Monday 25 May 2020

Salam Aidilfitri 2020 - Raya PKP & PKPB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah kita semua dapat menyambut aidilfitri walaupun dalam keadaan yang sedikit berbeza... Masih diberi kesempatan untuk merasai kegembiraan... Namun, saya turut merasai kesedihan kerana 2 hari sebelum sambutan Aidilfitri saya telah hilang kelebihan menyebut Pak Ndak kerana Pak Ndak telah dijemput Ilahi di bulan yang mulia ini... 
Al fatihah untuk Allahyarham Mohd Soffi Bin Darus

Rasa agak ralat dan kesal kerana saya lambat membalas komen Arwah Pak Ndak di status Whatsaap...alasan sibuk sebenarnya tidak juga...cuma menangguh membalas adalah tabiat yang kita semua kena elak...



Saya dan Suami Memohon Maaf Zahir dan Batin dari Tuan Puan semua rakan alam maya...semoga kita semua di dalam rahmat Allah SWT

Kami Beraya di Pokok Sena,
Tuan Puan Semua Beraya Di Mana...?

_________________________________

Monday 18 May 2020

Bendi - Antara Berat VS Panjang VS Saiz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni nak kongsi cerita tentang bendi... bendi dikategorikan sebagai tanaman sayuran buah. 10 tahun yang lalau tahun lalu saya ditugaskan untuk buat pemerhatian di petak organik masa kerja di Perak... Kat situ saya dan penolong saya En Sufian Suri ada tanam bendi. Kami tanam guna kompos organik dan larutan organik saja...

Puas juga cari gambar pokok bendi tu, dah tak jumpa...nanti dah jumpa kita buat entri baru ya...
Dalam entri ini, saya cuma nak kongsikan tentang panjang, berat dan saiz bendi. Bendi yang digunakan adalah jenis hijau tua yang sesuai buat celur.

5 gram

Saturday 16 May 2020

Resepi PKPB 2020 - Timun Goreng Bilis : Resepi PKPB Sempena Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Salam Ramadhan 23 Ramadhan 1441 Hijrah

Selamat Hari Guru
Mak dan Bapa Saya
Buat Adik Saya Cikgu Awa
Buat Adik Saya Ustaz Nasir
Buat Adik Ipar Nur Astira
Buat Abang Sepupu Abg Kae E
Buat Kak Sepupu Kak Yang
Buat Kakak Sepupu Kak Yatie
Buat Mak Saudara Wan Chu
Buat Kawan Baik Juhaida
Buat Semua rakan-rakan yang menjadi cikgu

Dan Untuk Saya Juga...
Cikgu kepada Petani 
Semua Staf Saya Serta Rakan-rakan Sekerja 
Semua Warga Jabatan Pertanian dan 
Semua Warga Moa Inc Daerah Sik

Al Fatihah Buat Guru-guru saya yang telah pergi selamanya dan juga buat guru-guru yang lain...

Eh eh...dah panjang lebar senarai guru-guru saya...

Hadiah untuk anda semua adalah 
Resepi Timun Goreng Bilis PKPB

Gambar 1 Timun yang telah dihiris nipis.

Wednesday 13 May 2020

Cantuman Anak Pokok - Kemahiran Ke Arah Memaksimumkan Kualiti Anak Pokok Seiring Dengan Pengurangan Kos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Saya nak mencari jawapan yang terbaik di sebalik gambar ini...mohon sertai ya...

Syaratnya
1. Follow Blog Ini
2. Buat Satu Entri/Post Menggunakan Tajuk Entri Di Atas Kat Blog Anda (Jika Boleh)
2. Salin/Copy Gambar Ini ke Entri Anda (Jika Boleh)
3. Backlink semula gambar ini agar kembali ke blog saya.....(Jika Boleh)
4. Senaraikan Kreativiti atau Kemahiran yang Digunakan oleh Pakcik dalam Gambar

Tarikh Akhir Kongsi Jawapan adalah pada akhir bulan syawal.


Kaki dan tangan dimaksimumkan penggunaannya untuk membuat cantuman

Friday 8 May 2020

Misi Banjir - Persiapan Di Sebalik Misi Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel kali ini berkait dengan Entri Misi Banjir ke Kelantan (terima kasih Pn Paridah sebab telah buat saya ingat perkataan entri) awal tahun 2015. Dah lama...? Ya...sebab baru sekarang nak berkongsi dengan anda semua. Saya yakin, anda masih ingat dengan banjir besar yang melanda negeri Kelantan suatu masa dahulu.

Pihak Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti kami juga terlibat dalam memberi bantuan untuk mereka yang terlibat dengan banjir. Banyak prosedur untuk kebenaran diperlukan bagi memenuhi misi ini agar menjadi realiti. Akiviti persiapan ini dilakukan pada 8/1/2015.

Antara peket minuman dan minuman dalam tin yang mudah buat mangsa banjir.

Monday 4 May 2020

Jom Jelajah - Laman Komuniti KEKOM 8 Timur, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai...apa khabar...? Sihat tak hari ni..?

Jom saya kongsikan tentang idea untuk merealisasikan Laman Dapur atau Edible Garden anda menerusi Laman Komuniti yang ada di Shah Alam.


Saturday 2 May 2020