Wednesday 1 September 2021

Buah Tampoi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buah Tampoi

Pengenalan

Tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa (Miq.) Muell.Arg.) merupakan spesies yang semakin nadir di Semenanjung Malaysia. Tampoi kurang ditanam oleh petani dan kebanyakan pokok tampoi boleh dijumpai di hutan di seluruh semenanjung Malaysia dan Singapura. Dua jenis tampoi yang boleh didapati iaitu tampoi yang mempunyai isi berwarna putih dan tampoi yang mempunyai isi merah. Isi buah tampoi boleh dimakan terus dan isinya sangat manis. Namun begitu, isi buah tampoi tidak begitu lekang dari bijinya dan isinya agak  nipis. Bagi masyarakat orang Asli buah tampoi diperam untuk dijadikan arak dalam upacara keramaian mereka.  

Buah Tampoi

Ciri Morfologi

Pokok tampoi menyerupai fizikal pokok rambai. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 20 m. Daun tampoi tebal seperti kulit dan berwarna hijau keunguan. Ia berbentuk elips - oblong dan berukuran 10 - 25 cm panjang dan 5 - 10 cm lebar. Jambak bunga jantan dan betina kedua -duanya dari jenis rasem . Bagi bunga jantan panjang rasem antara 5 - 12.4 cm manakala bagi bunga betina panjang rasem adalah  7.5 - 10 cm. Buah tampoi pula kebiasaanya hanya 1 - 2 buah sahaja tergantung pada satu tangkai.  Buah tampoi  yang berwarna perang kekuningan dan berkulit tebal itu, di dalamnya terdapat 3 - 6 isi yang berwarna jernih apabila masak. Buah ini mempunyai rasa masam - masam manis . 

Cara Pembiakan

Tidak banyak yang diketahui mengenai penanaman tampoi. Pokok tampoi ditanam bercampur - campur dengan tanaman lain dalam susana hutan melalui pemerhatian yang dibuat di sekitar penempatan orang Asli. Kebanyakan buah tampoi yang wujud di dusun-dusun tua ditanam secara tidak formal melalui pembuangan biji benih. Perosak utama tanaman ini ialah monyet.


Semoga Bermanfaat

3 comments:

  1. sedapnya tampoilama dh xjumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...payah nak jumpa...payah nak dapat dah....tapi sekarang musim dia kot Kedah ni....

      Delete
  2. The casino is on the rise - DRMCD
    The casino is a part 울산광역 출장안마 of the 오산 출장안마 Evolution Gaming 익산 출장마사지 Group and the Evolution Gaming Group. Its aim is to 창원 출장안마 offer a more sophisticated and 보령 출장안마 authentic gaming experience

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...