Wednesday, 16 December 2015

Lokasi Menarik : Bharat Tea Cafe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minum petang di Cafe Bharat Tea tidaklah dirancang. Namun sementara menunggu kakitangan lelaki menunaikan solat jumaat, maka kami bersetuju untuk menunggu di Cafe Bharat Tea. Ini kerana kami telah Check Out dari tempat penginapan di sebelah paginya. Program ini berlaku sekitar pertengahan bulan November yang lalu.

Bharat Tea....
 Ladang Bharat Tea ini terletak di sebeleh kanan jalan sekiranya kita menuruni Cameron Highlands menghala ke Tapah. Namun, Cafe Bharat Tea ini terletak bawah sedikit dari lokasi Cafe Tea yang akan ditempuh dahulu yang mempunyai tempat letak kereta yang luas. Jadi, kalau anda jumpa lokasi yang ada banyak tempat letak kereta...jangan berhenti dulu.....anda teruskan lagi perjalanan turun ke bawah sedikit dan akan nampak sebelah kanan di mana tempat letak kereta tidaklah banyak dan ada beberapa gerai jualan. Maka itulah lokasi yang saya maksudkan dalam artikel ini.

Permulaan Laluan Bertar Ke Ladang Bharat Tea
 Sesampai sahaja kami di Bharat Tea. Apa lagi tunggu...duduklah dulu di Cafe Bharat Tea. Sementara itu kita boleh fikir-fikirkan nak minum apa...nak makan apa. Siap duit sahaja ya....Harga makan dan minum adalah pakej sekali dengan pemandangan yang cantik saujana mata memandang dan pakej muka disapa angin sekali sekala.
hehehe....pandai-pandai saja saya kan...

Laluan Pejalan Kaki Ke Ladanga Bharat Tea
Gambar di atas adalah laluan untuk turun ke bahagian bawah ladang dan juga ke kilang tea. Boleh berjalan kaki sahaja sambil melihat pekerja ladang tea mengutip daun/pucuk tea (jika ada rezekilah yer). 
Di hujung jalan tu ada apa...? Siapa tau...?

 Sebahagian pemandangan ladang tea yang sempat saya rakamkan...
(Lihat Bawah)
Pemandangan Ladang Yang Hijau...Indah dan Menenangkan Jiwa...hehehe

Nampak Tak Bezanya....
 Nampak tak beza di atas....kalau nampak boleh bagitahu kenapa terjadi sebegitu...?

Jualan Sampingan Selain Tea..
 Bersebelahan Cafe...ada dijual juga barang-barang perhiasan dari seramik dan seumpamanya. Cantik-cantik lukisan dan bentuk serta warnanya. Sekali lagi duit diperlukan di sini....Maklum aja lah...datang ke tempat pelancongan ni...kena bersiap sedia dengan sejumlah wang. Saya pula pada hari itu, tak beli apa-apa pun...sebab nak jimat duit....hehehe

Lain-lain Jualan...


Anytime Is Tea Time

Berbalik kepada tujuan utama...nak minum tea...Tea apa..? Tea dari Ladang Bharat Tea.
Di bawah adalah kaunter jualan. Boleh pilih jenis-jenis minuman yang diingini. Makanan pun ada. Sandwich, roti karipap dan sebagainya...
Anytime Is Tea Time...Inilah Slogan Terbaik Dari Bharat Tea

Suasana Di Cafe

Jom Minum Tea....Jemput Minum...
 Bersama rakan sealiran bidang kerja. Pn Fiza dan Mr Jason... (semoga Mr Jason cepat sembuh...)

Kek dan Muffin...

Di bawah inilah air terjun yang menunggu di penghujung jalan yang saya maksudkan di atas....ada pondok untuk bersantai dan menikmati deruan air terjun...Tapi saya tak turun ke situ pun sebabnya hujan renyai-renyai...

Inilah Penarik Utama (Bagi Saya Lah Yer...)
Jadi....bagi anda yang ingin ke Cameron Highlands...bolehlah berkunjung ke lokasi ini....

34 comments:

  1. seronoknya.. rindu nak ke sini lagi.. saya suka teh yang dibeli kat sini.. cepat je habis kat rumah.. yang beli kat BOH... masih banyak lagi.. jarang diusik... tak tahu kenapa.. hehehe.. damai je tengok ladang teh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bezanya yer...rasa kot...
      Saya suka tengok pekerja-pekerja ladang kutip daun teh tu...asyik tengoknya...

