Wednesday, 30 December 2015

Hasil Pertanian...Hasil Keringat Petani

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Hari ini ada makan sayur tak...? Buah...? Tak ada ker...? Ohhhh....ada makan sayur yer... Bagus-bagus. Baik untuk kesihatan. Saya bertanya itu dan ini tu bukannya apa....sebab artikel kali ini adalah berkaitan hasil Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah Projek Jabatan Pertanian dan artikel kali ini menjurus kepada TKPM Titi Gantong, Bota, Perak.

Di bawah adalah nama-nama pemenang yang mana pesertanya terdiri dari peserta TKPM titi Gantong bagi Pertandingan Hasil Pertanian sempena AGROFEST NEGERI PERAK 2015. Sempena Agrofest ini, semua hasil pertanian yang dikeluarkan oleh semua petani  dari negeri Perak yang telah dipilih bagi menyertai pertandingan, dikumpulkan dan diadili oleh hakim-hakim yang pakar dalam bidang pertanian. Hasil yang dipertandingkan pula ada bermacam kategori. Antaranya sayur buah, buah-buahan dan tanaman ladang.

Jom kita tengok pemenang bersama hasil pertanian keluaran mereka.


Cik Nuthotijah Bt Sahbudin merupakan salah seorang peserta TKPM Titi Gantong. Seorang wanita yer....Bangga juga dengan beliau sebab beliau seorang yang rajin dan aktif. Anda semua pernah makan tak jagung Cup Corn Nelson. Kalau ya...dahulu beliau merupakan salah seorang pembekal jagung bagi Syarikat Nelson. Beliau juga merupakan pengusaha nurseri semaian yang terletak di Kompleks Pertanian Titi Gantong, Jabatan Pertanian

Di bawah adalah jagung hasil usaha beliau yang berjaya menduduki tempat kedua. 



En Ikhwan Nadzir Bin Mohammad juga merupakan peserta TKPM Titi Gantong. Beliau merupakan pengusaha cili secara fertigasi. Jika anda ingin bertanya lebih lanjut berkaitan penanaman cili bolehlah menghubungi beliau. Di samping itu beliau juga berkemahiran dalam penternakan kelulut dan juga menjual madu kelulut.


DH Fresh Food pula adalah sebuah syarikat. Nampak tak timun dan betik di bawah keluaran syarikat tersebut yang mempunyai label MyGAP. Ini bermakna ladang di bawah pengurusan DH Fresh Food mempunyai sijil MyGAP yang mana antara tujuan pensijilan MyGAP adalah mengeluarkan hasil pertanian yang selamat dimakan.



23 comments:

  1. hasil yang baik,, buah yang besar dan segar... saya ada muskil lah,, nak tanya klu x keberatan hehe,, saya ada pokok mata kucing dah 4 tahun tanam,, namun tak berbuah,, baja dah letak pun masih tak berbuah,, ada pandangan tak??? terima kasih,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pokoknya dah sesuai dan masih belum berbuah..kena tengok varieti longan tersebut jenis apa...biasanya varieti edaw dan bq memerlukan aruhan bagi merangsang pengeluaran bunga....

      Kami selalu menggunakan Kalium Klorat bagi tujuan aruhan tanaman longan. Boleh ke kedai pertanian untuk mendapatkan bahan tersebut.

      Puan juga boleh ke Pejabat Pertanian terdekat bagi mendapatkan kadar dan jarak siraman kalium klorat kerana ada formula yang perlu diiikuti.

      Delete
  2. Perhhhh cili tu nmpk begitu fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...cili tu nampak fresh mungkin kerana masih baru...dan varieti cili itu sendiri...

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti saya sampaikan ucapan tahniah tu kepada pengusahanya yer...

      Delete
  4. Rajin berbakti pada tanah banyak dapat hasilnya kan...
    Berbangga melihat orang2 kita pergi jauh dalam bidang pertanian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu....kekadang seronok tengok mereka dapat hasil yang banyak....dapat pula harga yang tinggi....teringin nak mengikut...hehehe

      Delete
  5. Wah,..kagumlah tengok semua hasil tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....saya pun sama juga...rezeki dari Allah...

      Delete
  6. Nikmat rajin berbudi pada tanah...sego2 sayur2 tu sume

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pan Malinda....sego2 tu sebab terus dari ladang...hehehe....tambahan pula nak bertanding....mesti depa hantar yang sego2...hehehe

      Delete
  7. assalamualaikum,
    Suka tengok hasil yang baik..begitulah bila berbudi dengan tanah tentu ada hasilnya kan.. apapun tahniah buat semua pemenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....

      Betul tu....man zara a' hasoda....

      Delete
  8. Assalam. Sayapun teringin nak bercucuk tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom-jom...kita mula kecil2 dulu kawasannya.....

      Delete
  9. Assalam. Sayapun teringin nak bercucuk tanam.

    ReplyDelete
  10. Gemoknya jagung tu.
    Sekarang lambakkan betik pula dekat kebun mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betik varieti apa di kebun mak Diana sekarang....

      Delete
  11. Ni kalau Tun Abdullah Ahmad Badawi baca sure dia suka FS, tak sia sialah dia memantapkan sektor pertanian masa zaman dia jadi PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hainom...masa masuk kerja dulu...memang masa Pak Lah...hehehe

      Delete
  12. makan.. hari2 pun makan buah =)
    sayur skali skala wakaka tengok la sayur apa ada..

    comelnyaaa jagung. fav fav..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya hari2 makan buah....akak sehari sekali payah nak makan...tapi seminggu sekali banyak juga makannya....

      Jagung...comel tang mana ti siti

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...