Thursday, 3 December 2015

Lawatan Ke Kuching Sarawak Siri 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel kali ini tentang lawatan ke Kuching, Sarawak. Pertama kali sampai ke Bandaraya Kuching ni. Sana-sini ada replika kucing. Kiranya ini kali kedua sampai ke Sarawak. Kali pertama dulu ke Miri. Masa tu masih kecil lagi. Tak banyak sangat memori yang lekat dalam kepala.

Masa tengah tulis artikel ini...saya masih di Kuching lagi. Malam nanti baru balik.


Peta di atas, saya ambil gambarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Disebabkan nak ke Kuching, saya fokus kat Bandar Kuching saja. Dalam kepala masa tu semuanya nak pi...Nak pi Muzium Kucing, Kuching Waterfront dan semua yang ada di dalam peta tu. Sempat ke tak sempat tak tau la....

 Sesampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.  Kami terus menyewa teksi untuk ke Hotel yang terletak berhampiran Pekan Satok. Harganya RM 26. Semasa dalam perjalanan menaiki teksi tersebut, saya yang dah memang minat bunga-bunga ni lagilah teruja melihat landskap sekitar Kuching ni. Kemas dan cantik jer.

Rupanya tak jauh mana pun lapangan terbangnya dari Bandar Kuching. Kalau makan kuaci sepeket tu, tak habislah. Kalau jalan kaki tu berpeluh juga lah....hehehe...

 Oppss....ini lagi satu landskap yang jarang-jarang saya jumpa di Perak atau Kedah. Landskap di bawah pokok hujan-hujan. Tapi tu la...tanah/kawasan di Bandar Kuching ni besar-besar lagi kawasannya. Kenalah isi dengan pokok bunga, kalau tidak nampak rumput saja la nanti.

Hargai Tanah Anda.....Tanah Anda, Tanah Air Anda

 Sampai saja di hotel. Alhamdulillah dapat hotel yang cantik. Layanannya paling baik yang pernah di temui....Sebenarnya orang Sarawak ni ramah tamah semunya. Janji kita pun jangan sombong. Sembang saja...tanya saja apa nak tanya... Hotel apa...? Hotel Samudra namanya...

Kami tidak berlama-lama di hotel. Petang tu terus keluar ke Waterfront Kuching. Boleh tengok gambar di bawah. Masa kami sampai hujan renyai-renyai tapi masih boleh jalan-jalan di ruang persiaran sepanjang sungai.

 Kami nak ke seberang sungai sebenarnya. Nak tau ada apa di sana. Di sanalah banyak kilang/kedai kek lapis sarawak. Kedai Kek Lapis Dayang Salhah...Kedai Mira Cake House...Kedai Hijau (Dah lupa nama la pula)
 Nak ke seberang sana kita boleh naik Bot Penambang. Tambangnya murah saja. Ada RM 1(Kalau Jauh) dan RM 0.50 (Kalau Dekat). Boleh juga ke seberang ni dengan menaiki kereta. Tapi jauh sikitlah pusingnya.


Cantik kan tempat persiaran Waterfront Kuching ni. Jubin-jubin pun ada seninya. Bersih...oooo memang bersih. Kalau anda tak larat nak jalan, boleh duduk sebentar. Banyak kerusinya. Tak payah berebut.

Oklah...gambar di bawah dan seterusnya saya cadang nak kemaskini kemudian boleh...? 
Masa terhad pula di Kuching ni.... nak cerita banyak...tunggu ya...

Tarikh : 4/12/2015 (11.47 malam)

Jom saya sambung semula cerita saya...

Di atas adalah gambar pemandangan jeti dari Waterfront...Nampak tak bot dengan pengemudinya yang berbaju kuning.... Itulah bot yang kami naik untuk ke seberang....Dari jauh dah nampak bumbung hijau putih.... Bot ini dipanggil Bot Penambang.

Nampak tak betapa kuatnya beliau mengemudi (........) Apa yang saya kagum dengan pakcik ini ialah beliau bawa bot ni secara manual. Banyak tenaga yang digunakan oleh beliau. Kasihan pun ada sebab pakcik ni dah veteren. Sempat lagi kami bersoal jawab. Katanya baru pencen kerja di hospital.

Ditakdirkan pula, enjin botnya tak dapat dihidupkan. Kalau enjin botnya ok mestilah lagi cepat kami sampai ke seberang. Sebenarnya rezeki kami juga sebab dapat naik bot penambang yang dibawa secara  manual guna pendayung. Kemudian dapat menghayati pemandangan dari dalam bot lebih lama. Lagi satu memang berbaloi-baloi lah bayar RM 1.00.

Dah sampai dah di seberang. Di seberang ni ada banyak kedai kek lapis sarawak. Tinggal pilih dan bayar saja kek lapisnya. Tak payah nak tempah-tempah. Semua dah siap. Kurang satu kek di rak sepuluh pula yang datang....hehehe

Atap botnya hijau dan putih. Di dalamnya warna ungu....ungu lembut pula tu.....masa naik bot ni...teringat rumah la pula...semoga selamat rumah...warna dalam rumah warna ungu. Duduk di dalam bot kena bagi seimbang yer...nanti berat sebelah pula...

Ini pula gambar di seberang. Masa ini hujan renyai-renyai. Syukur alhamdulillah tak lama. Boleh juga kami berlam-lama di seberang ni.

Gerai ikan terubuk pun ada banyak rupanya kat seberang ni. Ingatkan kedai kek lapis sarawak saja. 

