Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jika sebelum ini di dalam artikel Pengurusan Tanaman Cili Fertigasi - Pengenalan hanya berkongsi berkaitan pengenalan sahaja....sebagai gambaran awal bagi sesiapa yang baru hendak memulakan penanaman cili secara fertigasi. Artikel kali ini akan lebih menekankan kepada sebahagian persediaan awal bagi memulakan penanaman cili secara fertigasi. Bagi pengusaha atau petani yang telah lama berkecimpung dalam bidang pertanian terutama penanaman secara fertigasi....maka mereka adalah sifu anda semua yang sebenarnya... Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya sahaja...
Namun pengalaman petani juga diambil kira dalam perkongsian artikel kali ini...
1 Pengurusan Pra Semaian & Penanaman
2 Pengurusan Semaian
3 Pengurusan Tanaman
4 Pengurusan Penjagaan
Lokasi/Tapak Penanaman
Antara persediaan awal yang perlu difikirkan dan diadakan oleh pengusaha ialah tapak atau kawasan penanaman. Bagi fertigasi, kawasan penanaman/tanah yang tidak subur tidak menjadi halangan. Apa yang diperlukan tanah tersebut seboleh-bolehnya adalah rata dari segi permukaan. Jika semua tidak rata, beberapa perkara perlu dimabil kira agar air yang akan sampai kepada pokok tidak banyak bezanya.
Struktur Atau Tanpa Struktur
Struktur yang dimaksudkan ialah struktur pelindung hujan. Jika kita ingin menanam di kawasan terbuka tanpa struktur pelindung hujan, juga boleh...tetapi akan mempengaruhi kadar dan masa pembajaan kerana ia bergantung kepada cuaca.
Kena mahir sikit lah untuk mengurunkan tanaman cili secara fertigasi tetapi terbuka. Kalau tertutup semua pun, maksud saya menggunakan jaring kalis serangga sebagai dinding struktur pun boleh juga. Disyorkan agar anda berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat tentang varieti yang sesuai ditanam di dalam Struktur Pelindung Hujan Kalis Serangga.
Sumber Air & Sistem Pengairan
Sebelum sesuatu tanaman ditanam, pastikan anda ada sumber air. Kalau guna air papip, jenuh lah sedia duit nak bayar nanti.... Kalau dapat air dari telaga tiub lagi bagus....Kalau dekat dengan air sungai yang masih jernih lagi bagus...sebab kaya dengan mineral dan juga oksigen. Sumber air yang baik adalah air yang tinggi kandungan oksigen terlarut. pH air juga penting.
Persediaan Bahan & Peralatan
Bahan dan peralatan yang perlu disediakan bergantung kepada pilihan anda dan kemampuan anda. Pilihlah yang terbaik agar dapat berfungsi semaksimum mungkin dan tahan lama.
Thank you...for the info
ReplyDeleteWelcome
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletetuan tanah...terima kasih singgah
Sama-sama
Deletebesttnya kaknoor pun suka tanam cili kt umah
ReplyDeleteSaya dulu tak suka kak...sekarang baru suka...sebab dah tahu cara pengurusannya...
Deleteskrg kaknokr sdg tanam cili scotch bonnet yg pedas giler tu hehe
DeleteNanti akak kongsi yer....berapa bilangan cili yang digunakan berbanding tahap kepedasan cili yang akak tanam tu.....
Deletekt umh pun tanam cili jugk tp kt tanah je...untuk mkn sendiri
ReplyDeleteTanam di tanah pun ok juga Eita....pada saya di tanah lagi ok....tetapi rumpai kena kawal betul...
DeleteBunda ni kalau tanam beberapa pokok lain boleh lah... menjadi jugak...dan dapat hasil...
ReplyDeleteTapi kalu tanam pokok cili tak pernah hidup....tak tau kat mana silapnyer....huhu..
Cili kalau ikut senang juga....tapi perlu banyak pengurusan dan amalan yang hendak dijaga pun ia juga....
Deleteinfo bagus nih .,
ReplyDeleteYa..semoga info ini bermanfaat kpd semua
DeleteMMG SUKA TANAM CILI SEPOKOK DUA JER FIDA..
ReplyDeleteSepokok dua pun dapat banyak buah juga Puan...dah jimat tu belanja dapur....nak guna 2-3 biji sahaja....
DeleteSaya ni Fiza kurang suka bercucuk tanam, jadi nak baca bahan berilmiah macam ni pun naik malas hihi....
ReplyDeleteApa pun... sangat bagus entri ni bagi mereka yg baru berjinak jinak nak berkebun
Hehehe...saya saja kongsikan artikel ni Puan...ada permintaan dari pelanggan...malaih nak email banyak kali....
DeleteHubby kak yan suka tanam cili ..senang tak payah beli..nak guna ..petik aje :-))
ReplyDeleteSaya kalau tanaman menjadi...saya suka....kalau tak menjadi....nak ulang semula akan fikir dua kali...
Delete