Showing posts with label Nak Makan Di Mana?. Show all posts
Showing posts with label Nak Makan Di Mana?. Show all posts
Wednesday, 1 January 2020
Tuesday, 27 December 2016
Jom Kita "Shellout"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adik perempuan saya baru jer balik bercuti dari KSKB. Balik kampung pula tu bukan saja balik kosong...tapi balik dengan idea supaya kami cuba makan kat restoran yang ada Shellout.
Apa ke benda la Shellout ni...?
Apa ke benda la Shellout ni...?
Maklum ajalah, saya ni orang yang jarang ke tempat yang makanannya pelik-pelik. Setakat makan ikan siakap tiga rasa tu selalulah...
Jadi, saya dan suami cuba mencari-cari dalam internet dengan bantuan Mr Google... Cari Shellout yang ada di Alor Setar. Akhirnya jumpalah restoran yang ada Shellout kat Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Kalau orang Kedah tu, mesti tau kan jalan JPJ lama kat Alor Setar.
| Pandangan Dari Luar Cermin |
Monday, 26 December 2016
Ladang Nipah Kipli
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Destinasi "Nak Makan Di Mana?" kali ini berpeluang atau dalam erti kata lain "ada rezeki" menerjah Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kg. Tanjung Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Terjahan kami ini adalah pada penghujung bulan lalu..
Wah wah wah...ladang nipah ya...payah dah nak jumpa ladang nipah sekarang ni...Entah-entah anak-anak zaman sekarang ada juga yang tak tau macam mana bentuk pokok nipah...
Wah wah wah...ladang nipah ya...payah dah nak jumpa ladang nipah sekarang ni...Entah-entah anak-anak zaman sekarang ada juga yang tak tau macam mana bentuk pokok nipah...
| Ladang Nipah Kipli |
Labels:
Cuti-cuti Malaysia,
Kedah-Yan,
Nak Makan Di Mana?
Sunday, 24 April 2016
Mee Hailam D' Perak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Artikel kali ini adalah artikel berkaitan Jalan-jalan Cari Makan.
Nak dijadikan cerita, saya berkesempatan balik ke kampung suami di Layang Kiri, Parit, Perak. Cuma tak berkesempatan mandi di Sungai Perak dan tidur di rumah mak mertua. Ini kerana kami kena balik semula ke rumah di Batu Gajah sebab esoknya nak ke Kuala Kangsar pula. Ada jemputan kenduri kahwin dari kawan lama mak dan bapa saya.
Semasa dalam perjalanan pulang tu, suami saya tiba-tiba tanya...nak makan mee hailam tak..? Saya pun terfikir, bagus juga kalau dapat bungkus bawa balik. Tak payah masak dah kat rumah. Jadi kami pun singgah kat kedai Mee Hailam D' Perak.
| Moto Kedai Makan - So Sedap ! So Sentap ! |
Tuesday, 24 November 2015
Beli Bekal Makanan Di Tamu Tuaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cerita dalam artikel kali ini adalah tentang beli bekalan makanan. Ini kerana kami nak gerak ke Tip Of Mengayau Borneo di Kudat. Kiranya artikel kali ini adalah kesinambungan cerita tentang artikel sebelum ini iaitu Jalan-jalan Di Tamu Tuaran.
Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak dari rumah penginapan kerana pada hari itu kami akan ke Tip Of Mengayau Borneo. Nun jauh di Kudat. Jadi bekalan makanan mestilah mesti dibawa agar tidak lapar ketika dalam perjalanan nanti. Sesampai sahaja kami di Tamu Tuaran. Kesempatan yang ada digunakan untuk meninjau sekitar pasar. Dah puas tengok ikan-ikan yang dijual dan juga naik Jambatan Gantung Tuaran, agenda seterusnya ialah beli makanan.
| Gerai Jualan Kuih Muih... Kuih Jawa dan Apam pun ada. |
Tuesday, 14 July 2015
Nak Makan Belut? Jom Ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Anda peminat belut? Suka makan makanan berasaskan belut? Jika ya...bolehlah anda berkunjung ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.
Saya telah pergi ke restoran ini pada pertengahan bulan puasa yang lalu. Saja-saja sahaja ke sana sebab dah lama tak makan ayam kampung. Dah sampai di sana barulah terperasan yang restoran ini juga menjual makanan berasaskan belut.
| 100 gram belut RM 5.50 |
Di restoran ini belut tersebut boleh dimasak sup, digoreng pedas atau digoreng kunyit. Cuma pada hari tersebut saya tak order belut. Lain kalilah kot.
Friday, 10 July 2015
Buah Berangan....Jangan Berangan Masa Bawa Kereta Sudah Lah
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pagi ini 10 Julai 2015. Hari ini saya cerita tentang di mana anda boleh mendapatkan buah berangan. Pada tahun 2013 saya berkesempatan ke Negeri Pahang. Ada urusan kerja. Dari Perak bertolak ke Pahang dengan kereta. Satu kereta tiga orang sahaja.
Sampai di persimpangan lebuhraya nak ke Pahang, kami melalui gerai-gerai menjual buah berangan yang telah siap di masak.
Monday, 22 June 2015
Lapar...? Jom Makan Di Nasi Bamboo Sungai Klah
Subscribe to:
Posts (Atom)