Thursday 2 September 2021

Buah Nam Nam

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buah Nam-nam

Pengenalan

Nam-nam atau nama popularnya buah katak puru banyak ditemui di sekitar tenggara Asia. Selalunya di Malaysia, pokok ini gemar ditanam di tepi- tepi rumah manakala di kampung pula ia ditanam berkonsepkan dusun. Pokok ini amat menarik kerana selain bentuknya yang cantik buahnya pula boleh dimakan terus. Kanak-kanak gemar memakannya bersama garam atau kicap dan rasa buahnya berbeza berdasarkan jenis, ada yang manis dan ada juga yang masam.

Buah Nam-nam

Ciri Morfologi

Pokok Nam-nam adalah pokok renek atau kecil yang mana tingginya hanya antara 3 - 5 m dan ia berdahan banyak dan mempunyai kanopi yang padat. Jambak bunganya tumbuh di pangkal pokok,batang atau dahan -dahan tua dan saiznya kecil. Buah Nam nam mempunyai bentuk seperti kacang atau buah pinggang dan kulitnya keras dan menggerutu. Warna buah bertukar dari hijau ke hijau keperangan apabila ia matang atau masak. 


Cara Pembiakan

Nam-nam boleh dibiakkan menggunakan cara menyemai biji benih. Tanah hendaklah subur serta keadaan saliran mestilah baik ketika menanam pokok ini. Bagi peringkat pertama pertumbuhan pokok, ia memerlukan pelindung cahaya matahari untuk melindunginya. Penjagaan pokok Nam nam ini amat mudah dan ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi.


Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...