Wednesday 22 October 2014

Pemangkasan Mangga


Jom Jaga Tanaman Anda.... Pemangkasan Pokok Mangga


Pemangkasan atau cantasan pokok seringkali menjadi pilihan jika seseorang ingin mendapatkan bentuk pokok yang baru dan cantik. Contohnya pokok topiari. 

Namun, bagi pokok buah-buahan, pemangkasan atau cantasan adalah perlu bagi mengelakkan pokok tersebut menjadi terlalu tinggi sehingga menyukarkan aktiviti untuk menuai hasil jika pokok tersebut seperti pokok mangga dan pokok rambutan.

Tuesday 30 September 2014

Keladi 65


Keladi 65
RM 12.00

Sepanjang berada di bawah jagaan saya, keladi ini akan rimbun dan banyak dari segi bilangan daun jika diletakkan di bawah teduhan. Jarang sekali diserang oleh kulat. Pada saya keladi jenis ini agak tahan lasak. Walaupun sekarang kerap hujan dan juga panas, keladi ini masih belum diserang oleh kulat. Di mana kulat tersebut akan menyerang pangkal batang dan menyebabkan reput pangkal. Akhirnya daun akan layu dan kekadang umbi keladi turut reput jika tidak dirawat dengan segera. Setakat ini, saya tidak menggunakan sebarang racun kimia, saya hanya menggunakan larutan organik yang dihasilkan dari halia dan bawang putih untuk mengawal kulat tersebut.

Gubahan Tembikai...Seni Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya salah seorang penggemar tembikai.... Namun bukanlah seorang yang sangat suka makan tembikai.... 

Ketika berkunjung ke Hari Ladang Daerah Larut, Matang Dan Selama pada tahun 2012, terdapat sebuah gerai pameran yang mempamerkan seni ukiran tangan pada buah tembikai. Sangat mempersonakan ukiran-ukuran yang dihasilkan. Terasa nak simpan saja buah tembikai tersebut. Sayang pula nak makan.


Sunday 3 August 2014

Gajus...Benarkah bijinya di luar?

Tahukah anda tentang pokok gajus? Bagaimanakah bentuk bunganya dan buahnya? Buah gajus adalah satu-satunya buah yang mempunyai biji di luar buah.

Gambar 1
















Gambar 1 adalah gambar putik buah gajus yang baru hendak membentuk buah. Masih belum ketara lagi bentuk buahnya. Kelihatan biji gajus lebih besar daripada isi buah gajus.

Tuesday 22 July 2014

Nama Pokok Sama Seperti Nama Tempat...?

Nama Pokok : Angsana / Sena
Nama Saintifik : Pterocarpus indicus
Famili : Leguminosae

Tempat / Lokasi

  1. Pokok Sena, Kedah
  2. Permatang Sena, Pulau Pinang

Friday 18 July 2014

Jalan-jalan di Tamu Tuaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Cerita kali ini sebenarnya sudah lama berlalu iaitu pada tahun 2013. Cuma gambar-gambarnya yang menarik membuat saya terasa hendak berkongsi cerita dengan anda semua.

Ketika zaman kanak-kanak saya, ibu dan bapa saya bekerja di Sabah dan kami sempat tinggal di Kg. Kosan dalam daerah Tuaran. Pada waktu hujung minggu kami selalu ke Tamu Tuaran. Tamu dalam bahasa orang di Semenajung Malaysia bermaksud pasar. Di Tamu Tuaran ini pelbagai keperluan harian boleh diperolehi dengan harga yang murah-murah sahaja. Kata orang Sabah  Bulih Bah Kalau Kau....

Bayang-bayang jambatan gantung....nampak tak...





Friday 13 June 2014

Kala Matahari Terbenam


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua gambar-gambar pemandangan ketika matahari hendak terbenam.

Panorama tersebut sangatlah cantik sehingga tak terkata. Subhanallah...

Gambar-gambar ini saya ambil dalam perjalanan balik dari Tambunan ke Kota Kinabalu. Ketika itu kami sedang melalui kawasan bukit-bukau yang terletak di banjaran crocker (kalau tak silap lah ya).

Dua gambar di bawah pula adalah ketika warna langit dan awan masih kelihatan putih dan kebiruan. Matahari baharu hendak terbenam.

Sunday 8 June 2014

Asam Gelugor...Pisau Pemotong Kreatif


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar 1
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pisau pemotong asam gelugor atau pisau penghiris asam gelugor. Pisau pemotong asam gelugor ini saya temui/jumpa/dapat tengok dengan mata saya sendiri di kawasan Air Kuning, Taiping, Perak. 

