Tahun 2015 adalah giliran saya beraya dengan keluarga mertua di Layang Kiri, Parit. Berkongsi sedikit gambar dengan rakan-rakan sempena raya. Asyik simpan gambar dalam pendrive sahaja. Takut hilang atau rosak nanti. Ada juga back up.
Suasana Malam Raya
Malam raya kalau sebelah suami saya mesti main bunga api. Al maklumlah adik beradik sebelah suami ramai lelaki. Sepupu dia pun ramai lelaki. Rumah abah dia pula jadi tumpuan sebab mak suami saya ni yang paling tua. Lagi pun mereka tinggal di rumah pusaka nenek moyang.
Mercun pop-pop.
Bunga Api.
Pagi Hari Raya
Pagi hari raya, setiap tahun mesti bersalaman siap menghulur duit lagi....tak kiralah untuk yang tua mahupun yang muda...lama pula tu acara ini dilaksanakan.....huhuhu....kalau ambil gambar guna filem kodak mesti dah habis dah...
Ini giliran kami bersalaman dengan mak dan abah...opps...silap...dengan kakak ipar dan biras saya...
Ini pula giliran adik bongsu bersalaman dengan kami...yang sulong perempuan dan yang bongsu juga perempuan...dalam keluarga suami tiga orang sahaja perempuan....selebihnya lelaki semuanya...
Pandangan sekitar rumah....khemah memang perlu dipasang jika ada acara....kalau tak pasang tak tau nak lepak mana lagi....sebab penuh rumah setiap inci dengan orang dan barang-barang sekali...
Di hadapan rumah di bawah pokok petai kami letak kereta...
Kawasan yang lapang bagi tempat letak kereta....rumput di halaman dimesin oleh suami...dia bab-bab potong rumput memang rajin...sampaikan jari mengeletar lepas selesai mesin...besar juga kawasannya...
Sebahagian kereta...susun kena cantik dan teratur sebab ada lagi yang akan berkunjung datang...
Pondok kecil tu adalah pondok yang digunakan oleh arwah atuk suami saya untuk membuat parang dan sebagainya yang berkaitan dengan besi-besi ni....nostalgia sungguh...masih ada lagi alat memanaskan logam...
OOOooo...rumah mak mertua saya pun ada pokok ulam-ulaman rupanya... bapa dan mak mertua memang rajin....yang ini belum berbuah lagi...kacang apa? Cer Teka...
Inilah kebun kesayangan bapa dan mak mertua saya...kata bapa mertua...peraih yang datang nak beli serai peha ayam...tak nak beli serai kampung walaupun serai kampung wangi baunya...
Sekian sahaja cerita saya selepas raya sebelah suami...
Sebelah saya belum lagi....tak balik kampung saya lagi...
damainya suasana di desa kala lebaran tiba ya..
ReplyDeleteDamai memang damai akak Paridah...janji rumput pendek....kalau panjang rasa semak pula...untungnya rumah bapa mertua ni rumahnya tepi jalan kampung....
DeleteSelamat hari raya fida.....masing beraya di rumah mertua @ dah balik jumpa ibu dan ayah
ReplyDeleteBelum lagi balik kampung mak bapa saya....khamis lusa baru gerak..... sedih...sedih....dah kerja dah semalam...
DeleteSyoknya raya kat kampung.. meriah suasananya dan aman damai lg tenang kan... Salam Syawal kak.. maaf zahir batin juga
ReplyDeleteYa...maaf zahir batin juga dari saya juga...
DeleteWah kagum kemas betul kebunnya.
ReplyDeleteSungguh meriah terasa siap ada khemah lagi.
Syukur Alhamdulillah betul-betul beraya.
Khemah tu kena ada...malam-malam boleh duduk di luar ambil angin lah katakan....
Delete