Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Segmen Kitar Semula
Wah...wah...wah .....Segmen Kitar Semula tu....
Cantik juga ya sudu plastik setelah digubah menjadi bunga. Ketika saya mula-mula jumpa bunga ni saya ingatkan bunga hiasan plastik yang biasa..... Setelah diamati sedalam-dalamnya, rupanya sudu plastik. Agaknya cat tu yang buat saya tak perasan bunga ini asalnya dari sudu plastik. Bunga ini dipamerkan ketika pameran sempena Program Kitar Semula SMK Raja Perempuan Ipoh....
Lagi sekali kreativiti terserlah dan hanya orang yang sabar tahap tinggi boleh menghasilkan sesuatu yang cantik seperti ini....
Kita boleh nampak penutup botol mineral digunakan sebagai asas untuk kelopak-kelopak sudu dicantumkan. Saya boleh bayangkan betapa renyahnya nak mencantum kelopak-kelopak sudu dengan gam. Mesti melekit dan melekat di sana sini kalau tak cermat.....
Semoga memberi ilham kepada yang meminati kraftangan dan juga sayangkan bumi dengan cara kitar semula barangan terbuang....
Wow! Kretifnya.... Tak pernah terfikir...
ReplyDeleteSaya lagi la...bila dah tengok baru terfikir...sebelum ni buang jer...
DeleteBuat bunga telur pun boleh juga ni kan
ReplyDeleteMacam mana tu...tak bearapa nampak bayang....
DeleteDekat Tengah bekas tu boleh adjust untuk letak telur macam bayang kelopak bunga yang belum terbuka semua di tengahnya...
DeleteMaknanya kena ada sesuatu untuk elak telur tu jatuh...balut semua guna net pula yer....
DeleteKreatif sungguh.....belum pernah kakak terfikir sebelum ini.Kalau ada kerajinan boleh try buat ni daripada sudu tu terbuang gitu saja.
ReplyDeleteBetul tu....cat yang disembur tu pula bagi lambat reput juga kot...Nanti kalau dah buat kongsi-kongsi ceritanya
DeleteKreatif dan penyabar orang yang sanggup menghasilkannya...
ReplyDeleteBetul tu Kak Nor....
DeleteCantik nye kene ada angin RRR baru bole jadi ni semua...kikiki....saya penag gak tengok kat youtube diorang buat lampu dan cermin pakai sudu plastik camni....bunga pon ada diorang buat siap bako tepi2 sudu tu dulu bagi lembut pastu diorang lentur2 kan sikit...bila dah siap sebiji cam bunga betul...kreatif la.diorang ni
ReplyDeleteYa betul tu....Bos saya ada bagitau satu cadangan....Kalau nak kereta kita bersih...kena guna jenama Type R.....
DeleteCantik..
ReplyDeleteTerima kasih...saya terima bagi pihak yer...
ReplyDeleteOrg yg betul betul minat jer boleh buat ni Fida.....okje mmg keras tangan hihi....
ReplyDeleteBuat benda ni kalau ramai ramai baru best boleh gossip sekali . Kalau buat sesorang mesti boring
Buat ramai-ramai berjemaah memang seronok....tak cepat boring yer kak....gossip lawak2 boleh jer kak....janji siap yer...
Delete