Monday, 27 April 2020

Pendebungaan Durian Belanda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hmmm....hari ini kita cerita pasal pokok la pula ya...sebabnya, semalam saya dapat buah durian belanda dari salah seorang kenalan suami saya...dia ni selalu tanya macam-macam pasal pokok durian belanda terutama pendebungaan durian belanda....

Annona muricata

Gambar 1

Ok la...saya nak cerita yang senang-senang sahaja...tak nak guna ayat yang teknikal...nak guna bahasa biasa saja dalam bentuk cerita.

Pada hari itu, sebelah petang dalam jam 4  hingga 6 petang kami kena cari dan kenalpasti bunga yang bentuknya macam dalam Gambar 3 di bawah. Sebab malam nanti kita nak buat pendebungaan berbantu. Dari rujukan saya melalui pembacaan dan kajian yang pihak-pihak tertentu dah buat. Ada yang kata semut hitam pun bantu pendebungaan durian belanda tapi kat ladang  durian belanda ni saya tak jumpa pula semut hitam tersebut. Koloni semut tu tak sampai sini lagi kot.

Gambar 2

Gambar 3
 Bila dah jumpa bunga macam dalam Gambar 3 di atas, bunga tersebut akan ditanda dan direkod supaya malam nanti senang nak kenalpasti bunga-bunga tu kat mana.

Gambar 4 Stigma Melekit (Nampak Bersinar)
 Bunga durian belanda ini dikatakan bersifat hermafrodit atau pondan. Maknanya bunga dia ada jantan ada betina juga dalam satu bunga. Sebab itulah dalam Gambar 5 kat bawah, apabila dilihat tengok betul-betul, kita akan nampak ada debunga yang dah melekat kat Stigma. maaf ya malam tu tak sempat buat keratan rentas bunga.

Oh ya, bunga durian belanda ni bila dia matang dia ada dua fasa masa yang berbeza. Bunga betina sekitar jam 4-5 petang. Manakala, bunga jantan dia akan matang pada waktu malam sekitar jam 8 hingga 9 malam. Sumber Rujukan :https://jurnal.my/2020/01/08/teknologi-muricata-shaker-bantu-pendebungaan-durian-belanda/

Gambar 5 Stamen dan Debunga
 Pada malam itu, alat Muricata Shaker digunakan untuk menggoncang ranting-ranting yang ada bunga yang telah ditanda. Perbuatan menggoncang inilah yang dikatakan pendebungaan berbantu. Pada keadaan yang normal, angin juga boleh membantu pendebungan bunga durian belanda.

Gambar 6
Malam itu juga, demo pendebungaan berbantu menggunakan dron juga dilakukan bagi melihat sejauh manakan keberkesanan angin yang dihasilkan oleh dron membantu dalam penghasilan bentuk buah yang seragam.


Ok...nanti saya cuba kemaskini lagi ya...


Biar gambar bisu yang berbicara sat...

18 comments:

  1. maaf ye Fida..lama betul JM x jenjalan kat sini..dah lama x update blog..so blog walking pun kurang..malas tul skrg ni..adeh!!! terima kasih sudi jengah blog JM yg dah suam2 kuku tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..jangan la berhenti update...bos saya yang ada blog Anim Tecnology tu...tipsnya...tulis awal2 then baru pos hari2...

      sebab blog JM ni jadi rujukan kami utk tips jalan2

      Delete
  2. maklumat baru ni sbb tak pernah tahu cara pendebungaan tu...tahu minum jus durian belanda je..erumm sedap lak kalau buat berbuka nanti :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...kena share juga walaupun tak pakar sangat... memang sedap minum jus ni sejuk2

      Delete
  3. Proses guna shaker lg efektif..angin drone lg kuat..sedapnya durian belanda, kalau sejukkan dlm peti ais..perghh, nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...shaker lagi efektif...dron ni belum tentu sekata saiz buahnya...sebab dahan2 yang kat bahagian bawah mungkin ada yang tak kena angin kuat...

      Delete
  4. Asalam firt time lah jumpa Jari Manis di ruang catatan..harap sihat2 saja ya semua. Durian belanda tempat kami dah tak ada lah pokoknya..nak tanam ni balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...rasa gembira beliau sempat juga blogwalking...

      ya...kena tanam semula...sebab banyak khasiatnya...

      Delete
  5. oh begitu caranya baru tau bunga durian belanda pondan

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ya...setuju...bagus untuk kawal radikal bebas dalam badan..

      Delete
  7. terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...