Friday, 18 July 2014

Jalan-jalan di Tamu Tuaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Cerita kali ini sebenarnya sudah lama berlalu iaitu pada tahun 2013. Cuma gambar-gambarnya yang menarik membuat saya terasa hendak berkongsi cerita dengan anda semua.

Ketika zaman kanak-kanak saya, ibu dan bapa saya bekerja di Sabah dan kami sempat tinggal di Kg. Kosan dalam daerah Tuaran. Pada waktu hujung minggu kami selalu ke Tamu Tuaran. Tamu dalam bahasa orang di Semenajung Malaysia bermaksud pasar. Di Tamu Tuaran ini pelbagai keperluan harian boleh diperolehi dengan harga yang murah-murah sahaja. Kata orang Sabah  Bulih Bah Kalau Kau....

Bayang-bayang jambatan gantung....nampak tak...





Ini adalah Sungai Tuaran. Seseorang perlu menaiki jambatan gantung untuk ke seberang. Boleh juga menaiki kenderaan tapi jalannya agak jauh. Cuma jambatan gantung di Tuaran ini sudah lama dan usang. Ini membuatkan saya takut untuk meniti di atas jambatan  gantung Tuaran ini. Saya akui saya seorang yang agak penakut.

Sepupu saya seorang agak berani, jadi beliau mengambil peluang untuk berjalan dan sempat juga mengambil gambar ketika berada di atas jambatan tersebut. Maklumlah, jambatan gantung di Semenanjung agak susah untuk ditemukan. Memang agak susah juga saya nak jumpa jambatan gantung. Pada pendapat saya, Sabah dan Sarawak sahaja ada banyak jambatan gantung dan panjang-panjang pula tu. Gayat rasanya apabila berjalan di atas jambatan gantung jika terlalu panjang. Apa tidaknya jika asyik bergoyang-goyang pula.

Cuma, kehadiran keladi bunting yang banyak di permukaan Sungai Tuaran ini menidakkan saya untuk melihat warna air Sungai Tuaran berbanding dahulu lebih lurang 20 tahun yang lalu. Ketika itu airnya agak jernih kerana saya masih boleh melihat ikan-ikan berenang di tepi gigi sungai.

Perasan tak...banyak ikan yang nganga mulut....kenapa?
Pelbagai bangsa dan kaum...semuanya ramah tawar menawar harga ikan...













Lihatlah para peniaga atau penjual ikan di Tamu Tuaran seperti di dalam gambat di atas. 
Rata-ratanya semua terdiri dari kaum wanita. Pelbagai jenis ikan dijual dan ada juga di antaranya yang saya sendiri belum pernah makan.

Harga ikan di Tamu Tuaran ini masih boleh ditawar lagi. Sudahlah ikannya segar-segar. Sudah tentu apabila dimasak mesti sedap sangat.

Sekiranya anda inginkan percutian yang menarik, bolehlah memilih Sabah sebagai destinasi percutian anda dan jangan lupa untuk singgah di Tamu Tuaran pada setiap hari Ahad.

Belum pernah rasa lagi ikan ni...
Ikan apa ya...?
Suka makan sotong goreng tepung...
Ketam...oh ketam...

5 comments:

  1. Itulah keladi bunting dah penuhkan sungai tak nampak air.
    InsyaAllah hujung tahun ini ada kut dapat pergi ke Tamu Tuaran.

    ReplyDelete
  2. Itu la kan...sayang bah sungai tu...dulu kecil-kecil ada juga nampak jeti-jeti kecil...sekarang macam ndak ada sudah....

    Saya harap tahun 2015 ni tiada sudah keladi bunting....

    ReplyDelete
  3. kak kalau dapat pergi kepasar hari memang sukat sangat..org utara cakap pekan nat.
    Ikan yang di panjing selalunya mulutnya ternganga...kalau ikan dijala atau ikan ambil kolam selalunya mulut tertutup..ternganga sebab nak buang kail kat dalam mulut tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka ka...baru saya tau....yang buat saya tak perasan sebab ikan darat ni mulut kecil...jarang nampak ternganga besar....

      Terima kasih kak...

      Delete
  4. banyakknya jenis ikan tu kan..

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...