Thursday 2 September 2021

Buah Rukam Masam

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rukam Masam

Pengenalan

Rukam masam adalah sejenis buah yang tidak diketahui negara asalnya namun ia boleh didapati di India, Indo-China dan Malaysia. Namun di Malaysia pokok ini sangat jarang ditanam. Buah rukam masam kebiasaannya tidak dimakan segar kerana rasanya yang terlalu masam dan kelat tetapi ianya sesuai dijadikan jeruk, jem atau acar. Warna buahnya yang berwarna merah juga amat menarik seperti buah ceri. Pokok ini padat dengan buah dan mempunyai kanopi yang bulat. Daya penarik utama pokok ini adalah pada buahnya berwarna merah serta daunnya yang berwarna merah jambu keungguan 

Buah Rukam Masam Berserta Daun

Ciri Morfologi

Tinggi pokok rukam masam boleh mencecah 15m. Dahannya banyak dan membentuk jemala yang rimbun. Daunnya yang berwarna merah jambu keungguan ketika muda dan bertukar hijau tua apabila matang  mempunyai bentuk seperti bujur yang panjang dan tirus di bahagian hujung daun. Bunga rukam masam kecil, tiada kelopak  dan pada aksil daun ada rasem pendek yang keluar darinya. Buahnya pula keluar dari ranting kecil dan berbentuk bulat .Warna buah hijau ketika muda dan bertukar merah apbila sudah matang serta kulitnya  licin, nipis dan berkilat.

Cara Pembiakan

Buah rukam masam biasanya dibiak melalui semaian biji benih. Ia biasanya ditanam di kampung - kampung atau dusun. Namun kini buah rukam masam juga dijadikan tanaman hiasan dan ditanam di taman-taman. Secara tidak formal pokok rukam masam boleh tumbuh hasil darpada pembuangan biji benih juga.


Semoga Bermanfaat

8 comments:

  1. tak pernah tahu buah ni. sekali tengok macam buah ceri. buah rukam ni spesisi buah hutan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok buah ni banyak ada di kawasan rumah-rumah kampung di sekitar Sik, Pendang dan dulu biasa jumpa di sebelah Trong, Perak... mungkin asal dari hutan...

      Delete
  2. pertama kali tahu buah ni..buat acar sedap nih, masam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam buah ni....hehehe.....saya sampai tak tertelan sebab masam...

      Delete
  3. ooh masa kecik2 dulu wak pon suka mkn buah cheri masam camni.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rukam ada dua...satu manis satu masam...sekarang suka makan masam lagi tak...

      Delete
  4. Kalau di kampung saya kami panggil buah khe-le-khok... tak tahulah betul ke tak ejaannya :)

    Pernah makan masa kecik2 dulu. Sekarang tak pasti ada ke tidak lagi pokoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam bunyi buah kerkup ja....ada juga buah kerkup....buah pun lebih kurang bulat....tapi daunnya berbeza dan warna buah kerkup nak merah ungu

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...