Tuesday 9 November 2021

Padi Huma, Kg Landai, Mukim Sok, Sik, Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Jumpa lagi....kali ni masih berkisar tentang padi huma di Daerah Sik, Kedah.... Cuma hari ini saya nak berkongsi tentang siapa di sebalik padi huma ini....Bukan mudah untuk mereka mengusahakan padi huma ini....Banyak halangan tetapi akhirmya berjaya. Semua ni gambar tahun 2020 ya.

Gambar di atas adalah En Md Zain...memang asal orang Kampung Landai. Rumah dia berdepan ja dengan petak padi huma. Masa gambar ini diambil, pokok padi huma ni baru mula mengeluarkan bunga.

Rumput atau rumpai memang banyak tumbuh di celah celah pokok padi kerana ini adalah petak sawah terbiar. Biji benih rumpai memang banyak.Kawalan rumpai adalah secara manual bagi musim pertama. Musim 1/2020.

Sesi perbincangan dengan Bahagian Teknikal Jabatan Pertanian. petak ini adalah petak di kawasan bukit.

Bersama En Md Zain dan Mak Su. Penulis yang berbaju kelabu bersama Pegawai dari Bahagian Teknikal, Perak.

Yang putih tu tangkai padi varieti Tangkai Langsat. Manakala yang hitam tu tangkai padi varieti Biji Hitam.

Penolong Pegawai Pertanian Kawasan Mukim Sok, Sik.... En Zulmajdi.

Bersama Pak Mid. Petak padi huma dia bersebelahan dengan petak padi huma En Md Zain.

En Md Zain di samping padi huma dia.....

12 comments:

  1. bagus usahakan tanaman padi huma drpd terbiar kosong..padi huma ni kering je kan..tak mcm sawah padi biasa..

    ReplyDelete
  2. Namapak subur pokok padinya walau pun di tanam di huma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...Air Bukit Tinggi Mineral...Dan Guna Baja Organik

      Delete
  3. WAH SUDAH MASAK PADI DI HUMA DAH BOLEH TUAI TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Puan...Dah Merasa Dah Pahi Huma...Bau Wangi

      Delete
  4. Bestnya!
    Nasi padi huma khabarnya lebih sedap & wangi, betul ke?

    ReplyDelete
  5. Biasa dengar padi huma tapi tak tahu apa bezanya dengan padi sawah

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa santai tengok padi... Tak pernah tgk padi huma... Biasa ada dalam lagu lama jek ada sebut.. Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya....Payah Nak Jumpa Juga Padi Huma Ni...BTW Masih Aktif Berblog Lagi Ka

      Delete
  7. Salam nk dtg melawat boleh la? Ni no phone saya 0136488380.

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...