      Delete
  2. Pernah minum kat sini sekali Fiza....masa tu first time naik CH, masyaallah jalan naik dari Tapah, mmg mencabar, sekarang dah tau, naik ikut Spg Pulai...
    Tp mmg best menikmati teh diladang teh kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Tapah memang kena berhati-hati...rasa cerun bebenor ikut Tapah....ikut Simpang Pulai dekat sikit...jalan pun besar dah...

      Delete
  3. Perbezaan tu mungikn tea tua dengan teh muda kot Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Hainom...pucuk muda hijau muda....pucuk dah jadi daun matang hijau tua warnanya...

      Delete
  4. salam... eh eh sama la kita ke cameron highland juga hujung bulan november lepas, saja bercuti sekeluarga dengan keluarga mertua, mmg di bharat ni sy paling suka air terjun dalam gambar last tu...kalau ada rumah kat dalam ladang teh ni nyaman je rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...ada jodoh kita ni...jodoh berjumpa dalam blog...di ladang teh tak berjumpa yer....
      Betul tu Wanie...hijau dan nyaman sangat sinonim...akhirnya tenang jiwa...Semua itu anugerah Allah kan...

      Delete
  5. seronok minum teh di sini sambil nikmati keindahan suasana alam sekitarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga Puan Paridah...tapi tehnya cepat sejuk....heheheh

      Delete
  6. chantek kehijauan kebun teh cameron highland tuu., ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak...Cantik...tenang ajer mata memandang...

      Delete
  7. Wow cantinye air terjun tu...saya tak pernah lagi singgah ke cafe yg ni selalu singgah yg kat atas tu je...lain kali kene terjah sini jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Puan Malinda....terjah kat sini pula...cuma tempat letak kereta agak terhad....

      Delete
  8. saya suka air terjun tu.dah turun sampai situ . masa turun seronok rasa.time jalan naik..masyaAllah terasa nak tercabut lutut. nasib view cantik nak benti2 rehat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak turun masa tu....hujan renyai2...tak ada payung....
      Betul tu Pn Ros Nordin...bila berhenti-henti sambil berjalan baru tak terasa letih....kalau fokus sangat tu yang letih....jalan santai2 jer...

      Delete
  9. pernah jugak singgah sini.. tp tengok harga kek, roti smua tu hmmmmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm....yang tu betul....sekali pakej la tu...hehehe

      Delete
  10. Assalamualaikum kak,
    selamat jalan2..semoga masa terisi dgn kegembiraan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....Akak dah berjalan ke sini dah masa buat artikel ini....Alhamdulillah rasa gembira memang ada...terima kasih mendoakan...semoga termasuk masa hadapan juga...

      Delete
  11. Cantik pemandangan pokok teh. Last sekali saya pi Cameron, tak singgah pulak sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...memang cantikkan Pn Yati...Subhanallah sahajalah yang mampu kita sebut....Nanti pergi Camron bolehlah singgah sini pula.....

      Delete
  12. hi sis done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah....lambat sikit balas kunjungan....agak sibuk sikit...

      Delete
  13. oke mak Fida tu, wak dh terima hadiah segmen tuari., timekaseh yee ;p

    http://tigalalat.blogspot.com/2015/12/hadiah-segmen-apakah-saya-telah-diterima.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sampai dah....hadiah ikhlas dari hati tu Wak,,,hehehe

      Delete
  14. Walaupun banyak kali pergi Camerons Highland ni tapi hanya lalu jer kat sini sebab orang rumah takut. Gayat apabila tengok pemandangan tempat tinggi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa...kalau gayat...ada tempat lain yang boleh dituju lagi En Bin Muhammad....

      Delete
  15. Memang nikmat minum teh kat sini... Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SS...ada dua nikmat...nikmat cuaca sejuk dan nikmat minum air tea panas..

      Delete
  16. Indahnya view di ladang teh. Hijau je. Syok betul duduk2 minum teh dengan suasana begini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tenang sahaja jiwa rasanya....Minum tea dengan orang tersayang lagi rasa seronok rasanya...

      Delete
  17. Untong lh dok ipoh... blh naik bfast kt genting.
    Lunch kt bando ipoh.
    Minum ptg kat ... errre kt mn kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum petang kat kedai capati ...Kedai Kopi Secawan di Simpang Pulai.....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...