Friday, 13 June 2014

Kala Matahari Terbenam


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua gambar-gambar pemandangan ketika matahari hendak terbenam.

Panorama tersebut sangatlah cantik sehingga tak terkata. Subhanallah...

Gambar-gambar ini saya ambil dalam perjalanan balik dari Tambunan ke Kota Kinabalu. Ketika itu kami sedang melalui kawasan bukit-bukau yang terletak di banjaran crocker (kalau tak silap lah ya).

Dua gambar di bawah pula adalah ketika warna langit dan awan masih kelihatan putih dan kebiruan. Matahari baharu hendak terbenam.


Lihat pula gambar di bawah. Di sebalik ranting dan dedaun pokok, terserlah cahaya matahari yang sedang terbenam. Kelihatan juga awan yang memantulkan semula warna matahari yang sedang terbenam. Ketika ini pancaran cahaya matahari agak silau untuk dipandang secara langsung atau terus.


Di bawah pula adalah gambar matahari yang sedang terbenam di sebalik rumput. Nama rumput ni pun saya tak tahu. Kelihatan seolah-olah terdapat dua lapisan awan yang berbeza. Satu lapisan di bahagian atas dan satu lapisan lagi di bahagian bawah. Seolah-olah gambar ini di ambil dari dalam kapal terbang. Serakan warna cahaya matahari yang sememangnya amat menakjubkan.


Gambar di bawah pula adalah setelah matahari semakin tenggelam di sebalik bukit-bukau. Hanya sinaran cahaya yang semakin kelam kelihatan. Memang cantik.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...