Thursday 22 May 2014

Bunga Tulip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Tulipmania". Bukan Tulipmanis ya.

Tulipmania ini merupakan salah satu aktiviti pameran bertema yang diadakan di Gardens By The Bay di Singapura. Ketika lawatan saya ke Singapura, tema yang diadakan di sana rupa-rupanya temanya adalah Bunga Tulip.

Ianya telah berlangsung dari 14 April 2014 sehingga 04 Mei 2014. Sesiapa ada duit lebih bolehlah datang ke sini. Kalau pun minggu pameran pokok tulip telah tamat, minggu tema tanaman lain mesti ada menanti anda.

Tuesday 13 May 2014

Kompos Sisa Dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kompos Sisa Dapur - Versi Pasu


Artikel kali ini berkaitan dengan pengurusan sisa dapur. Teknologi ini juga merupakan salah satu teknologi organik. Teknik ini adalah teknik yang paling mudah dilaksanakan/dihasilkan oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Poster ini saya sediakan bagi pihak Jabatan Pertanian khususnya bagi Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian (Negeri Perak) sebagai rujukan dalam menguruskan sisa dapur. Gambar-gambar yang digunakan adalah hakmilik sendiri.

Friday 11 April 2014

Keladi 84


Keladi ini juga salah satu koleksi yang saya baru jumpa....mungkin ramai peminat keladi di luar sana telah ada keladi jenis ini... Daunnya tirus memanjang....berwarna hijau tua di tengahnya dan di hujung lai daun kelihatan warna pink keputihan...

Setelah keladi ini besar sedikit....bentuk daun yang tirus memanjang tidak lagi ketara....warna hijau tua juga agak berkurangan....

Cantik di mata saya...di mata anda bagaimana...?

Monday 31 March 2014

Pantai Cahaya Bulan @ PCB

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Ini pertama kali saya bercerita tentang pengalaman bercuti...

Nak cerita tentang Pantai Cahaya Bulan.... Jika anda berkunjung ke Kelantan...jangan lupa singgah di pantai yang menghadap Laut China Selatan ni.... angin yang bertiup sangat laju....
baju yang basah pun boleh kering.... tudung pula jangan lupa pinkan kat belakang...nanti tak pasal-pasal terbang pula tudung tu....


Saturday 15 March 2014

Asam Gelugor - Asam Keping


Asam Gelugor...

Di Perak, pokok asam gelugor boleh didapati dengan banyak di kawasan Bukit Gantang dan juga di kawasan Kg Gajah.

Produk paling terkenal daripada pokok asam gelugor ni ialah asam keping. Asam keping selalu digunakan dalam kebanyakan menu masakan terutamanya masakan laksa.

Mesin Pemotong Buah Asam Gelugor
Mesin pemotong buah asam gelugor perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia sangat laju apabila berfungsi.

Hirisan Buah Muda Asam Gelugor
Buah asam gelugur muda (hijau) yang telah dihiris/dipotong menggunakan mesin pemotong. Hasilnya ketebalan hirisan adalah sekata. Ini bermakna kadar atau tempoh masa pengeringan asam gelugor akan berlaku dengan serentak.

Hirisan Asam Gelugor Yang Disusun Kemas


Hirisan buah asam gelugor tadi disusun di atas jaring sebelum dijemur di bawah cahaya matahari. Terdapat juga sesetengah pengusaha yang mengeringkan hirisan asam gelugor di dalam bilik pengeringan/rumah pengeringan dan kaedah ini amat sesuai sekiranya musim tersebut adalah musim hujan. Namun rata-rata pengusaha lebih sukakan cahaya terik matahari bagi kerja-kerja pengeringan.


Saturday 8 March 2014

Dekorasi Laman : Idea & Ilham Buat Anda

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hari ini saya ada masa sikit. Bolehlah saya mengemaskini blog ini dengan gambar-gambar yang telah lama berada dalam simpanan. Semoga ia dapat memberikan kita semua idea dekorasi laman yang indah, menarik dan cantik.

Ketika berkunjung ke Cameron Highlands 3 bulan yang lalu, saya berkesempatan untuk singgah di satu kedai ni. Dari luar kedai ini kelihatan seperti menjual barang-barang dan cenderamata bertemakan Cameron sahaja seperti magnet peti sejuk, pasu dan bunga keratan. Setelah memasukinya, saya dapati tanaman hiasan pelbagai jenis juga ada. Sayangnya keladi hiasan tidak ada tidak dijual di kedai ini.

