Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Artikel kali ini berkisar tentang idea bertani terutama dari segi bahan dan peralatan untuk tanaman hidup berpaut...membesar...menghijau dan sempamanya.....
Gambar-gambar di dalam artikel adalah hak milik sendiri. Konsep dan idea bertani diperolehi dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian, Johor.
Tanaman Labu & Petola Sebagai Pelengkap Pintu Gerbang |
Pintu gerbang akan lebih cantik dan rasa penuh dengan kehadiran tanaman yang boleh melilit/menjalar. Struktur untuk pokok melilit hendaklah disediakan lebih awal. Bagi mengelakkan rumput tumbuh di sekitar pasu atau apa-apa bekas tanaman yang digunakan, weed control mate bolehlah digunakan. Agak mahal sikit tapi tahan lama. Boleh ke kedai pertanian untuk membeli weed control mate tersebut.
Struktur besi di atas pun boleh ditempah di kedai besi/bengkel besi. Cuma lagi mudah kalau terus jumpa kedai yang boleh jual besi ini.
Daun Sup, Kailan, Salad dan Sawi Juga Boleh Ditanam Di Bawah Struktur Ini |
Gambar di atas ini pula menggunakan teknik yang sama juga dengan NFT, cuma menggunakan takung air hujan dan sedikit ubahsuai pada sistem pengairan. Maaf ya saya tak sempat nak tengok lebih lanjut sistem pengaliran keluar air baja. Tetapi sedikit idea saya boleh kongsikan.
Idea 1
1. Pam digunakan untuk pam air baja dari dalam tangki air baja masuk ke dalam takung hujan.
2. Hujung takung hujan boleh dilubangkan pada dasar takung untuk air baja keluar dan kembali semula ke takung tangki air baja.
3. Kesannya, tiada air baja yang akan tertinggal di takung hujan.
4. Penggunaan pam samada berterusan atau mengikut masa. Jika berterusan, air akan sentiasa mengalir dan bil elektrik pun akan tinggi.
1. Pam digunakan untuk pam air baja dari dalam tangki air baja masuk ke dalam takung hujan.
2. Hujung takung hujan boleh dilubangkan pada aras yang lebih tinggi dari aras dasar takung untuk air baja keluar dan kembali semula ke takung tangki air baja.
3. Kesannya, tiada air baja akan tertinggal di takung hujan mengikut aras ketinggian yang dilubangkan.
4. Air baja akan berkurang sedikit demi sedikit bergantung kepada jumlah penyerapan air baja oleh pokok dan juga proses penyejatan/pemeruapan.
Tanaman Terung Dalam Pasu Dalam Takung Hujan |
Pasu diletakkan ke dalam takung hujan. Teknik ini memaksimumkan penggunaan ruang. Jangan membazir. Sayang.... Kalau anda tak ada tanah pun, masih boleh bertani...
Inilah yang dimaksudkan dengan konsep Pertanian Menegak (Vertical Farming).
Macam dalam artikel sebelum ini Vertical Farming - Cantikkan Dinding Anda
Inilah yang dimaksudkan dengan konsep Pertanian Menegak (Vertical Farming).
Macam dalam artikel sebelum ini Vertical Farming - Cantikkan Dinding Anda
Agihan Pembajaan Menggunakan Microtube |
Labu Air |
Petola...Banyaknya Akar Udara |
Ini Bunga Petola...Tapi bunga apa ya jenisnya...? |
Ini Bunga Petola Juga...Tapi bunga apa ya jenisnya...? |
Sekian
alhamdulillah, info ygbaik berbudi pd bumi mesti ada habuannya ., ;p
ReplyDeleteYa betul tu Wak....Pepatah Arab ada juga tentang berbudi ni....Man Zara A' Hasoda...
Deletekampung kat kluang,johor..dekat sangat dengan institut pertanian ayer hitam(IPAH) ni.. tapi sekali pun tak pernah masuk... kah3... seronoknya tengok tanaman segar2 macam tu..
ReplyDeleteMasuk sahaja...jumpa dengan kakitangan yang selia projek ni......Tujuan pokok2 tu untuk Hari Terbuka masa bulan 9 dulu....gambar2 tu sebelum Hari Terbuka IPAH...
DeleteSaya tak suka menanam tapi suka memetik je...hehehe...dasar sangat perangai saya kan ^_^
ReplyDeleteKalau semua minat menanam...hari2 kerja menanam saja....nanti kerja lain tak terbuat pula...hehehe
DeleteBila la SS boleh ada peluang berkebun camni... Best kan...
ReplyDeleteSaya cadangkan SS tak payah berkebun....nanti payah pula nak travel...karang tak ada tips terbaru nak keluar negara....
DeleteCukuplah kalau dapat tolong snap sikit2 gambar kebun/pokok/bunga di luar negara....
senang petik belakang rumah kalau nak masak..
ReplyDeleteBetul tu....dah habis...tak payah ke pasar...petik jer...kalau malas nak ke belakang, minta tolong orang lain ke belakang tolong petik yer...
Deletebanyaknye pokok..minat bertani ye?
ReplyDeleteYa memang minat...bertani sangat tu tidaklah....bertanam bunga adalah banyaknya...
DeleteOh banyak tu sulur udaranya.
ReplyDeleteMasa musim hujan ni lagi subur kan.
Puan Diana panggil sulur udara ya....yang putih ker yang hijau.... Kalau yang putih tu kami panggil akar udara.... bagi pokok yang menjalar jika air di kawasan pengakaran banyak air (oksigen/udara kurang), pokok akan memberi tindakbalas dengan mengeluarkan akar udara
DeleteBila lihat...geramnya! Teringin jer nak buat tapi malangnya tinggal di tempat xcukup tanah dan ruang... huhu
ReplyDeleteKalu Encik tak ada tanah boleh juga gantung kat dinding...(Tinggal kat bangunan yang tinggi bertingkat2 ker..?)
Deletesukanya datang sini... hijau... menarik idea pintu gerbang tu..
ReplyDeletesalam perkenalan ya..follow sni #36 :)
Terima kasih atas persinggahan...semoga idea bertani memberi manfaat...dah buat nanti kongsikan juga yer...
DeleteSalam singgah hari ni bila masa sikit ni. mmg suka bab2 tanaman2 hijau macam ni best sgt !
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt...hijau memang tenang jer...mata pun dapat rehat bila pandang jauh dan nampak hijau jer...terima kasih singgah....
DeleteSaya mmg kurang minat bertani Fida. Ai takut cacing hokay hihi....
ReplyDeleteKak Hainom....saya pun takut cacing juga....geli.....huhuhu
Deletekalau x de daun sup semasa masak sup, sup akan merajuk!
ReplyDeleteSup tak sedap lah nampaknya......bukan sup saja yang merajuk...orang pun boleh merajuk tak nak makan...
DeletePanjangnya petola tu..cantik pulak akar tu bergantungan
ReplyDeleteSaya pun baru pertama kali tengok akar udara yang begitu banyak.....
Delete