Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adik perempuan saya baru jer balik bercuti dari KSKB. Balik kampung pula tu bukan saja balik kosong...tapi balik dengan idea supaya kami cuba makan kat restoran yang ada Shellout.
Apa ke benda la Shellout ni...?
Apa ke benda la Shellout ni...?
Maklum ajalah, saya ni orang yang jarang ke tempat yang makanannya pelik-pelik. Setakat makan ikan siakap tiga rasa tu selalulah...
Jadi, saya dan suami cuba mencari-cari dalam internet dengan bantuan Mr Google... Cari Shellout yang ada di Alor Setar. Akhirnya jumpalah restoran yang ada Shellout kat Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Kalau orang Kedah tu, mesti tau kan jalan JPJ lama kat Alor Setar.
Pandangan Dari Luar Cermin |
Kami sampai dalam jam 9.00 malam kat kedai ni. Kami tempah siap-siap sebab takut tempat penuh. Shellout ni rupanya kalau nak order rupanya dalam bentuk pax. Kami order dalam 4 pax. Setiap pax boleh 2-3 orang makan. Satu pax dalam RM 40.
Masa sampai tu, teruja juga tengok lukisan kat dinding tu..lukisan tok aji tu...yang pakai kain pelekat kotak hitam putih tu.
Basikal Tu tergantung La Mak Long...Kata Anak Buah Saya... |
Masuk saja kat dalam tu ternampak basikal dok tergantung. Bagus juga idea pemilik restoran ni...sambil dok tunggu makanan, boleh lah pelanggan melayan perasaan tengok dekorasi selain dok layan handphone tu...
Lukisan Pada Dinding...Awat Yang Kuyu Ja Mata Ketam Tu...Hehehehe |
Lukisan Mr Crab pun ada kat dinding...cantik..kreatif...
Inilah Keluarga Saya...Kat Hujung Tu Mak Saya.. |
Oh ya...sementara menunggu makanan sampai, kami pun dok sembang-sembang, dok layan handphone, ambil gambar dan lain-lain...Yang dok selfie tu adalah adik bongsu saya... Selain kami adik beradik belanja mak bapa makan, kira belanja dia juga...buat kenduri adik-beradik dulu sebab alhamdulillah dia baru dapat jadi Cikgu...
Shellout Kuah Masam Manis Pedas |
Kat kedai ni ada dua perisa Shellout...maksudnya ada dua kuah...satu kuah tu masam manis dan pedas sikit-sikit dan satu lagi tu kuah rendang.
Shellout Kuah Rendang |
Pasangannya Adalah Nasi |
Komen saya yang baru pertama kali makan Shellout (khas buat kedai ini) :
1. Dua-dua Kuah Shellout sedap dan saya boleh makan sebab saya ni jenis tak tahan pedas. Maknanya tak la pedas sangat.
2. Order Shellout sampai tak lambat pun, cuma kalau boleh nak sampai serentak.
3. Kepah banyak, ketam pun banyak, udang pun lebih dari 3 ekor...cuma sotong saja seekor dalam setiap pax...Next time boleh lebihkan sikit kot...hehehehe
5. Layanan mesra.
6. Senang angkat telefon dan whstup.
P/S..Shellout sedap dimakan masa panas-panas...
Keseluruhannya...boleh diangkat sebagai salah satu destinasi pilihan makanan anda
Tengok Ja Ka.. |
Ayaq Semak....Green Tea RM 7.50 |
Kreatif juga pemilik restoran ni untuk menghasilkan kelainan dalam pilihan minuman yang ada...
Inilah Restoran Tu... Haura Kitchen |
Jumpa Lagi..
Sekian..
Wkmsalam.
ReplyDeleteEnaknya shellout.
Alhamdulillah...segar2..masih rasa manis lagi isi kepah dan ketamnya..
DeleteSana-sini dah trend shellout - senang tak payah cuci pinggan.
ReplyDeleteTuang semua atas meja makan ramai-ramai hihi...
Ya la Kak...tak payah dah cuci pinggan...jimat air restoran ni...macam makan dalam talam ja..
DeleteKira makan berjemaah ni Fida..
ReplyDeleteSenang tapi kalau ada yg alergik seefood ni yg sedih..
Alhamdulillah...tak ada yang alllergik...
DeleteKena makan ubat la jika ada juga yang nak makan tapi ada allergik..
Akak pun suka shell out...cub la seafood slerak..pun sedap..tp hanya ada di Bara Bara Seafood...kat blog akak ada up entry...
ReplyDeleteSeafood selerak...istilah baru ni...nanti saya terjah blog ya..
DeleteTak percah cuba lagi. Tapi dah byk dengar ceritanya. Nampak pun dah sedap, apalagi kalo dpt makan, ermmmm..dap tuh.
ReplyDeleteJom jom Kak...akak kena cuba..rasa sekali pun jadila...
Deletewaalaikumussalam
ReplyDeletelagi sedap shellout bila bulih angkut satu family kan..
Setuju sangat...ada yang 'perak'...ada yang laju ja makan...ada yang terkial2 nak buka kulit kepah tu... makan dengan family memang seronok...
DeleteSaya tak pernah lagi makan shellout kat kedai Fiza. Hari tu ada jugak bershellout masak sendiri kat rumah. Bolehlah hihi.....
ReplyDeleteSotong dah habis bekalan tu kotnya Fiza tu yg sekor jer dia letak tu hihi...
Agaknya la Pn Hainom... Buat kat rumah lagi sedap kot...boleh makan panas2..
DeleteSeronok makan di luar bersama keluarga sekali kala kan.
ReplyDeleteTak penat nak mengemas meja dan dapur hehehe....
Sekali sekala..kekadang tu sebulan sekali pun susah...
DeleteMalam tu memang kami tak masak..jadi berjumpa di Alor Setar dengan adik kedua tu...
sedapnya shellout. klo kena tempat yg best memang sedap!
ReplyDeleteAlhamdulillah...sampai tambah lagi nasi la..
Deletenmpk sedap shellout kat sini..
ReplyDeletepernah mkn di shah alam..terkena yg tak sedap..rasa pelik pulak.terus tak selera nak mkn..
Tak ada rezeki la tu...kita cuba tempat lain pula Kak Yon... mungkin tukang masak baru kot..
DeleteBestnya ber-shell out!
ReplyDeleteHehehe...first time..
DeleteSaya tak pernah lagi cuba makan shellout. :)
ReplyDeleteBoleh cuba..sedap kalau dapat rezeki yang masak sedap...
Delete