Wednesday, 6 January 2016

Kompos Sisa Dapur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penutup tahun 2015...saya ingatkan sudah tidak ada lagi permintaan untuk mengajar cara membuat baja kompos. Tup-tup ada...permintaan dari Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan ianya khas untuk kakitangan kolej tersebut dan juga pengusaha kantin. Maka, dengan rasa senang hati dan teruja, saya dan partner pun memberi sedikit taklimat dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang terlibat termasuklah Puan Pengetua kolej yang turut serta. Pengusaha kantin turut dilibatkan agar dapat bersama-sama menjayakan Green Campus ini.

Banner Green Campus

Green Campus...itu adalah tema yang pihak KPM telah tetapkan seperti pada banner dalam gambar di atas. Sisa dapur menjadi keutamaan dalam taklimat dan hands on kali ini. Terima kasih kepada pihak KPM yang menjemput Jabatan Pertanian khususnya Bahagian Hortikultur Negeri Perak dalam usaha mendedahkan warga kampus agar memanfaatkan semua bahan yang boleh dikitar semula khasnya bahan-bahan dari tumbuhan dan dikembalikan semula kepada tumbuhan dalam bentuk nutrien (unsur makanan tanaman).

Aktiviti menggaul rata dedak beras bersama IMO2
 Jom jom...saya ceritakan tentang aktiviti ini.

Gambar di atas menunjukkan penyediaan IMO3 yang menggunakan tempe dan gula merah serta dedak beras. Ada banyak cara untuk mendapatkan IMO3.

Namun kali ini kami hanya menggunakan tempe yang dicampur dengan gula merah pada kadar dan nisbah yang sama. Setelah digaul rata seeloknya ia diperam selama 5-7 hari sebelum boleh digunakan dan ianya dikenali sebagai IMO2. Kemudian, ambil lebih kurang 1-10 gram campuran tersebut dan masukkan ke dalam 10 liter mineral/sungai/semulajadi ataupun air basuhan beras yang telah diperam selama 2-3 hari. Lepas itu, tuangkan ke dalam dedak beras dan kacau rata.

Sebab itulah dalam gambar di atas, kakitangan KPM perlu menggaul rata dedak beras dalam besen. Seeloknya, campuran ini dibiarkan selama 2-3 hari bagi proses fermentasi berlaku dengan baik dan dikenali sebagai IMO3.

Taklimat kepada kakitangan KPM Seri Iskandar oleh En Sufian Suri Bin Alias.

Taklimat dan sesi soal jawab oleh saya dan partner saya.

Sisa dapur dimasukkan ke dalam tong sampah yang telah diubahsuai.
 Setelah IMO3 telah siap disediakan. Pastikan juga yang tong sampah yang telah dipasang dengan paip air di bahagian bawah disediakan terlebih dahulu. Ini bertujuan mengeluarkan cecair yang akan terhasil nanti sepanjang proses pemeraman sisa dapur.

Kemudian masukkan batu-batu kecil (batu mineral) di bahagian dasar tong sampah. Diikuti dengan jaring halus atau penapis. Selepas itu, barulah IMO3 ditabur berselang seli dengan sisa dapur sehingga ketinggian mencapai 2/3 dari tinggi tong sampah.

Katakan sisa dapu tak banyak pada hari kita nak buat....jangan risau...kita boleh buat sikit-sikit. Pastikan ada IMO3 sahaja sebagai pemangkin kepada proses fermentasi. Maknanya, pagi buat selapis...tengahari buat selapis...dan malam buat selapis....dan seterusnya.

Selepas itu...tunggulah...apa hasilnya...?
Nak tahu ya.....kena buat senndiri baru tahu....hehehehe...

Gambar kenangan bersama kakitangan KPM dan pengusaha kantin KPM.

Jika ada sebarang pertanyaan...silalah bertanya yer....


28 comments:

  1. Sisa dapur saya selalunya saya campur dengan tanah sampah kat luar rumah kemudian tutup takut kucing berak atau kambing makan hehee...sesekali buka kaup2kan. Cacing pun banyak dalam tu. Sekarang musim kering cepat saja sisa tu hancur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Puan Normala...yang penting kita buat kompos...kucing berak memang selalu...kalau ada najisnya...boleh buat saya terbantut nak buat kompos...tunggu dah hilang atau suami buangkan baru saya sambung semula...hehehe

      Delete
  2. Good idea. Kakak ni tapi masa baca tu macam teringinlah nak mencuba tpi bila di rumah semuanya tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu Kak...saya pun sama juga...kalau buat di rumah..alamatnya lambat la siap...kalau ada hands on atau ceramah/taklimat...dalam 2-3 jam dah siap...

