Wednesday 22 July 2015

Kitar/Guna Semula Alat Pembersih

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini punya cerita petang-petang setelah selesai kerja baru ada masa mengarang...

Kitar Semula... apa sahaja barang atau bahan yang boleh diguna semula itulah yang saya faham tentang kitar semula.

Ketika raya ketiga kedua yang lalu, sempatlah juga saya berkunjung ke rumah mak saudara sebelah suami saya... Niat berkunjung memanglah nak beraya....ditambah lagi dengan menu nasi planta yang disediakan oleh mak saudara....asam pedas rebus pula tu....sedap...

Sampai sahaja kat rumah beliau, mata saya tertumpu kepada benda yang ada dalam gambar di bawah. Mata saya ni suka tengok gubahan bunga sebenarnya. Tambahan pula bunganya berwarna oren tu memang menyerlah...Tetapi yang saya tertarik sangat tu adalah vacuum cleaner...kreatif bebenor...kata orang Perak...Woww...dalam bekas ni pun boleh gubah bunga....cantik-cantik...



Diletak pula bersebelahan tv..lagi menarik dan terserlahlah ruang tamunya yang kosong tapi berseri dan cantik dengan kehadiran bunga gubahan...plastik pun tak apa janji cantik....


14 comments:

  1. CANTIK GUBAHAN BUNGA DALAM VACUUM CLEANER TU...PANDAI GUNA BAHAN KITAR SEMULA N XTERBUANG SAJA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Saudara yang sorang tu memang minat hias rumah ni....memasak pun dia pandai akak..

      Delete
  2. Cantik & kreatif.
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...suka baca susunan ayat dan cerita dalam blog encik...

      Delete
  3. Assalam..betullah kreatif, kalo dh kreatif ni apa yg disentuh mmg menjadi kan.
    Salan syawal..tq sbb sudi berkunjung ke blog akk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang kena membaca blog yang lain supaya sentiasa terkini maklumat dan cerita...terima kasih kpd akak juga..

      Delete
  4. Kalau dah kreatif tu...semuanya menjadi...seperti baru...cantik.. Salam lebaran dari BUNDA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan ayat Bunda tu....terima kasih berkunjung

      Delete
  5. Wah menarik sungguh.
    Terpikat tengok.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya bagitahu kat mak saudara tu...suruh tengok gubahan beliau dalam blog nanti

      Delete
  6. kreatip la...tahu menghargai brg...mcm org2 biasa ni menghargai jgk tp xtau nk buat apa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beliau kreatif....saya pun sama juga...tak dan kata orang Kedah...

      Delete
  7. Idea yang bagus..tiba2 dapat ilham :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti share cerita juga ya...kalau dah buat

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...