Tengok tu, kipas digunakan bagi menghalau lalat. Cuma bahagian kipasnya diganti dengan buluh halus atau apa sahaja yang boleh disangkut kepada kepala kipas tu...(faham-fahamkan yer...hehehe)

Ini pula pemandangan dari seberang. Jadi anda dah tau bangunan apa yang ada di Waterfront. Kalau datang ke kampung ini mesti nampak bangunan-bangunan ini yer....kalau tak nampak maknanya tempat yang anda semua pergi nak beli kek lapis tak samalah dengan tempat yang saya pergi....Pastikan juga nama kampung ni adalah Kampung Gersik.


Jom Cuci Mata Dulu.... Tengok-tengok Dulu....

Serunding pun ada. Sepanjang hidup ni belum pernah pula rasa serunding halia dan peria. Kalau kerepek peria dah pernah cuba makan. Sayang seribu kali sayang....saya tak beli pula serunding peria. Tak dapatlah nak berkongsi apa rasanya dengan anda...



Boleh cuba rasa kek lapis...sampel memang untuk dicuba oleh pengunjung...

Gambar di atas adalah gambar-gambar kek lapis sarawak yang ada di Kedai Mira

Gambar-gambar di atas pula adalah kek-kek lapis di Kedai Dayang Salhah
Teringat drama tv pula...cerita P Ramlee...Perasan tak kek lapis ala-ala tajuk drama tv tu tinggi harganya RM 25. Adakah kerana namanya atau kerana rasanya.....?


Di bawah pula....jika anda suka makan laksa...apa kata cuba makan laksa sarawak pula...pesnya dah siap dibungkus.




Saya beli satu peket untuk saya...belum buat lagi...tak tau bila nak datang angin rajin nak buat laksa.
Lagipun baru sampai pagi tadi...jam 6.30 pagi sampai rumah. tengoklah esok ka...lusa ka...minggu depan ka...bulan depan ka....heheheh....

Sekian.


30 comments:

  1. telan air liur tengok kek2 lapis tu.. nama pun ada yg mcm tajuk cerita dlm TV pulak... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah perasan yer...memang betul pun nama kek-kek lapis tu sama macam tajuk drama...nak tarik pelanggan punya minat...

      Delete
  2. baru tuari wak gi kuching., meowwww ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa buktinya nya Wak...ada dalam blog Wak tak....nak cari ni...

      Delete
  3. cantik view bandaraya kucing di tepi sungai...banyak borong kek lapis serawak fida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak borong pun....lawatan kali ini nak jalan-jalan sahaja...tapi borong juga ikan terubuk dan kek lapis untuk kiriman kawan2...

      Delete
  4. eiii.. dah lah view cantik .tegok gambar pun dah feeling best n rambang mata ni.. kalau yang sebenarnya tak tahu lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang sebenarnya Pn Ros....rasa boleh ralit tak bergerak-gerak mata tu kot....

      Delete
  5. pertama kali dgr seunding halia n peria tu ... terubuk melambak gitu ? perghhh ... laksa serawak yg saya x pernah mkn... huhuhuuu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi Qaseh....jom ke sana....Serunding Halia tu....sedap juga bila cuba rasa....

      Delete
  6. Ikan besar tu apa Kal Fida?
    Wah mesti luggage penuh dengan ole-ole.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak pun luggagenya Diana....
      Ikan tu ikan terubuk masin...yang terkenal di Sarawak...hehehe

      Delete
  7. Dah lm trgn nk ke sane.. Tp kan.. Kt smnjg blum lg jelajah semua.. Tggu dululah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa LadyBird... kumpul duit dulu...budget cukup nanti baru ke sana...
      Kalau jalan budget tak cukup pun...tak seronok juga....Insya Allah sampai juga nanti....

      Delete
  8. seronok kalau tempat yang kita lawat tu bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Puan Normala...lagi bertambah tenang rasanya...

      Delete
  9. ikan terubuk sangat famous kat sarawak
    biasanya pengunjung suka ke serikin sebab kat sana harga barang murah2

    follower ke 54..jemput singgah ke blog Yumida
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...Sarikin...cuma kali ini tak sempat....jauh...masa agak terhad....Insya Allah lain kali...

      Delete
  10. Sarawak memang best. Tp kalu berseorangan di Sarawak dengan zero knowledge..mati kutu jgk. Nasib ritu pi dengan rakan opis..so..org opis sana yg bawak kmi mkn dan shopping tmpt best best. Last trip k sarawak thn 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...kena pilih tempat yang betul2 menarik untuk dilawati...cadangnya nak pergi lagi....tapi tak tahu bila....

      Delete
  11. Kalau ke Sarawak tak shopping rugi kan Fiza.... kusss semangat banyak benda yg boleh di bawa ke Semenanjung tu .....
    Alahai mcm tak berbaloi jer tambangnya seringgit ek Fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambang tu RM 0.50 dulu...sekarang dah RM 1.00.... bagi pengunjung memang berbaloi Kak Hainom...bagi pemilik bot...kena tanya depa kot...hehehhe

      Delete
  12. Fuhh, macam2 ada! Seronok shopping ni. Janji siapkan ongkosnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...pi sana duit tak banyak sangat....nak beli jer kena buat kira2 dulu....takut berat beg terlebih pula...

      Delete
  13. Nanti bila sis dah buat laksa sarawak tu, share di sini ye :)

    ReplyDelete
  14. Semuanya nampak cantik dan sedap...lagi2 kek dan serunding bermacam jenis tu..di sarawak saya hanya pernah sampai ke miri je tempat2 lain tak pernah jejak lagi...inshaa Allah lain kali kalau ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun Insya Allah nak pergi lagi...kali ini nak pergi Sibu ka...Miri ka...Insya Allah...Pn Malinda dapat pergi lagi tu...janji simpan duit banyak2 jer...

      Delete
  15. Kak fiza, ape nama kedai serunding halia tu?

    ReplyDelete

Terima Kasih Dia Atas Komen Anda...