Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita...
Di Bawah Adalah Gambar Lama...Alhamdulillah Menang Tempat Pertama...
Sebelum Tu Cuba Teka Saya Yang Mana Satu...
Bukan Sekadar Keladi Hiasan... Semua Cerita Tentang Kami... Fida Z Ein
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita...
Di Bawah Adalah Gambar Lama...Alhamdulillah Menang Tempat Pertama...
Sebelum Tu Cuba Teka Saya Yang Mana Satu...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bubur Lambuk....bulan ramadhan pasti insyaAllah akan ada saja bubur lambuk yang dijual mahupun dibuat edaran kepada orang ramai...
Saya yakin belum terlambat lagi untuk saya berkongsi resepi bubur lambuk dari En Zulmajdi Ismail, Kg Gulau, Mukim Sok, Daerah Sik... Cuma bubur lambuk ni dah buat lama dah tahun 2017 yang lalu. Akhirnya dapat dikongsi pada tahun 2022...dengan izin Allah swt.
Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan...
💜💜💜
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni Chek nak guna loghat Kedah nooh dalam tulisan Chek pasai padi huma kot Sik, Kedah kali ni....
Sebenaqnya, Chek pun tak sangka kot ni boleh tanam semula padi huma hat guna benih turun temurun dari orang kot ni juga....tak gaduh dok gi beli benih dari luaq.... Benih padi ni ada dua
....satu nama dia tangkai langsat dan satu lagi nama dia biji hitam...
Kalau kita tengok gambaq padi dalam gambaq kat bawah ni, hat ni lah nooh pokok padi yang hidup dari benih turun temurun tu.....
Padi Huma |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Rukam Masam
Pengenalan
Rukam masam adalah sejenis buah yang tidak diketahui negara asalnya namun ia boleh didapati di India, Indo-China dan Malaysia. Namun di Malaysia pokok ini sangat jarang ditanam. Buah rukam masam kebiasaannya tidak dimakan segar kerana rasanya yang terlalu masam dan kelat tetapi ianya sesuai dijadikan jeruk, jem atau acar. Warna buahnya yang berwarna merah juga amat menarik seperti buah ceri. Pokok ini padat dengan buah dan mempunyai kanopi yang bulat. Daya penarik utama pokok ini adalah pada buahnya berwarna merah serta daunnya yang berwarna merah jambu keungguan
Buah Rukam Masam Berserta Daun |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Buah Nam-nam
Pengenalan
Nam-nam atau nama popularnya buah katak puru banyak ditemui di sekitar tenggara Asia. Selalunya di Malaysia, pokok ini gemar ditanam di tepi- tepi rumah manakala di kampung pula ia ditanam berkonsepkan dusun. Pokok ini amat menarik kerana selain bentuknya yang cantik buahnya pula boleh dimakan terus. Kanak-kanak gemar memakannya bersama garam atau kicap dan rasa buahnya berbeza berdasarkan jenis, ada yang manis dan ada juga yang masam.
Buah Nam-nam |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Buah Tampoi
Pengenalan
Tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa (Miq.) Muell.Arg.) merupakan spesies yang semakin nadir di Semenanjung Malaysia. Tampoi kurang ditanam oleh petani dan kebanyakan pokok tampoi boleh dijumpai di hutan di seluruh semenanjung Malaysia dan Singapura. Dua jenis tampoi yang boleh didapati iaitu tampoi yang mempunyai isi berwarna putih dan tampoi yang mempunyai isi merah. Isi buah tampoi boleh dimakan terus dan isinya sangat manis. Namun begitu, isi buah tampoi tidak begitu lekang dari bijinya dan isinya agak nipis. Bagi masyarakat orang Asli buah tampoi diperam untuk dijadikan arak dalam upacara keramaian mereka.
Buah Tampoi |
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Buah Rambai
Pengenalan
Rambai atau nama saintifiknya Baccaurea motleyana Muell.Arg. merupakan buah-buahan indo-Malaysia yang terkenal di kampung- kampung atau dusun- dusun tua. Pokok rambai amat mudah dikenali kerana strukturnya yang mempunyai buah-buah yang bergantungan pada dahan atau ranting pokok. Rambai tergolong dalam kategori buah bermusim dan berbuah amat lebat dan serentak. Buahnya yang mempunyai rasa masam dan manis boleh terus dimakan atau dijadikan produk makanan yang lain seperti jus, halwa , jeli atau makanan ringan. Kulit rambai juga digunakan dalam masakan tradisional Melayu contohnya seperti masak lemak, kari dan asam pedas. Tanaman rambai ini sewajarnya diperluaskan memandangkan terlalu banyak kegunaannya serta pengeluaran buah yang lebat tanpa sebarang masalah.