Monday 8 August 2011

Keladi Komando

Keladi 4 (Keladi Komando) 

Keladi jenis ni MK Collection jual RM 12.00 sahaja.... Keladi ni saya panggil keladi komando...
Ini kerana daunnya yang hijau tua mempunyai bintik-bintik hijau muda...
Apabila dilihat dari jauh atau dekat daunnya kelihatan seakan-akan baju tentera komando...
Keladi ni wife saya beli di Tamu Gaya Street, Sabah dari seorang makcik tua yang berbangsa dusun... Makcik itulah yang cakap nama keladi ini keladi komando...
Keladi komando ni boleh besar daunnya dan cepat membiak kalau cukup baja dan airnya...
Cuma jangan letak di bawah cahaya matahari yang terik sebabnya daunnya akan cepat melecur... dan pokoknya akan menjadi kecil...

Keladi Askar

Keladi 3 (Keladi Askar)

Keladi ni saya namakan keladi askar... Ini kerana warna daunnya seakan-akan baju tentera darat...  Kalau diperhatikan bintik-bintik hijau pada daunnya yang juga hijau sebenarnya lebih hijau muda berbanding daunnya... Kalau keladi ni banyak daunnya samada ditanam dalam pasu atau di tanah lagi nampak cantik... Sebenarnya wife saya gelar keladi ni dengan keladi askar kerana time dia beli kat Tamu Gaya Street, Sabah... orang yang menjual tu cakap keladi ni keladi askar....

Friday 5 August 2011

Gubahan Kain Pelikat

Kali ini MK Collection nak share beberapa gubahan dari kain pelikat yang pernah kami gubah....
Berminat boleh contact kami di 0195727231

KP1
Gubahan Kain Pelikat Berbentuk Bunga
RM 20.00 : Upah Termasuk Perhiasan Sahaja 
RM 35.00 : Upah Termasuk Kain Pelikat & Perhiasan Sahaja