Saturday, 11 April 2020

Pertanian dan Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tidak dapat dinafikan sememangnya Fronliners seperti Doktor, Jururawat, Tentera dan Polis dan yang berkaitan amat penting dalam menjaga keselamatan kita semua agar COVID-19 tidak tersebar kerana kita kena berusaha untuk mengelakkannya tersebar agar tidak memudaratkan orang lain...


Manakala dalam bidang pertanian...tugas dan tanggungjawab para petani juga penting dalam mengekalkan kedapatan makanan di pasaran agar bekalan makanan kita tidak terputus dan terjamin.

Sawi pun ada


  Pihak kami di Jabatan Pertanian Daerah sentiasa memberi bantuan kepada para usahawantani yang datang memohon bantuan, tidak dapat banyak sedikit pun kita akan beri.

Dalam masa PKP ini, surat pengesahan projek diberikan oleh Jabatan Pertanian Daerah Sik kepada pengusaha untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan rela supaya mendapat kebenaran ke ladang dan juga untuk tujuan memasarkan hasil pertanian. Di samping itu, mereka juga turut berdaftar di bawah program Ladang Kontrak di mana pihak FAMA juga akan membeli hasil sayuran mereka bagi memastikan tiada lambakan hasil pertanian di Daerah Sik.
Salah satu ladang sayur-sayuran di Kg Kota Aur, Sik, Kedah


Tanaman lain juga diusahakan seperti labu, timun, jagung dan lan-lain lagi yang ditanam secara bergilir. Ketika lawatan  ada sayuran daun sawi dan bayam hijau serta timun.
  
Usahawan

 Sebenarnya usahawan di ladang ini ada 5 orang semuanya. Diketuai oleh En Mahmad Zaidi.
Berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Daerah Sik dan juga di bawah FAMA Daerah Sik.

18 comments:

  1. Mudah2an tiada masalah pasaran hasil2 pertanian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita doakan ya Wak...sebab rantaian makanan ni luas...

      Delete
  2. alhamdulillah, besar jasa pengusaha dalam bidang pertanian ni...mengekalkan bekalan makanan kepada semua...moga Allah jaga kalian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...saya sangat hargai usaha mereka...penat depa..peluh depa..banyak karenah pun layankan juga...kena sabar banyak2

      Delete
  3. semoga dijauhi wabak virus covid 19 skrg nih., aminn

    ReplyDelete
  4. Wah semua tanaman subur2 belaka.. suka mama tgk

    ReplyDelete
  5. suka tengok tanaman..segar mata.

    insya Allah industri pertanian (makanan asas) begini akan kekal ada permintaan sebab makanan asas kehidupan. Cuma cabaran utama - bagaimana nak pasarkan dalam situasi PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran utama di Daerah2 utama pengeluaran hasil pertanian... insyaAllah ada penyelesaiannya...sebab kami di MOA sentiasa up isu2 kpd pihak hq utk dibincang dan diputuskan

      Delete
  6. good job to para petani & jabatan p'tanian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...berbudi kepada tanah tidak merugikan...janji usaha

      Delete
  7. subur tengok... ni jual terus ke kedai ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa jual kat pemborong, kalau hantar kedai pun kot sekitar kampung ja

      Delete
  8. Moga pendapatan para petani tidak begitu terkesan dengan wabak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...setakat ni ik..hasil boleh dijual...cuma bagi gred chai saja ada yang tak terjual...

      Delete
  9. Fiza mesti selalu dapat sayur freekan...bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga...depa selalu sedekah...
      Tapi selalunya saya pi masa depa baru nak tanam...kalau musim buah saya pi masa berbunga atau masa dah habis musim...sampai kena marah la sebab tak datang masa musim buah...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...