Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts

Wednesday, 1 September 2021

Buah Rambai

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Buah Rambai

Pengenalan

Rambai atau nama saintifiknya Baccaurea motleyana Muell.Arg. merupakan buah-buahan indo-Malaysia yang terkenal di kampung- kampung atau dusun- dusun tua. Pokok rambai amat mudah dikenali kerana strukturnya yang mempunyai buah-buah yang bergantungan pada dahan atau ranting pokok. Rambai tergolong dalam kategori buah bermusim dan berbuah amat lebat dan serentak. Buahnya yang mempunyai rasa masam dan manis boleh terus dimakan atau dijadikan produk makanan yang lain seperti jus, halwa , jeli atau makanan ringan. Kulit rambai juga digunakan dalam masakan  tradisional Melayu contohnya seperti masak lemak, kari dan asam pedas. Tanaman rambai ini sewajarnya diperluaskan memandangkan terlalu banyak kegunaannya serta pengeluaran buah yang lebat tanpa sebarang masalah.

Monday, 27 April 2020

Pendebungaan Durian Belanda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hmmm....hari ini kita cerita pasal pokok la pula ya...sebabnya, semalam saya dapat buah durian belanda dari salah seorang kenalan suami saya...dia ni selalu tanya macam-macam pasal pokok durian belanda terutama pendebungaan durian belanda....

Annona muricata

Gambar 1

Wednesday, 22 June 2016

Jom Noreh Getah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini nak bercerita berkaitan tentang pokok getah.
Rumah mak bapa saya di kampung di kelilingi dengan pokok getah. Tapi saya ni tak pernah menoreh sebatang pokok getah pun lagi walaupun pokok getah ada di belakang rumah saja. Kata orang Kalau Nak Seribu Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih

Pokok Getah Di Kampung Beng, Lenggong

Monday, 29 February 2016

Ciku Mega CM 19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama saya tidak kemaskini blog...Bukannnya sibuk sangat, tetapi internet di kampung saya ni kurang laju sikit. Payah sikit. Ditambah lagi usaha nak kemaskini yang agak kurang...

Jadi, kali ini saya kongsikan dengan anda semua tentang Ciku Mega CM 19. Namun dalam bentuk gambar sahaja ya.... hehehehe

Bunga Ciku CM 19 yang belum kembang.

Wednesday, 22 October 2014

Pemangkasan Mangga


Jom Jaga Tanaman Anda.... Pemangkasan Pokok Mangga


Pemangkasan atau cantasan pokok seringkali menjadi pilihan jika seseorang ingin mendapatkan bentuk pokok yang baru dan cantik. Contohnya pokok topiari. 

Namun, bagi pokok buah-buahan, pemangkasan atau cantasan adalah perlu bagi mengelakkan pokok tersebut menjadi terlalu tinggi sehingga menyukarkan aktiviti untuk menuai hasil jika pokok tersebut seperti pokok mangga dan pokok rambutan.

Sunday, 3 August 2014

Gajus...Benarkah bijinya di luar?

Tahukah anda tentang pokok gajus? Bagaimanakah bentuk bunganya dan buahnya? Buah gajus adalah satu-satunya buah yang mempunyai biji di luar buah.

Gambar 1
















Gambar 1 adalah gambar putik buah gajus yang baru hendak membentuk buah. Masih belum ketara lagi bentuk buahnya. Kelihatan biji gajus lebih besar daripada isi buah gajus.