Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Cuti sekolah hanya beberapa minggu sahaja lagi. Saya dah dapat kad jemputan kahwin untuk bulan Disember depan... Bagaimana pula dengan anda...? Saya dapat jemputan kenduri kahwin tu di Langkawi pula tu alamatnya....Insya Allah ada rezeki dapat ke Langkawi lagi sekali....
Biasalah kan, kenduri kahwin ni sinonim dengan cuti sekolah.
Jadi, dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang hiasan bilik pengantin dan meja makan pengantin yang ringkas sahaja... kos pun rendah...jimat... buat sendiri.... tapi rekabentuk tu tengok juga majalah dan cari juga dalam laman web berkaitan. Digabungkan pula dengan idea spontan adik-adik sepupu yang kreatif-kreatif semuanya....
Gambar di atas ini adalah bilik pengantin yang disiapkan sepenuhnya oleh saya sendiri bersama dengan pembantu saya iaitu adik-adik sepupu saya yang baru berusia 11 dan juga 13 tahun kot kalau tak silap. Rajin budaknya dan cepat tangkap serta kreatif. Nampak tak hiasan dinding warna emas tu, itu idea mereka la...Saya bukanlah pereka, tetapi saya seorang yang minat benda-benda kreatif ni. Cuma, niat ketika ini nak menolong mak saudara. teringat lagi masa saya bertunang dulu, beliau banyak membantu di belakang tabir.
Oh ya....Kenduri kahwin ni adalah dalam 6 bulan yang lalu. Lokasi dirahsiakan yer..... Dua pengantin sekali jalan. Dua-dua pengantin lelaki pula tu. Oleh sebab itulah maknya harap jika boleh meja pengantin dan bilik pengantin yang ringkas dapat disediakan. Kalau pengantinnya perempuan, dah tentu tempah butik pengantin untuk siapkan.
Tanglung hijau tu, murah sahaja kosnya...baru RM 2.00 seunit. Jika dah harga RM 2...dah tentulah kedai RM 2.
Ini adalah gambar masa tengah menyiapkan latar belakang bilik pengantin. Hanya ada dua tiga keping gambar sahaja diambil ketika kerja-kerja menyiapkan bilik pengantin yang ini. Mula-mula saya pun nampak kosong juga, tapi bila dah siap macam di atas. Ok lah... amatur kan....
Gambar di atas pula adalah bilik pengantin yang lagi satu. Warna utamanya merah dan diselit dengan warna putih agar warna bilik tu bangkit serinya.
Saja jer adik saya dan anak buah bergambar di atas katil sebelum dirasmikan oleh pengantin baru.
Gambar di atas pula ketika kerja-kerja menyiapkan latar belakang meja pengantin dan juga meja pengantin. Syukur alhamdulillah, sepupu saya yang ini pandai juga bab-bab membentuk ombak pada kain ni.... Ringan sikit kerja. Badan dah letih. Apa tidaknya, bilik pengantin ada dua nak disiapkan. Meja pengantin dan latar belakangnya sekali. Mula pula dalam jam 10.00 pagi macam tu.
Ini pula, para penonton kami...rasa bersemangat sikit nak membuatnya... Bukannya apa, ada juga kawan menyembang dan kawan tolong komen mengomen...
Inilah latar belakang yang dah siap. Lagi sekali keladi hiasan (tanaman kegemaran) digunakan dalam menghias dan membangkitkan seri meja pengantin yang ringkas sahaja.
Semoga dapat memberi idea dan ilham bagi yang ingin membuat sendiri bilik pengantin dan meja makan pengantin. Namun, sedikit peruntukan perlu dalam merealisasikan bilik pengantin dan meja makan pengantin ini. Perlu diingat, jika disewa, ia tidak akan menjadi hakmilik kita. Jangan membazir yer. Kalau boleh kurangkan kos kita cuba kurangkan.
Sekian.
Dah cantik sgt dah tu....tak payah upah mahal2 mcm pak andam....tangan kalau berseni buat ape2 pon kompom menjadi...saya pon selalu berangan nak buat sendiri tapi tak konpiden...kuikuikui
ReplyDeleteKadang-kadang kerja lain ada banyak nak buat....bab-bab ni kira hobi juga....isi masa lapang....kalau tak, bila balik kampung asyik tidur jer...
Deletecantik sgt...simple dan kemas... :)
ReplyDeleteTerima kasih Pn Atie....
Deletesimple n nice ..yang penting jimat ..:)
ReplyDeleteYup....jimat...jangan membazir...beli benda yang boleh diguna semula selepas itu....tak rugi...
Deletesangat kreatif dan banyak idea. pokok keladi putih dan hiasan latar belakang tu cantik..
ReplyDeleteItu la kan Ka Yon...bila susun baru nampak kecantikan keladi tu...nampak cerah pula...
Deletewah Fida cantik dah sangat tu.. kreatifnya..:)
ReplyDeleteTerima kasih Puan Anajingga...(Tak jadi kerja tetap sahaja....hehehe)
Deletekreatipnyer, ringkas leh berjimat., yg penting jodoh berkekalan., aminn ;p
ReplyDeleteAamiin...semoga pengantin2 berkekalan ke akhir hayat.....terima kasih Wak
DeleteKalau kita kreatif , apa saja dibuat menjadi kepuadan hati... bila orang suka pula hasil kerja kita itu lagi mendorong kita untuk jsdi lebih kreatif....
ReplyDeleteLagi pun lebih menjimatkan masa dan wang jika kita pandai reka dan olah sendiri kan...
Betul tu bonda....teguran oarang juga mendorong kita menghasilkan sesuatu...
Deletekreatif nya fida pandai membuat bilik pengantin dan meja makan nampak cantik sygnya kaknoor jauh sngt
ReplyDeleteKak Nor....kalau ada tahap kreatif....rasanya skala yang rendah lagi....Apapun syukur Alhamdulillah...semuanya dari Allah
DeleteYelah kan Fida, kalau pengantinnya lelaki mmg perhiasannya lebih ringkas . Untung tau mak sedara tu ada awak yg boleh menyettlekan bab bilik daneja makan pengantin
ReplyDeleteDalam ramai-ramai anak saudara dia...ada sorang lagi yang kreatif....bunga kat tepi katil tu bunga beliau...
DeleteBulan Dis my BOS nak kahwin..in shaa Allah pergi sbb nanti BOS merajuk susah heee
ReplyDeleteYang itu kena pergi....sebab hari2 kena jumpa nanti....kalau bos pejabat lain...boleh juga elak2...hehehe
Deletekreatif juga dak Fida ni...ni kira wedding planner lah eh
ReplyDeleteWedding Planner....tahap masih belajar.....tapi tak nak kot....tolong2 boleh lah...hehehe
DeleteRingkas..kemas..cantik
ReplyDeleteTerima kasih Kak Yan...matlamat ringkas telah tercapai...
Deleteringkas2 cukup.. senang nanti nak kemas balik =D
ReplyDeleteBetul tu senang nak kemas....cuma langsir susah sikit sbb tak guna rail...guna dawai..
DeleteKak Fida banyak talents. Untung keluarga banyak dapat berjimat dengan gotong-royong sesama agihkan kerja.
ReplyDeleteAlhamdulillah....sebab minat....tapi tak boleh buat semua....jika ada masa saja akak buat....
DeleteYa! Hias sendiri lebih berbaloi dan murah... Lagi pun untuk jangkamasa sekejap jer pun.
ReplyDeleteHasil kerja Fida sangat kemas dan menarik walaupun ringkas tapi berseri!
Ya...setuju...Bersederhana sahaja...janji majlis berjalan lancar...
Delete