      Delete
  3. wahh fotografer mana mak tuuuh., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang fotographer tu laju aja Wak ni...KPM punya photographer la Wak...

      Delete
  4. Seronok gak tau caranya kan, mana tau satu hari bole cuba sendiri, hi hi...kalo rajinla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Puan...Nanti En Abang mesti terkejut tengok akak buat...syaratnya mesti masa tu akak rajin...hehehe

      Delete
  5. Bagus tu Fida .. boleh akak cuba ni...
    Akak selalu buat baja roti tu jer..
    Bila nak expire .. laju jer akak buat..
    Tapi kena kumpul pulak kan sisa makanan tu..
    Bagus utk pengusaha restoran dan kantin ni utk buat baja kompos ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu kumpul...buat sikit2 dah boleh dah...cecair yang terhasil boleh disiram kepada pokok...cairkan dahulu yer sebelum siram...

      Delete
  6. Bagusnya program begini! Saya pun nak cuba buatlah.
    Sis Fida, terima kasih. Saya dah terima hadiah yang sis kirim.

    Terima Hadiah Segmen Apakah Saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...boleh cuba cara ini juga...nak urus sisa dapur...

      Rajinnya buat segmen sambungan...terima kasih kembali...

      Delete
  7. Dah katanya bekerja di Jabatan Pertanian ye FS,mmg sangat expert le bab bab baja ni hihi...

    Ingatkan cuma guna sisa dapur je. Kalau guna gula merah dan tempe, tak ke rasa mahal jugak kosnya FS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos akan bertambah sedikit Kak Hainom...jadikan ibu dan boleh digunakan berulang kali........ gula merah dan tempe perlu digunakan agar mikrob yang menguraikan bau busuk kepada tidak berbau boleh membiak dengan banyak...kalau tak guna tempe dan gula merah...kompos sisa dapur perlu diuruskan dengan kaedah lain pula...

      Kaedah ini akan menghasilkan larutan berbau masam manis... dan boleh didiram ke dalam sinki, lubang tandas, pokok dan sebagainya....hehehe

      Delete
  8. Kalau tak tau memang nampak cam susah je nak buat baja kompas ni...jadi kene belajo la dulu mana yg tak faham tu...mana tau sok2 dah pandai bole ajak jiran pulak buat baja kompas sesame...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saja Pn Malinda...tempe dan gula merah gaul rata sama banyak....peram 5 hari agar tempe punya kulat membiak lagi banyak....kemudian tu siram sahaja kat sisa dapur...siram/spray saja...dedak beras tu makanan tambahan sahaja untuk mikrob...klu tak ada pun tak apa...

      Delete
  9. berapa bungkus tempe nak kena digunakan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempe tu kalau ikut satu peket dah cukup....campurkan dengan gula merah sama banyak dan peram 5-7 hari....jadikan stok....bila nak guna baru ambil satu sudu dan campur dalam air sebelum disiram kepada dedak beras...

      Delete
  10. boleh cuba buat baja kompos sendiri ni kalau rajin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...boleh Pn Paridah...janji rajin...hehehe

      Delete
  11. ehehehe alaaa apa hasilnya ??? CT x rajin nak buat sendiri ekeke..
    lepas da dapat hasil tu bleh letak kat pokok2 ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasilnya akan dapat dua...satu dalam bentuk larutan dan satu lagi dalam bentuk pepejal (sisa dapur yang telah dikomposkan akan berbau masam manis...tidak busuk)

      Larutan perlu dicairkan sebelum digunakan...
      Kompos boleh ditabur di bawah kanopi pokok atau dimasukkan ke dalam lubang di bawah kanopi pokok sebelum dikambus

      Delete
  12. Salam sabtu, bagus idea ni, gantung pada rajin tak rajin kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini salah satu idea sahaja....banyak lagi dea atau cara untuk buat kompos...

      Delete
  13. bila la agaknya kerajinan nak datang ... tempe tu mcm syg je nak buat lagu tu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempe tu sikit sahaja Qaseh...untuk kebaikan...sayang pun letak tepi juga...

      Delete
  14. Tempe lagi cepat dapat komposkan sebab sudah halfway proses fermented soy bean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..kulat pun dah ada...lagi cepat...kalau baru nak buat macam guna nasi putih...belum tentu jadi kulat...silap2 tak jadi..basi berair atau kering keras nasi tu...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...