Thursday 2 April 2020

Trip To Sabah - Bahagian 2 - Pakai Topeng Muka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Memandangkan pada hari ini 24/02/20202 adalah hari perjalanan kami ke Sabah, makanya sebagai salah seorang yang ada sakit ni...saya beringat juga untuk cegah COVID-19 ini...

Ini kerana tangan yang kotor tidak di basuh adalah tangan yang penuh dengan kuman...Jadi pada hari itu dan hari-hari seterusnya saya cuba untuk elak bersalaman dengan sesiapa saja yang demam dan ada selesema terutama bukan ahli rombongan.... dan sentiasa cuci tangan...

Dalam masa yang sama, saya pun rasa sakit gusi lagi akibat 2 hari sebelum tu saya pi klinik cabut gigi. Masih sukar nak makan dan sakit sangat gusi ni...Nak kunyah makanan pun susah... nak bercakap banyak pun malas sebab sakit gusi...

Masa 24/02/2020 ni PKP belum bermula tetapi tentang COVID-19 ni dah ramai yang maklum... Saya dan ahli rombongan memang ada bawa topeng muka.... untuk elak virus masuk melalui saluran pernafasan... Setiap kali masuk tandas mesti cuci tangan...guna hand sanitizer yang disediakan...

Bagi yang solat 5 waktu, insyaAllah Allah jaga...

Warna hijau sebelah luar ya...


Oh ya...gambar tengah pakai topeng muka memang ada ambil, pastikan yang ada warna kat sebelah luar ya...
Dan besi lembut kat topeng muka tu kita lekapkan kat hidung dan tekan-tekan sikit ikut bentuk hidung...Disebabkan kita perempuan, maka saya guna yang bertali, senang nak ikat, kalau pakai yang ikat kat telinga, nanti jenuh pula nak jaga bentuk tudung tu...



Dah Siap

Dalam penerbangan memang saya sentiasa pakai topeng muka ni...hihihi dan Alhamdulillah duduk dekat dengan ahli rombongan sahaja...

Jumpa Lagi

8 comments:


  1. Mencegah lebih baik drpd mengubati..

    ReplyDelete
  2. Kalu kat rumah... SS guna sabun jek... Jimat jimat pakai hand sanitizer... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah sama la kita...harap masa mandi dan masa cuci pinggan ja...

      Delete
  3. Saya pun lebih selesa guna yang bertali tu. Senang nak adjust.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...senang nak buka juga...janji jangan ikat mati

      Delete
  4. Assalamualaikum fida, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    face mask, hand sanitizer mmg 2 benda yang sangat penting dan berharga ketika ini hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt... Aamiin...buat masa ini itu juga yang susah nak dapat..

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...