Monday 20 September 2021

Padi Huma

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni Chek nak guna loghat Kedah nooh dalam tulisan Chek pasai padi huma kot Sik, Kedah kali ni....

Sebenaqnya, Chek pun tak sangka kot ni boleh tanam semula padi huma hat guna benih turun temurun dari orang kot ni juga....tak gaduh dok gi beli benih dari luaq.... Benih padi ni ada dua

 nooh....

....satu nama dia tangkai langsat dan satu lagi nama dia biji hitam...

Kalau kita tengok gambaq padi dalam gambaq kat bawah ni, hat ni lah nooh pokok padi yang hidup dari benih turun temurun tu.....

Padi Huma

Kat Kampung ni iaitu Kampung Landai, Mukim Sok....depa tanam dua cara....satu guna cara tugal satu lagi cara semai dulu baru ubah... Nanti dalam entri lain Chek cerita bab nak tugal ni noooh

Hat cara tugal tu untuk kawasan yang kering dan kawasan berbukit. Hat kawasan berayaq depa semai dulu....biaq bagi hidup elok dulu baru ubah....macam dalam gambaq kat bawah ni....nak dijadikan cerita masa tu pula hujan kerap sangat pula bulan Jun 2020 tahun tu....sebab tu la depa semai dulu pastu baru tanam untuk petak padi huma Pak Usop atau nama sebenarnya Yusof bin ni saja....yang petak lain depa tugal ja sebab depa buat awai sikit....masa tu hujan tak kerap turun lagi.....



Mak Su sedang menanam atau mencedong anak pokok padi ke petak sawah.


Pak Usop

Air Terjun Lata Hujan Lebat berhampiran yang menjadi sumber air kepada kawasan padi huma.

Air sungai berhampiran

Chek sungguh sungguh tak sangka yang kawasan kot ni yang mana dulu semak yakmat dengan tanah yoi dengan semak samunnya dapat bertukaq jadi kawasan penanaman padi. Pada awalnya nak ditanam dengan padi biasa. Tapi lepas Penolong Pegawai Pertanian hat jaga kawasan ni bagi pendapat yang banyak nak kena perbaik kalau nak kena tanam padi biasa....Jadinya padi huma dipilih sebab tanaman ni lasak 

Nak dijadikan cerita, ada sorang makcik yang dok kot belah Kampung Bukit Berangan yang hanya dikenali dengan gelaran Kak Dah ada buat benih padi huma...padi turun temurun ni... 

Gambaq gambaq kat bawah adalah keadaan sebenar sebelum berjaya ya....dengan bantuan melalui Jabatan Pertanian....akhirnya kawasan tanah hat terbiaq lama dah bertahun dapat dibangunkan.....harapannya agar penduduk kot ni berjaya menaikkan taraf kehidupan mereka dan menambah pendapatan mereka di musim pandemik C19 ni.....



Kawasan ni kawasan yoi berpaya dan berayaq sebab dah lama jadi tempat ayaq bertakung....ayaq ni bertakung sebab tak dak parit nak salurkan ayaq keluaq ...





Apa apa hal pun parit kena buat dulu supaya ayaq keluaq nak nagi kawasan cepat kering dan senang untuk kerja-kerja pembersihan kawasan yang seterusnya....

Sebelum
Selepas

Sekitar bulan 8 tahun 2020

Cantik kan suasana pagi dengan awannya....pemandangannya...

Nanti Chek cerita lain pula bab padi huma ni kat entri lain...


17 comments:

  1. baguih lagu ni, tanah semak-samun boleh tukaq jadi bendang padi huma..

    anak merpati disambar helang
    terbang ke titi di dalam huma
    harimau mati meninggalkan belang
    manusia mati meninggalkan nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... alhamdulillah....berkat usaha keras staf dan penduduk kampung.....

      Delete
  2. Baguih tu tanam padi huma, betui la buat parit dulu, sebab tak mo banyak ayarq

    ReplyDelete
  3. Seronoknya tengok depa dok tanam padi huma.
    Tak besa tengok cuma dengaq cerita arwah Mak ja.
    Rasa nak pi melawat Sik la lepaih ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai mai...nak pi kena contact saya....senang bila kenal petani...

      Delete
  4. kalau dapat tanam durian musang king bagus juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. musang king D187 pun memang bagus juga....selit juga dgn d99 ya...uk pendebungaan...

      Delete
  5. Alhamdulillah dpt majukan tanah terbiar dgn padi huma...org sini mm tanam padi ni dulu2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya....suatu masa dahulu....sekarang mula semula selepas 20 tahun ditinggalkan utk kawasan ini....as a one of produk pelancongan

      Delete
  6. bagus tu memang terbaiklah, daripada tanah terbiar dah menjadi lanskap yang menarik dan terurus. bila padi dah masak tentu semakin cantik pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantu yang mana kita boleh...inysaAllah dapat kekal relevan tanaman padi huma...

      Delete
  7. kat sini ada pacat or lintah juga ke? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada....Lintah Gunung....laju ja bergerak dalam air

      Delete
  8. hai puan. patut nama macam familiar. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya....jumpa kot Sik payah....kita jumpa di alam blog ya....hehehe

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...