Friday 31 January 2014

Tebu... Penyediaan Keratan Tebu

Assalamualaikum dan salam Sejahtera


Sekali tengok, nak tanam tebu ni nampak macam senang tetapi nak tunggu hasilnya sahaja yang lama. Kalau tidak diserang anai-anai, ulat pengorek batang dan lain-lain perosak serta penyakit, Insya Allah hasilnya pun akan tinggi samada dari segi duit mahupun air tebu.

Setelah sumber bagi mendapatkan bekalan tebu diperolehi. Lagi mudah kalau kita boleh dapatkan tebu yang telah dikerat-kerat. Jimat lah masa kita sebab dah tak payah cari masa untuk kerat batang-batang tebu yang panjang-panjang di samping dapat menjimatkan tenaga.

Tetapi kalau anda tidak dapat memperolehi tebu yang telah dikerat. Jangan risau, apa yang kita kena buat ialah sediakan kelengkapan seperti parang, alas bagi tujuan mengerat seperti kayu. Apa yang penting mesti ada batang tebu dulu. Kemudian cari tempat duduk yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja mengerat batang tebu.

Mula-mula sekali kena kerat batang-batang tebu yang ada matatunas. Sekurang-kurangnya 3 matatunas. Lihat gambar di atas. Ketika kerja-kerja mengerat dilaksanakan, pastikan matatunas tidak cedera. Sekiranya cedera Insya Allah keratan tadi tidak akan bertukar matanya menjadi anak pokok tebu.


Keratan-keratan tadi dikumpulkan. Setelah siap semua keratan tadi bolehlah ditanam ke dalam lubang penanaman. Jika anda nak tanam serong pun boleh....nak tanam baring pun boleh.... nak tanam tegak pun boleh. Tetapi teknik penanaman baring adalah yang terbaik setelah dilakukan pemerhatian kecil.  



Sekian.

Thursday 30 January 2014

Ubi Kayu...Kegunaannya

 




Ketika menjadi juri bagi pertandingan hasil pertanian sempena HPPNK 2013, sempat juga saya mengambil beberapa gambar ubi kayu yang dihantar oleh petani untuk dipertandingkan.

Semua varieti ubi kayu tidak dinyatakan. Maka tidak dapatlah saya hendak menceritakan dengan jelas ciri-ciri ubi kayu yang dipertandingkan. Terus terang saya katakan yang pada masa ini pengetahuan saya tentang ubi kayu belum mendalam lagi. Masih lagi ke arah untuk mendalami ilmu berkaitan ubi kayu ini.

Ada berbagai bentuk dan saiz ubi kayu. Ada ubi kayu yang berwarna kuning isinya dan ada juga yang berwarna putih.

Ubi Kuning

Bagi ubi kayu ubi kuning, isinya sudah tentu berwarna krim kekuningan. Kulit luar di sebelah dalam (bukan kulit luar) juga berwarna kekuningan atau putih krim. Ubi kuning ni sesuai dibuat kerepek kerana warna isinya yang krim kekuningan menjadikan warna kerepek kekuningan dan menarik. 

Ada juga yang membuat bengkang ubi kayu menggunakan ubi kuning sebabnya warnanya yang kuning. Tidak perlu menambah pewarna. Kalau nak rebus boleh juga tetapi kalau direbus sekejap sahaja ia tidak akan empuk. Pernah sekali saya kena rebus lebih dari 3 jam dan baharulah ubi kuning tersebut empuk.
















Ubi Putih



Monday 27 January 2014

Asal Tembikai

Gambar ni diambil di Kelantan...jauh tu...nak tuntut ilmu la katakan....jauh pun jauh la...

Ladang seorang usahawantani....memang beliau dah expert bab tanam tembikai ni...

Dari mana asal tembikai...???

Kalau tanya dari mana asal usulnya...dah tentu saya pun kena rujuk buku-buku dan lain-lain sumber...mana lah nak ingat dari mana asal tempatnya....

Cukuplah kita tahu...tembikai ni hasil kacukan di antara bunga jantan dan bunga betina...


 Bunga jantan yang pangkalnya kurus cikkeding tu....bunga betina tu yang besar pangkalnya/bengkak....

Jadi kalau pergi ke ladang tembikai...cubalah kelebek-kelebek pokok tembikai tu....
Kalau jumpa bunga jantan yang sedang kembang....sebelah pagi yer....11.00 pagi ke atas bunga pun dah kuncup... pastu pi tenyeh bunga jantan tu kat bunga betina...biar debunga tu bertemu....

Nak harapkan serangga pun boleh untuk melakukan pendebungaan ni....cuma takut bentuk buah tak sama bulatnya nanti...di samping disebabkan oleh kekurangan nutrien....

 Antara buah yang dah jadi....

 Bunga dan debunga...



Saturday 18 January 2014

Kacang Peas

Ketika singgah di kebun ini, matahari sudah meninggi menghampiri 12.00 tengahari. Panas juga hari itu. Namun kerana ingin mendapatkan juga maklumat berkaitan kacang ini, saya pergi juga ke kenun tersebut bersama rakan sepejabat sebagai teman.

Alhamdulillah, pemilik pokok kacang peas ini ada di kebunnya dan tengah mengutip kacang-kacang peas yang bergayutan di hujung-hujung ranting pokok. Gigih benar nampak uncle tersebut bersama isterinya (saya panggil auntie) mengutip kacang-kacang tersebut sambil mendongak ke atas.
Daun-daun yang rimbun menghalang pancaran cahaya matahari dari terus mengenai mata mereka.
Kalau sayalah yang asyik mendongak, alamatnya sakit lah leher saya.

Kebun ini terletak berhampiran Simpang Pulai, Perak dan menghala ke arah Changkat Larang, Lahat. Sekiranya anda dari arah Simpang Pulai, kebun ini terletak di sebelah kanan anda. Pemilik kebun hanya mengusahakan kaki lima jalan taman perumahan untuk menanam kacang ini.

 Bunga kacang ini berwarna putih krim.

Bunganya tumbuh menegak ke atas.

 Pokoknya boleh ditanam sehingga 2 tahun lamanya atau lebih jika pembajaan dan pengairan adalah baik.

 Mempunyai daun majmuk (trifoliat).

 Bentuk buah seperti bentuk buah kacang peas yang selalu kita jumpa di pasaraya. Cuma biji kacang peas yang biasa kita jumpa di pasaraya bijinya berwarna hijau tetapi biji kacang ini berwarna krim.

Kulit buahnya berwarna hijau keputihan berbanding kacang peas yang kita selalu jumpa di pasaraya yang berwarna hijau.

Tuesday 14 January 2014

Keladi 74

 
Keladi 74
RM 20.00

Keladi ni ketika saya beli di salah satu nurseri di Ipoh...cuma tinggal beberapa pasu kecil sahaja...yang menariknya ada garisan-garisan hijau keputihan pada setiap daunnya....cuma masih belum dapat dipastikan sama ada garisan tersebut kekal atau tidak jika anak pokok keladi yang baru tumbuh.....

Dan setelah lebih 5 tahun, garisan-garisan tersebut masih kekal...dan itulah yang uniknya...

Keladi 72

Keladi 72
RM 18.00

Antara keladi yang saya rasa warna amat lembut "soft". Ala-ala pink keputihan. Memang cantik dan menarik terutama jika keladi ini rimbun. Warna hijau tua menghiasi bahagian tepi daunnya. Warna pink keputihan akan lebih ketara apabila daunnya semakin membesar.