Thursday, 5 November 2015

Pemandangan Indah - Jeti Kampung Beng Lenggong

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Artikel kali ini adalah tentang suasana di sebuah jeti kecil di sebuah kampung yang terletak di Lenggong, Perak... iaitu kampung mak angkat saya yang kedua... Ala yang rumah dia banyak bunga Zinnia tu....

Pemandangan indah di Jeti Kampung Batu Ring

Kampung ini terletak di sekitar Tasik Raban. Kalau nak diikutkan, jeti ini terletak di Kampung Batu Ring. Cuma ia lebih terkenal sebagai Kampung Beng. maksud saya, Kampung Batu Ring ni adalah salah satu kampung kecil dalam Kampung Beng yang besar. Pengangkutan utama untuk ke kampung ini adalah dengan menaiki bot. Tetapi saya sampai ke kampung ini melalui jalan darat, sebabnya banyak barang yang hendak di bawa ke kampung ini bagi Program Jom Bertani. Lebih selesa menaiki kenderaan.

Saya sempat bertanya kepada salah seorang makcik yang umurnya lebih kurang 60-an dan beliau memaklumkan yang beliau datang ke Kampung Batu Ring dengan menaiki bot yang beliau sendiri bawa. Saya tanya semula makcik tersebut. Begini soalannya..... Suami makcik tak tolong hantar ke...? Katanya, suami dah tak ada...kenalah bawa sendiri. Tabik la kat makcik tu.... Peringatan untuk diri sendiri kali ini....lain kali kena tanya dulu...pakciknya ada lagi ker...? Ini main terjah jer soalan keluar dari mulut.

Berbalik kepada jeti tersebut, tenang dan aman sahaja apabila saya dan adik angkat saya duduk di jeti ni....sesekali dengar juga bunyi deruan enjin bot dari jauh yang semakin lama semakin dekat. Ingatkan nak singgah di jeti Kg Batu Ring ni dulu, rupa-rupanya tidak...ia ke kampung lain la.... Tertanya-tanya juga mengapa....? Bot tu tak singgah di jeti ni ke...? Kita tunggu artikel seterusnya.

Ada juga tanya dengan salah seorang penduduk kampung....tentang asal usul nama Kampung Beng. Tapi makcik tu hanya jawab, nama tu orang dulu-dulu bagi. Tapi tak apa....cari punya cari dapat juga asal-usul nya.... dari laman web juga... 

Kampung beng ni rupanya telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang dikenali sebagai Tok Beng yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Nama kampung ini dipercayai diambil sempena nama 'Tok Beng'. 

Air tenang...jangan disangka tiada ikan....
Kampung Beng adalah kampung yang menyertai Program Homestay di bawah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia. Kalau berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Homestay Kampung Beng dan lain-lain homestay di http://www.go2homestay.com/

16 comments:

  1. Subhanallah cantik pemandangan tu..leh buat poskad :-))

    ReplyDelete
  2. Betul tu Kak Yan...ini baru kamera biasa....bagi yang ada kamera DSLR mesti lagi cantik gambarnya....

    ReplyDelete
  3. Jeti ni nampak familiar.
    Macam pernah digunakan untuk iklan rasanya.
    Pasal pakcik tu buat bot tak maju-maju. Pastu siap ada yang bermurah hati sediakan peralatan nak buat bot.
    Tapi bot yang pakcik tu buat masih bocor lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...betul tu...ikkan petronas... tetapi yang tentang pakcik tu tak pasti pula....

      Delete
    2. ya iklan petronas tu kan...latar belakang cerita iklan tu sebenarnya.
      Tapi Tukang Kebun pun tak faham apa yang nak disampaikan dalam iklan tu.

      Delete
    3. Ya...saya pun dah lupa apa ceritanya....

      Delete
  4. Ya Allah indahnye pemandangan...kalau la dapat buat rumah kat kawasan ni mesti best...bangun pagi duduk minum kopi kat jeti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...mesti aman damai sahaja hidup....belanja dapur pun kurang....nak ikan pi mancing...nak ulam petik di hutan/kebun....nak air percuma ada air terjun....

      Delete
  5. dah lama tak balik lenggong. my father asal sana. tapi sejak nenek dah meninggal beberapa tahun lalu, dah tak balik dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke...saya ingat dari Kedah sahaja...(baca entri tok wan/tok datang...) terima kasih atas kunjungan...

      Delete
  6. cantiknya sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik...memang cantik...air tenang pula tu....hilang stress masa ni....

      Delete
  7. Macamana boleh sampai situ pulak awak buat promisi bertani tu Fida?
    Nampak damailah....
    Jeti tu mengingatkan okje mcm tempat dlm filem ....terlupa tajuk, tp cite hantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Program Jom Bertani...Khidmat masyarakat oleh Persatuan Pegawai Pertanian Negeri Perak...
      Nanti saya kongsikan apa perubahan di kampung tu....

      Filem apa la tu...saya tak perasan pula...kalau iklan petronas ingat la.. nanti akak dah ingat..kabor yer...

      Delete
  8. rindu pulak dengan kampung halaman ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...samala kita....cantik atau tak tetap kampung kan....

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...