Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Rukam Masam
Pengenalan
Rukam masam adalah sejenis buah yang tidak diketahui negara asalnya namun ia boleh didapati di India, Indo-China dan Malaysia. Namun di Malaysia pokok ini sangat jarang ditanam. Buah rukam masam kebiasaannya tidak dimakan segar kerana rasanya yang terlalu masam dan kelat tetapi ianya sesuai dijadikan jeruk, jem atau acar. Warna buahnya yang berwarna merah juga amat menarik seperti buah ceri. Pokok ini padat dengan buah dan mempunyai kanopi yang bulat. Daya penarik utama pokok ini adalah pada buahnya berwarna merah serta daunnya yang berwarna merah jambu keungguan
Buah Rukam Masam Berserta Daun |
Ciri Morfologi
Tinggi pokok rukam masam boleh mencecah 15m. Dahannya banyak dan membentuk jemala yang rimbun. Daunnya yang berwarna merah jambu keungguan ketika muda dan bertukar hijau tua apabila matang mempunyai bentuk seperti bujur yang panjang dan tirus di bahagian hujung daun. Bunga rukam masam kecil, tiada kelopak dan pada aksil daun ada rasem pendek yang keluar darinya. Buahnya pula keluar dari ranting kecil dan berbentuk bulat .Warna buah hijau ketika muda dan bertukar merah apbila sudah matang serta kulitnya licin, nipis dan berkilat.
Cara Pembiakan
Buah rukam masam biasanya dibiak melalui semaian biji benih. Ia biasanya ditanam di kampung - kampung atau dusun. Namun kini buah rukam masam juga dijadikan tanaman hiasan dan ditanam di taman-taman. Secara tidak formal pokok rukam masam boleh tumbuh hasil darpada pembuangan biji benih juga.
Semoga Bermanfaat
tak pernah tahu buah ni. sekali tengok macam buah ceri. buah rukam ni spesisi buah hutan ke?
ReplyDeletePokok buah ni banyak ada di kawasan rumah-rumah kampung di sekitar Sik, Pendang dan dulu biasa jumpa di sebelah Trong, Perak... mungkin asal dari hutan...
Deletepertama kali tahu buah ni..buat acar sedap nih, masam2..
ReplyDeleteMasam buah ni....hehehe.....saya sampai tak tertelan sebab masam...
Deleteooh masa kecik2 dulu wak pon suka mkn buah cheri masam camni.. 😅
ReplyDeleteRukam ada dua...satu manis satu masam...sekarang suka makan masam lagi tak...
DeleteKalau di kampung saya kami panggil buah khe-le-khok... tak tahulah betul ke tak ejaannya :)
ReplyDeletePernah makan masa kecik2 dulu. Sekarang tak pasti ada ke tidak lagi pokoknya
Macam bunyi buah kerkup ja....ada juga buah kerkup....buah pun lebih kurang bulat....tapi daunnya berbeza dan warna buah kerkup nak merah ungu
Delete