Showing posts with label Cerita Tentang Keladi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Tentang Keladi. Show all posts

Sunday, 27 December 2015

HPPNK 2015 Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HPPNK 2015 Siri 2...apa pula yang saya nak kongsikan dalam artikel kali ini...? Jika dalam HPPNK Siri 1 saya kongsikan dengan anda semua tentang replika-replika dari hasil pertanian....tidak kurang hebat juga dengan artikel kali ini. Tetapi gambar yang saya kongsi tak banyak tau...tak dapat muatnaik banyak sebab line internet sangatlah lambat.

Artikel kali ini tentang Terrarium....bukan akuarium yang ada ikan yer...akuarium ini ada pokok. Pokok hiasan...batu hiasan...media penanaman...

Tahniah SMK Wira Penrissen dari saya peminat tegar keladi hiasan.

Friday, 10 April 2015

Ulat Makan Daun Keladi Hiasan....Sebelum Jadi Rama-rama

Assalamualaikum...

Hari ini saya berkongsi pengalaman dengan anda semua tentang ulat yang memakan daun pokok keladi hiasan saya dengan lahapnya.

Daripada ada empat helai daun sehingga kepada tiada daun. Hanya pucuk sahaja yang tidak dimakannya.

Tapi tak apa, itu rezeki ulat tersebut. Apa yang penting saya masih ada umbi keladi tersebut. Nanti ia boleh berpucuk semula.




Thursday, 22 January 2015

Pasar Pagi Labuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kesempatan berkunjung ke Wilayah Persekutuan Labuan merupakan satu peluang dan rezeki dari Allah kerana dengan izinnya saya dapat berkunjung ke Pasar Pagi Labuan atau mungkin juga dikenali dengan Pasar Tani Labuan. Ini kerana kebanyakan peniaga di pasar ini menggunakan khemah pasar tani.

Setelah berjalan dari satu gerai ke satu gerai, akhirnya saya tiba di gerai yang menjual keladi hiasan. Wow, gembiranya saya. Duit terbang pun tak apa, janji dapat beli keladi. Harganya pun berpatutan. Jika anda salah seorang penggemar keladi hiasan, bolehlah berkunjung ke gerai Kak Ros di Pasar Pagi Labuan.                 

Salah satu gerai di Pasar Pagi Labuan

Monday, 29 October 2012

Sejuk Mata Memandang....Keladi Oh Keladi....


Walaupun ditanam di dalam pasu yang biasa-biasa sahaja, keladi hiasan yang cantik dan rimbun mampu menjadikan pasu biasa tanpa corak kelihatan cantik dan menarik.

Friday, 13 January 2012

Cantik Kan....?

Walaupun keladi ni jenis kecil-kecil sahaja daun dia...
Tapi bila dah rimbun nampak cantik sangat...

Tengok dari jauh..putih-putih hijau je...
Sedap mata memandang...Sejuk rasa hati...Tenang rasa jiwa....

Friday, 23 December 2011

Keladi : Tanaman Hiasan Penyeri Laman

Kali ini saya nak share tentang cantiknya keladi hiasan jika ditanam  dengan tunggul kayu reput.... Hidup subur pulak tu.... Apa taknya.. tunggul kayu yang reput tu akan membekalkan nutrien kepada pokok keladi untuk membesar.... Kreatif benar orang yang menanamnya.... Gambar ini saya ambil kat Taman Herba Papan, Papan, Perak...

Lepas ni..kalau ada tunggul-tunggul kayu yang reput tu.... janganlah dibakar...tanamlah dengan pokok-pokok hiasan... Akhirnya laman rumah kita juga yang cantik.... Bila dah cantik... bolehlah hilangkan stress akibat penat bekerja....


Tuesday, 1 November 2011

Keladi : Tanaman Hiasan Penyeri Laman


Semua tanaman hiasan tak kiralah samada ia tanaman jenis berdaun sahaja atau tanaman jenis berbunga sememangnya cantik apabila dijadikan tanaman hiasan... Seri laman akan lebih terserlah jika dipenuhi dengan tanaman hiasan pelbagai warna dan corak serta saiz. Ini ditambah lagi dengan elemen air, batu-batu hiasan dan lain-lain perhiasan taman.

Cuba lihat keladi hiasan di atas... warna yang membentuk corak daunnya serta daun yang sedikit berombak membangkitkan laman dilitupi dengan rumput turf. Kehadiran batu hiasan berwarna putih bersaiz sederhana menambahkan lagi kecantikannya yang telah jelas terserlah pada keladi hiasan tersebut....

Jadi... jangan lupa pada keladi sebagai salah satu tanaman hiasan laman anda....

Wednesday, 5 October 2011

Keladi Ni Besarnya....

 Assalamulaikum & salam sejahtera

Harapan saya agar anda semua sihat. Kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tentang keladi di belakang saya. Besarkan ?

Apa tidaknya tumbuh pula dekat sungai kecil. Air yang banyak dan sejuk serta mengandungi banyak mineral yang membekalkan banyak unsur surih menjadikan pokok keladi ini subur. 




Gambar ini diambil ketika lawatan bersama keluarga saya ke Zoo Sabah yang terletak di Kinarut, Sabah. Sesiapa yang belum pernah pergi ke Zoo ni bolehlah memasukkan Zoo Sabah sebagai salah satu tempat yang harus dilawati. 









Artikel Lain...