Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Macam mana hari ni...? Saya...? Macam-macam perasaan ada...rasa bersyukur ada...rasa gembira ada...rasa sedih pun ada...
Apapun yang kita rasa...jom doa agar Covid 19 ini segera lenyap...penawarnya ditemui segera...
Berkait dengan PKP ni...saya antara rakyat yang bekerja di sektor kerajaan... setelah dapat surat kebenaran dari pihak atasan, saya berpeluang merasai juga suasana ke tempat kerja dan hadir bertugas di pejabat pada PKP Hari Kedua...Ianya bakal menjadi sejarah yang terbaik untuk pengalaman dan panduan di masa hadapan...
Memang suasana jauh berbeza...
Seawal jam 7.00 pagi saya dah mula bergerak ke tempat kerja...jarak dari rumah ke tempat kerja dalam 65 km sehala. Kali ini saya ikut jalan melalui Kg Simpang Tiga Gajah Puteh, Sik...
Saya bawa kereta dalam keadaan santai sahaja sebab jalan memang lengang...tak perlu memotong dan dipotong kenderaan lain...
Rasa lain macam sunyi sahaja...sebab nak jumpa kereta dalam 5 minit sebiji pun susah. Tapi motor-motor senang nak jumpa sebab kelihatan seperti penduduk setempat yang keluar membeli sarapan pagi dan juga penoreh-penoreh getah yang hendak ke kebun getah masing-masing.
Tiada kenderaan |
Juga tiada kenderaan |
Ada motor dan kereta yang hendak ke gerai jualan barang basah dan segar |
Lagi 5 km nak sampai Pekan Sik...juga tiada kenderaan |
Masjid Sik Dalam |
Pekan Sik pada hari itu juga lengang...kebanyakan orang bergerak menaiki motor sahaja...Gambar kat bawah tu adalah gambar yang diambil dari Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Sik...
Pekan Sik yang lengang... |
Pada hari tu, hanya kami bertiga sahaja yang hadir bertugas untuk menyiapkan beberapa dokumen kerja, untuk menyiapkan notis waktu bekerja dan nombor untuk dihubungi, untuk menyiapkan jadual penggiliran bertugas ke pejabat (dengan surat kebenaran dari pihak atasan), untuk mengalih tanaman-tanaman hiasan dan herba ke tempat redup dan sebagainya...
Namun yang penting memastikan pejabat dalam keadaan selamat dan kenderaan jabatan dihidupkan enjin. Nanti tak pasal-pasal bertambah belanja tak berhemah...
Dah selesai semua kerja kat pejabat, kita bersiap sedia pula untuk WFH...Work From Home...
Namun yang penting memastikan pejabat dalam keadaan selamat dan kenderaan jabatan dihidupkan enjin. Nanti tak pasal-pasal bertambah belanja tak berhemah...
Dah selesai semua kerja kat pejabat, kita bersiap sedia pula untuk WFH...Work From Home...
Kami sahaja.... |
Pada hari ini juga mask pun susah diperolehi...masing-masing ada satu sahaja...
Thank you to all my staff...
Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing
Helping Farmers To Grow Our Food
From Farm To Table
Mudahkan mereka...bantu pemasaran hasil pertanian Daerah Sik
Sekian...
Thank you to all my staff...
Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing
Helping Farmers To Grow Our Food
From Farm To Table
Mudahkan mereka...bantu pemasaran hasil pertanian Daerah Sik
Sekian...
Lengang betul...Alhamdulillah, mereka mematuhi arahan..blm lg kena ke pejabat..kalau PKP dilanjutkan, mungkin mnggu depan kena masuk pejabat jg..
ReplyDeleteSama la...kami akan masuk pejabat tetapi ikut giliran...ada jadual...
DeleteSelamat bertugas semasa PKP
ReplyDeleteTerima kasih...takut pun ada..sebab jalan lengang...laluan yang saya lalu tu hari biasa pun sunyi...
Deletehati2 bertugas fida moga selamat semuanya
ReplyDeleteInsyaAllah Puan..
DeleteJauh ye 65 km tu semoga selamat perjalanan
ReplyDeleteYa...puan...jauh...kena hari yang letih tu..berhenti sat kat tepi jalan
Delete