Gambar 1

Friday 7 March 2014

Hasil Sungai Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bercerita tentang Sungai Perak ni....tak de le teman ni pandai sangat....hanya nak berkongsi pengalaman tentang Sungai Perak sahaja....maklumlah saya ni bukannya asal Perak....kahwin jer dengan orang Perak....lebih tepat lagi orang Layang Kiri, Parit, Perak...

Mulanya saya ni tak lah minat sangat nak turun sungai....maklumlah sekarang ni kan ramai yang suka buang sampah ke dalam sungai....banyak juga la jumpa sampah yang hanyut....sisa pertanian....yang saya tak boleh tahan sanagat ialah....kerbau-kerbau pun lalu lalang dalam Sungai Perak ni...gole den dengan najis nyer.....tapi itu dulu.....setelah turun sekali ke Sungai Perak rasa nak turun lagi memang ada...

Yang best nya tu...husband saya ni tak putus asa memujuk saya turun juga....dan akhirnya dalam bulan puasa tahun 2013 saya pun ngikut ler suami dan adik ipar saya As dan Yah ...ketua kami adalah bapa sedara suami saya....Pak Lob yang sangat dihormati....maklumlah tempat dia membesar kan.....lubuk ikan lubuk remis lubuk udang semua dia tau....

Inilah antara udang yang kami dapat pada malam puasa tu....nak buat lauk ketika bersahur la cadangnya....dan sememangnya menjadi kenyataan...malam tu kami bersahur dengan....
 "Nasi Goreng Udang Sungai Perak" .....

Barulah saya tau cara nak tangkap udang sungai ni...
Pak Lob la yang banyak bagi tunjuk ajar....katanya udang ni boleh jalan/bergerak ke depan dan ke belakang....kalau ada sauk...letakkan sauk tu dekat dengan udang...pastu tangan kita ni cubalah dorongkan udang tu bergerak ke dalam sauk....masuk je dalam sauk terus angkat serta merta tau....nanti melompat pula udang tu ke dalam ayor sungai semula...

Tapi sebelum nak sauk udang tu.....kita kena kena cari dulu udang tu...nak tau ada ke tak...??

Pak Lob kata suluh dengan lampu suluh....nampak jer berkilat (mata udang bila disuluh dengan cahaya akan berkilat)...kalau berkilat ada la udang tu....biasanya udang sungai ni kalau malam-malam dia suka duduk dalam lopak-lopak air di tepi/kawasan pasir yang landai/di gigi air.....(kat tempat lain saya tak tau ler yer...)....

Pastu kalau dah jumpa udang tu....jangan la pula kita berdiri dalam air yang mana arus air sungai tu akan mengalir melalui udang....sebabnya arus air sungai tu akan keruh disebabkan pergerakan kita....nanti tak nampaklah udang tu....bila tak nampak udang kebarangkalian tak dapat udang adalah tinggi.... jadi seeloknya kita berdiri di sebelah arus air sungai yang telah bergerak melalui udang tu.....(kalau tak paham kabor le yer....tak reti nak menerangkan la pula...)lepas tu barulah letak sauk.....

Tapi lepas saya cuba cara Pak Lob tangkap udang....saya cuba pula cara...saya guna jaring sauk tu...pastu dengan menggunakan tanganyang saya telah letak pada jaring sauk...dengan secepat mungkin saya tangkap udang tu..... rasanya dapat tak saya tangkap udang tu....??

Pastu tips nak tangkap udang lagi ialah....kalau ada tunggul-tunggul kayu, daun dan lain-lain....cer selak perlahan-lahan...insya Allah ada udang di sebaliknya....


Gambor kat atas ni pula ialah ikan tali....tangkap guna tangan tau...tapi dah lupa siapa yang dapat tangkap ikan ni...

Kata bapa mentua saya...ikan ni kalau digoreng manis rasanya....maksudnya...segor dan sedap...
goreng pula garing-garing...dengan tulang-tulang sekali dimakan....itu pun kalau ikan tu masih kecil...
Tapi ikan tali di atas tidaklah dijadikan lauk untuk bersahur pada hari itu.....bapa mentua saya simpan dalam akuariumnya.....


