Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini nak bercerita berkaitan tentang pokok getah.
Rumah mak bapa saya di kampung di kelilingi dengan pokok getah. Tapi saya ni tak pernah menoreh sebatang pokok getah pun lagi walaupun pokok getah ada di belakang rumah saja. Kata orang Kalau Nak Seribu Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih.
Pokok Getah Di Kampung Beng, Lenggong |
Getah Sekerap |
Tambahan pula, musim sekarang musim hujan, lagilah banyak nyamuknya. Lagi sedih, apabila hujan di waktu pagi, maka tidaklah mereka menoreh. Bila difikirkan, raya dah nak dekat. Kalau dapat duit hasil jualan puan, nak kena bahagi dua. Tak banyak pun mereka dapat sebab harga getah murah dah sekarang.
Bersyukurlah kita. Alhamdulillah.
Teringat arwah tokki pun penoreh getah, penah ikut tokki tengok dia toreh getah, teringat busuk sungguh bau getah sekerap tu.
ReplyDeleteWalau susah, hidup mesti diteruskan, hidup di kampung sara hidup tak tinggi.
Betul tu...penat lelah mereka kita mesti hargai....tanpa mereka siapalah kita yang sekarang....
DeleteTeringat arwah tokki pun penoreh getah, penah ikut tokki tengok dia toreh getah, teringat busuk sungguh bau getah sekerap tu.
ReplyDeleteWalau susah, hidup mesti diteruskan, hidup di kampung sara hidup tak tinggi.
dah lama pokcik tak menoreh... waktu harga getah mahal dulu, menoreh getah ni pokcik jaikan kerja part time
ReplyDeleteBoleh panggil pokcik kayo ni...masa harga getah tinggi masa tu lah mewah sikit....alhamdulillah...
DeleteAssalamualaikum kak, semoga dipermudahkan beribadah di Ramadhan ini.
ReplyDeleteSaya pun anak 'getahwan' juga. (mak dan ayah toreh getah) Biasa sangat dengan pokok getah, bau busuk sekerap, berperang dengan nyamuk dan sesekali dengan pacat. Hmm, nostalgia sangat. Sekarang ni tak tinggal banyak mana dah pokok getah di kampung saya. Banyak yang ditebang dan dinaikkan perumahan...Rasa nak balik semula zaman tu hehehe
Jika boleh patah balik...saya pun nak cuba tolong tok dan tok wan menoreh....dulu kecik2 pandai main biji getah jer...
DeleteDulu masa kakak kecik-kecik ada ikut bapak kakak ke kebun getah tapi sekarang pun dah pajakkan pada org lain. Sekerap kalau keluarga kakak tu yg dekat tempat torehan yg kering sebelum ditoreh baru itu dipanggil sekerap. Tapi yg lebihan susu kering di dalam cawan kami panggil ojol. Fida pernah dengar tak ojol? sounds lucu kan. Tapi itulah dia hihi... semua tinggal kenangan dah.
ReplyDeleteSaya dah tanya dgn bapa saya....dia pun x pernah dengar ojol...pertama kali ni saya dengar Kak Zakie
DeleteSekarang penorh getah buat ojol aje.
ReplyDeletekalau zaman dulu buat getah keping, lagi banyak kerja.http://warisanpetani.blogspot.com/2015/11/tanaman-getah.html
Nak mengangkut getah cair yang tak larat tu....
DeleteMASING2 KITA ADA PENGALAMAN DGN POKOK GETAH NI N JERIH PERIH USAHAKANYA
ReplyDeleteBetul tu Puan...banyak sudut pengalaman setiap orang...ada merasa ada melihat...
DeleteSalam Bahagia Kak Fida.
ReplyDeleteMak ada buka kebun getah dah matang pun pokoknya.
Tapi tak pernah ditoreh.
Nak pergi toreh pun jauh benor dari Kota Kinabalu.
P.S: Tak jumpalah no. Kak Fida.
Pajakkan sahaja kat orang....tapi sebelah Tamparuli memang banyak pokok getah lagi...
DeleteTidak pernah menoreh getah tapi ada pengalaman dengan kawan2 dan saudara mara yang menoreh. Bau dia tu cukup nostalgia..teringat kat mesin getah..
ReplyDeleteYa la...mesin getah...ada dekat2 macam mesin pecahkan ais batu bagi halus
Deletesaya membesar dengan kopi . arwah sepupu saya masa hayatnya juga ambil upah potong getah sebelah pagi . sebelah petang pula dia jadi tailor ... lumayan juga .
ReplyDeleteSiapa yg bekerja keras memang akan dpt bahagian mereka...janji kita rajin....
Deletetak pernah jugak cuba menoreh tapi kat Putrajaya tu boleh kan kalo nak cuba.. ada center yang kasi pengalaman menoreh..
ReplyDeleteYa...kat Putrajaya nemang ada...kat Taman Warisan Pertanian...jauh juga nak menapak...hihihi
Deletehaaa tula Taman Warisan hehe.. penah singgah kt bawah tu je beli buah. lepas tu skali lagi masuk bawak anak2 buah berlari2.. tapi x try pun menoreh.
Delete