Showing posts with label Raya Tiba Lagi. Show all posts
Showing posts with label Raya Tiba Lagi. Show all posts

Saturday, 9 July 2016

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Di Hari Yang Berbahgia Ini....

Kami berdua memohon kemaafan zahir dan batin dari rakan taulan saudara mara sahabat handai.... andai ada yang tersinggung.. terasa.. marah.. dan seumpamanya akibat dari kekhilafan kami berdua....

Jemput datang beraya kat Layang Kiri, Parit, Perak atau Pokok Sena, Kedah

Buat rakan-rakan blogger....nak jual pantun yer

Raya raya juga....
Alam maya jangan dilupa...
Hari raya hari mulia...
Bersama kita meraikannya...

Monday, 20 July 2015

Apabila Raya Tiba....

Tahun 2015 adalah giliran saya beraya dengan keluarga mertua di Layang Kiri, Parit. Berkongsi sedikit gambar dengan rakan-rakan sempena raya. Asyik simpan gambar dalam pendrive sahaja. Takut hilang atau rosak nanti. Ada juga back up.

Suasana Malam Raya

 Malam raya kalau sebelah suami saya mesti main bunga api. Al maklumlah adik beradik sebelah suami ramai lelaki. Sepupu dia pun ramai lelaki. Rumah abah dia pula jadi tumpuan sebab mak suami saya ni yang paling tua. Lagi pun mereka tinggal di rumah pusaka nenek moyang.