


Walaupun ditanam di dalam pasu yang biasa-biasa sahaja, keladi hiasan yang cantik dan rimbun mampu menjadikan pasu biasa tanpa corak kelihatan cantik dan menarik.

Wednesday 26 September 2012

Keladi 55

Keladi 55
RM 15.00

Keladi ini antara yang cantik juga daunnya...berwarna hijau muda dan hampir krim...mempunyai bintik-bintik merah yang berterabur di permukaan daun... Urat daunnya hijau muda dan hampir krim....

Tanpa bintik-bintik berwarna merah rasanya mesti tak berapa menarikkan.....

Thursday 16 August 2012

Keladi 26

Keladi 26

Harga RM 8.00... 
Keladi ini varieti jenis lama... Saya yakin ramai yang dah ada dalam koleksi jenis ni... Cuma jangan terkeliru....ada lagi satu jenis keladi yang seakan-akan sama...


Friday 27 July 2012

Keladi 48

Keladi 48
RM 12.00
 
Jangan tersilap tau....
Daun keladi ini akan kelihatan seperti ini iaitu majoriti pink pada permukaan daun apabila daunnya besar...
Semasa daunnya kecil warna pink dan hijau akan kelihatan sama banyak. 
Urat daunnya pink kemerahan....

Bagi saya keladi ini jenis cepat membiak jika media tanaman yang digunakan sesuai....

"Pink Is For So Sweet..."

Friday 20 July 2012

Keladi 46

Keladi 46

Keladi ni paling mudah ditanam... Senang membiak... 
Tapi saya nak jumpa jenis ni di pasaran punyalah payah.... 
Harga yang saya jual RM 12.00...

Daunnya berlatar belakang hijau....ada bintik-bintik putih di permukaan daun... 
Urat daun pula berwarna hijau muda... 
Nampak biasa saja tapi saya suka sangat keladi ini....  
Simple But Beautiful

Wednesday 4 July 2012

Sayuran Daun : Kucai

Sejenis tanaman bebawang. Daunnya digunakan dalam masakan terutama dalam cucur tepung goreng. Ianya mudah ditanam. Hanya dengan menggunakan bebawang, ia akan bercambah menjadi anak-anak bebawang yang kecil. Cara menanamnya cukup mudah. Korek bebawang kucai. Kemudian kerat daunnya pada paras lebih kurang 5-8 cm daripada bahagian pangkal. Insya Allah, hari ini tanam hari esok daun yang telah dikerat semalam akan bertambah dari segi ketinggiannya. Cepat benar proses pembahagian sel pada daun kucai.

Kucai Peringkat Berbunga



Friday 25 May 2012

Ros Jepun 4
Rm 5.00/Pasu

Ros Jepun Kelopak Kuning Jambul Pink

Monday 23 April 2012

Alocasia


Alocasia


Keladi ni  senang didapati di mana-mana nurseri... Apa yang menarik tentang keladi ini ialah... Bahagian atas daun macam ada lapisan lilin/wax... manakala bahagian bawah daun hitam kehijauan sikit...
Mudah membiak dan tahan lasak... Ubinya agak besar sehingga boleh mencapai ukur lilit 10 cm berbanding ubi keladi hiasan yang lain...

Tuesday 13 March 2012

Keladi 40

Keladi 40

Keladi ni dijual pada harga RM 10.00... Mudah hidup sekaligus bermakna mudah dibiakkan.... Hijau kehitaman adalah warna utama keladi ini... Perlukan kawasan yang teduh dan media yang banyak organik...
Berminat...? Sila hubungi 0195727231..

 

Friday 13 January 2012

Cantik Kan....?

Walaupun keladi ni jenis kecil-kecil sahaja daun dia...
Tapi bila dah rimbun nampak cantik sangat...

Tengok dari jauh..putih-putih hijau je...
Sedap mata memandang...Sejuk rasa hati...Tenang rasa jiwa....