Showing posts with label Trip To Sabah. Show all posts
Showing posts with label Trip To Sabah. Show all posts

Tuesday, 31 March 2020

Trip To Sabah : Bahagian 1 - Persediaan Sebelum Naik Kapal Terbang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama tak menulis di blog ini...rindu pula nak menulis...

Kali ini nak cerita tentang Percutian Ke Sabah pada 24/02/2020 hingga 1/03/2020 yang lalu...

Bergambar di kaunter 

Monday, 8 January 2018

Tip Of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Trip To Sabah 25/04/2013

Destinasi seterusnya ialah Tip of Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau. Di mana bah itu tempat...? Macam tau tapi ndak tau...?

Jika anda ke Sabah, lokasi ini mesti dilawati...dan tidak boleh tidak pergi ke sini... sebabnya ia merupakan satu lokasi yang unik dan antara yang tercantik terutama bagi peminat pemandangan yang cantik.

Nampak tak hujung batu tu....kat situ la hujung Tip of Borneo...


Tuesday, 24 November 2015

Beli Bekal Makanan Di Tamu Tuaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita dalam artikel kali ini adalah tentang beli bekalan makanan. Ini kerana kami nak gerak ke Tip Of Mengayau Borneo di Kudat. Kiranya artikel kali ini adalah kesinambungan cerita tentang artikel sebelum ini iaitu Jalan-jalan Di Tamu Tuaran.

Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak dari rumah penginapan kerana pada hari itu kami akan ke Tip Of Mengayau Borneo. Nun jauh di Kudat. Jadi bekalan makanan mestilah mesti dibawa agar tidak lapar ketika dalam perjalanan nanti. Sesampai sahaja kami di Tamu Tuaran. Kesempatan yang ada digunakan untuk meninjau sekitar pasar. Dah puas tengok ikan-ikan yang dijual dan juga naik Jambatan Gantung Tuaran, agenda seterusnya ialah beli makanan.

Gerai Jualan Kuih Muih... Kuih Jawa dan Apam pun ada.

Friday, 13 November 2015

Jambatan Gantung Siri 1- Saya Dah Naik... Anda Bagaimana...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Trip To Sabah

Artikel kali ini adalah semata-mata tentang Jambatan Gantung... 

Pernah naik tak jambatan gantung..? Kalau belum pernah, eloklah cuba ya... Kalau gayat, ajaklah Cik Abang ke...Cik Adik ke...naik sekali....buat teman...ada juga tempat berpaut apabila jambatan ni goyang.... hehehe....


"Jom Naik Jambatan Gantung"

Jambatan Gantung Tuaran

Ini boleh dikira sebagai kesinambungan kepada artikel sebelum ini....

Pintu Gerbang Jambatan Gantung Tuaran.....cantikkan pintu gerbangnya..


Friday, 18 July 2014

Jalan-jalan di Tamu Tuaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Cerita kali ini sebenarnya sudah lama berlalu iaitu pada tahun 2013. Cuma gambar-gambarnya yang menarik membuat saya terasa hendak berkongsi cerita dengan anda semua.

Ketika zaman kanak-kanak saya, ibu dan bapa saya bekerja di Sabah dan kami sempat tinggal di Kg. Kosan dalam daerah Tuaran. Pada waktu hujung minggu kami selalu ke Tamu Tuaran. Tamu dalam bahasa orang di Semenajung Malaysia bermaksud pasar. Di Tamu Tuaran ini pelbagai keperluan harian boleh diperolehi dengan harga yang murah-murah sahaja. Kata orang Sabah  Bulih Bah Kalau Kau....

Bayang-bayang jambatan gantung....nampak tak...