Monday, 4 May 2020

Jom Jelajah - Laman Komuniti KEKOM 8 Timur, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai...apa khabar...? Sihat tak hari ni..?

Jom saya kongsikan tentang idea untuk merealisasikan Laman Dapur atau Edible Garden anda menerusi Laman Komuniti yang ada di Shah Alam.



Laman Komuniti KEKOM 8 Timur Shah Alam ini telah saya lawati pada awal bulan Mac yang lalu. Majoriti komuniti taman ini terlibat membangunkan kawasan rizab  pencawang TNB untuk aktiviti berfaedah mereka seperti bercucuk tanam, memancing dan sebagainya dengan kebenaran.

Khidmat nasihat oleh Jabatan Pertanian diberikan kepada ahli komuniti melalui kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Majoriti ahli taman terlibat dengan penjagaan laman ini dan siap ada presiden/ketua. Bukan setakat geng otai saja yang terlibat, saya perasan ada juga geng 30 an terlibat.

Khemah yang disediakan sendiri oleh para ahli komuniti.

Pakat daki naik bukit...
 Nak lihat lagi...kami kena naik ke atas. Kat atas bukit tu ada macam-macam tanaman lagi seperti lemon, betik, pisang dan....tanaman hiasan juga ada...


 Landskap di atas juga disediakan sendiri oleh ahli komuniti.

Pondok untuk bersantai.
Nak berehat santai-santai sambil menghirup udara petang yang segar pun rasa seronok saja apabila pemandangan pun cantik.

Ada titi merah

Laluan air berbatu...
Ada parit buatan ala-ala mini sungai yang cantik. Air pula sangat jernih.

Tanaman hiasan.

Petak sayur.

Kolam yang telah cantik sentiasa menggamit pemancing datang.
Semoga dapat memberi sedikit inspirasi kepada anda semua...

Sekian.

18 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    wahh, nampak menarik la pulak laman komuniti ni. rasa macam tak percaya je lokasinya di bawah pencawang tnb. bagus jika dapat dibuat di setiap tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...di bawang pencawang betul betul tak dibenarkan. Di bahagian tepi tepi pencawang dibenarkan. Cuma kena minta kebenaran dan dengan kerjasama pihak Majlis Daerah. Kalau kena caranya mesti dapat.

      Delete
  2. Waalaikumussalam..Alhamdulillah, sihat...cantik landskapnya..bagus manfaatkan kwsn bwh pencawang letrik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...selalunya kawasan pencawang naik semak saja kan...

      Delete
  3. Replies
    1. Ya...cantik...saya tak berapa pandai ambil gambar...kalau pandai dah tentu lagi cantik terserlah landskapnya...

      Delete
  4. komuniti manfaatkan tanah terbiar tapi kata orang tanaman bawah pencawang letrik xelok dimakan yeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tap pasti tentang itu Puan, tapi memang kena elak tanam betul2 bawah pencawang kerana akan mengganggu pihak TNB melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan...

      Delete
  5. wah nampak cantik
    harap tak ada vandalism jer lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah tak vandalism kat sini sebab komuniti di sini sentiasa buat kawalan bagi mengelakkan benda2 tak sihat dan tak bermoral..

      Delete
  6. Terima kasih perkongsian yang bermanfaat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...sama-sama...nagi idea kat rakan2...

      Delete
  7. Wah menyenangkan sekali rasanya dapat bergabung di komunitas berkebun seperti ini ...
    Dapat buat hiburan juga memperindah dan mendapat banyak manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...aktiviti bermanfaat dan berfaedah di samping dapat mengeratkan hubungan sesama ahli komuniti...

      Delete
  8. kebunya bermacam-macam, indah sangat, berbeda dengan kebun saya di kampung, isinya hanya cabe dan tomat,, :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...hanya dengan kreativiti dan seni landskap...mampu mengubag kebun batas biasa-biasa kepada yang cantik...

      Delete
  9. cantik landskap kat sini.permandangan pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...cantik...seronok saja di sini kerana anginnya pun sejuk ja...dan boleh buat lawatan ke sini sebenarnya..

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...