Ini pula ikan kelubi/ubi...dua-dua gambar di atas.......yang ini saya yang tangkapnya....yang kecil yer....yang besor tu tak tau sapa yang tangkapnya.......
Saya guna sauk jer tangkap ikan ni....sauk tu saya cekup kepada ikan yang ada di permukaan pasir....pastu cepat-cepat tangkap la....sebab ikan ni boleh menyusup bersembunyi dalam pashior.....punyalah payah nak tangkap ikan ni....aktif bebenor bergerak....cepat dan tangkas....tapi dapat juga la selepas beberapa kali percubaan....

Dekat 2 jam setengah juga la kami berendam menyauk udang dan ikan malam tu....inilah sebahagian hasilnya.... (mula turun jam 10.00 malam) 

Sahur malam tu....apa lagi...makan ikan sungai yang digoreng garing-garing...makan pula dengan nasi panas-panas taruh pula kicap.....nikmat betul rasanya....Alhamdulillah....

Berbalik kepada cerita nasi goreng di atas.....saya punyalah malas nak bunga penyepit udang....ingatkan udang jenis ni kalau goreng garing-garing penyepitnya pun akan rangup bila digigit....rupa-rupanya tidak...keras tau....makan malam itu...makanlah kami "Nasi Goreng Udang Sungai Perak" yang sedap tetapi keras penyepitnya bila dikunyah....so lepaih ni sapa-sapa yang nak makan  udang goreng....silalah buang penyepitnya yer....walaupun udang tu kecil-kecil sahaja...

Inilah saya yang sedang menyiang ikan yang diperolehi.....ngantuk-ngantuk pun buat juga la....demi sahur nanti....


Friday 31 January 2014

Tebu... Penyediaan Keratan Tebu

Assalamualaikum dan salam Sejahtera


Sekali tengok, nak tanam tebu ni nampak macam senang tetapi nak tunggu hasilnya sahaja yang lama. Kalau tidak diserang anai-anai, ulat pengorek batang dan lain-lain perosak serta penyakit, Insya Allah hasilnya pun akan tinggi samada dari segi duit mahupun air tebu.

Setelah sumber bagi mendapatkan bekalan tebu diperolehi. Lagi mudah kalau kita boleh dapatkan tebu yang telah dikerat-kerat. Jimat lah masa kita sebab dah tak payah cari masa untuk kerat batang-batang tebu yang panjang-panjang di samping dapat menjimatkan tenaga.

Tetapi kalau anda tidak dapat memperolehi tebu yang telah dikerat. Jangan risau, apa yang kita kena buat ialah sediakan kelengkapan seperti parang, alas bagi tujuan mengerat seperti kayu. Apa yang penting mesti ada batang tebu dulu. Kemudian cari tempat duduk yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja mengerat batang tebu.

Mula-mula sekali kena kerat batang-batang tebu yang ada matatunas. Sekurang-kurangnya 3 matatunas. Lihat gambar di atas. Ketika kerja-kerja mengerat dilaksanakan, pastikan matatunas tidak cedera. Sekiranya cedera Insya Allah keratan tadi tidak akan bertukar matanya menjadi anak pokok tebu.


Keratan-keratan tadi dikumpulkan. Setelah siap semua keratan tadi bolehlah ditanam ke dalam lubang penanaman. Jika anda nak tanam serong pun boleh....nak tanam baring pun boleh.... nak tanam tegak pun boleh. Tetapi teknik penanaman baring adalah yang terbaik setelah dilakukan pemerhatian kecil.  



Sekian.

Thursday 30 January 2014

Ubi Kayu...Kegunaannya

 




Ketika menjadi juri bagi pertandingan hasil pertanian sempena HPPNK 2013, sempat juga saya mengambil beberapa gambar ubi kayu yang dihantar oleh petani untuk dipertandingkan.

Semua varieti ubi kayu tidak dinyatakan. Maka tidak dapatlah saya hendak menceritakan dengan jelas ciri-ciri ubi kayu yang dipertandingkan. Terus terang saya katakan yang pada masa ini pengetahuan saya tentang ubi kayu belum mendalam lagi. Masih lagi ke arah untuk mendalami ilmu berkaitan ubi kayu ini.

Ada berbagai bentuk dan saiz ubi kayu. Ada ubi kayu yang berwarna kuning isinya dan ada juga yang berwarna putih.

Ubi Kuning

Bagi ubi kayu ubi kuning, isinya sudah tentu berwarna krim kekuningan. Kulit luar di sebelah dalam (bukan kulit luar) juga berwarna kekuningan atau putih krim. Ubi kuning ni sesuai dibuat kerepek kerana warna isinya yang krim kekuningan menjadikan warna kerepek kekuningan dan menarik. 

