Wednesday 1 September 2021

Buah Jentik-jentik

 Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Buah Jentik-jentik

Pengenalan

Buah jentik-jentik ditanam di kawasan semenanjung Malaysia terutamanya dari Perak sehingga Johor. Terdapat dua spesies buah jentik-jentik iaitu Baccaurea polyneura Hook. f  dan Baccaurea hookeri Gage. Namun  kini, buah jentik-jentik sudah semakin jarang ditemui kerana ia tidak menjadi tanaman yang popular bagi petani masa kini. Buah ini selalu menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang masam masam manis dan berjus. Buah jentik- jentik ini amat mudah untuk dimakan kerana kita hanya perlu menjentik buah ini menggunakan jari dan ia akan terbuka sehingga menampakkan isinya yang berwarna kemerahan.

Buah Jentik-jentik


Ciri Morfologi

Purata tinggi pokok jentik- jentik besar ialah 20-25 m dan berbatang besar sehingga 1 m garis pusat. Pokok jentik-jentik mempunyai daun yang berbentuk oblong dan berwarna hijau tua. Ukuran panjang daun adalah 12-15 cm dan lebarnya 4-6 cm. Tangkai jambak pokok jentik-jentik berjuntai-juntai sepanjang 20-30 cm dari dahan dan mempunyai bunga-bunga kecil, banyak dan bersesak-sesak. Jika diteliti, buah jentik-jentik mempunyai fizikal seakan buah rambai yang bergantungan pada tangkai. Semasa muda berwarna kekuningan dan apabila masak menjadi kemerahan. Isi buah ini yang berwarna kemerahan mempunyai rasa masam-masam manis dan berjus. 

Pokok Jentik-jentik

Menuai buah jentik-jentik menggunakan galah dan bekas yang disambung dihujung galah.

Buah jentik-jentik di pokok.

Cara Pembiakan

Pokok jentik-jentik boleh dibiakkan secara formal melalui penyemaian biji benih. Namun di  kebanyakan dusun tua pokok ini ditanam secara tidak formal iaitu melalui pembuangan biji benih. Masa yang diperlukan untuk biji benih bercambah adalah selama 4 hingga 6 minggu dan perlu ditanam di tanah yang subur. Tanaman ini kebiasaannya ditanam bercampur-campur dengan tanaman lain. Masalah mati rosot sering membelenggu tanaman anak pokok jentik-jentik ini.


Semoga Bermanfaat

2 comments:

  1. Hari tu ada beli 3 pokok buah jentik. @ hidup satu lagi mati. Tak tahu lah apa jadi kat kedua pokok tersebut sebab dah lama tak balik kampung tenguk dia samada hidup ke atau mati. huhuhu bila lah boleh balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup la harapnya....nanti update ya...bestnya dapat anak pokok jentik jentik

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...