Ada juga yang membuat bengkang ubi kayu menggunakan ubi kuning sebabnya warnanya yang kuning. Tidak perlu menambah pewarna. Kalau nak rebus boleh juga tetapi kalau direbus sekejap sahaja ia tidak akan empuk. Pernah sekali saya kena rebus lebih dari 3 jam dan baharulah ubi kuning tersebut empuk.
















Ubi Putih



Monday 27 January 2014

Asal Tembikai

Gambar ni diambil di Kelantan...jauh tu...nak tuntut ilmu la katakan....jauh pun jauh la...

Ladang seorang usahawantani....memang beliau dah expert bab tanam tembikai ni...

Dari mana asal tembikai...???

Kalau tanya dari mana asal usulnya...dah tentu saya pun kena rujuk buku-buku dan lain-lain sumber...mana lah nak ingat dari mana asal tempatnya....

Cukuplah kita tahu...tembikai ni hasil kacukan di antara bunga jantan dan bunga betina...


 Bunga jantan yang pangkalnya kurus cikkeding tu....bunga betina tu yang besar pangkalnya/bengkak....

Jadi kalau pergi ke ladang tembikai...cubalah kelebek-kelebek pokok tembikai tu....
Kalau jumpa bunga jantan yang sedang kembang....sebelah pagi yer....11.00 pagi ke atas bunga pun dah kuncup... pastu pi tenyeh bunga jantan tu kat bunga betina...biar debunga tu bertemu....

Nak harapkan serangga pun boleh untuk melakukan pendebungaan ni....cuma takut bentuk buah tak sama bulatnya nanti...di samping disebabkan oleh kekurangan nutrien....

 Antara buah yang dah jadi....

 Bunga dan debunga...



Saturday 18 January 2014

Kacang Peas

Ketika singgah di kebun ini, matahari sudah meninggi menghampiri 12.00 tengahari. Panas juga hari itu. Namun kerana ingin mendapatkan juga maklumat berkaitan kacang ini, saya pergi juga ke kenun tersebut bersama rakan sepejabat sebagai teman.

Alhamdulillah, pemilik pokok kacang peas ini ada di kebunnya dan tengah mengutip kacang-kacang peas yang bergayutan di hujung-hujung ranting pokok. Gigih benar nampak uncle tersebut bersama isterinya (saya panggil auntie) mengutip kacang-kacang tersebut sambil mendongak ke atas.
Daun-daun yang rimbun menghalang pancaran cahaya matahari dari terus mengenai mata mereka.
Kalau sayalah yang asyik mendongak, alamatnya sakit lah leher saya.

Kebun ini terletak berhampiran Simpang Pulai, Perak dan menghala ke arah Changkat Larang, Lahat. Sekiranya anda dari arah Simpang Pulai, kebun ini terletak di sebelah kanan anda. Pemilik kebun hanya mengusahakan kaki lima jalan taman perumahan untuk menanam kacang ini.

 Bunga kacang ini berwarna putih krim.

Bunganya tumbuh menegak ke atas.

 Pokoknya boleh ditanam sehingga 2 tahun lamanya atau lebih jika pembajaan dan pengairan adalah baik.

 Mempunyai daun majmuk (trifoliat).

 Bentuk buah seperti bentuk buah kacang peas yang selalu kita jumpa di pasaraya. Cuma biji kacang peas yang biasa kita jumpa di pasaraya bijinya berwarna hijau tetapi biji kacang ini berwarna krim.

Kulit buahnya berwarna hijau keputihan berbanding kacang peas yang kita selalu jumpa di pasaraya yang berwarna hijau.

Tuesday 14 January 2014

Keladi 74

 
Keladi 74
RM 20.00

Keladi ni ketika saya beli di salah satu nurseri di Ipoh...cuma tinggal beberapa pasu kecil sahaja...yang menariknya ada garisan-garisan hijau keputihan pada setiap daunnya....cuma masih belum dapat dipastikan sama ada garisan tersebut kekal atau tidak jika anak pokok keladi yang baru tumbuh.....

Dan setelah lebih 5 tahun, garisan-garisan tersebut masih kekal...dan itulah yang uniknya...

Keladi 72

Keladi 72
RM 18.00

Antara keladi yang saya rasa warna amat lembut "soft". Ala-ala pink keputihan. Memang cantik dan menarik terutama jika keladi ini rimbun. Warna hijau tua menghiasi bahagian tepi daunnya. Warna pink keputihan akan lebih ketara apabila daunnya semakin membesar.