Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 14 Apr 2020 yang lalu, agihan hasil pertanian sumbangan para petani di sekitar Daerah Sik telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil bimbingan Jabatan Kebajikan Daerah Sik yang telah menerangkan tentang panduan dan etika ketika serahan bantuan/sumbangan. Pihak RELA turut membantu dalam kerja-kerja agihan sumbangan hasil pertanian tersebut.
Sumbangan tersebut melibatkan semua pengusaha projek pertanian Di Daerah Sik dan telah melibarkan semua kaum pengusaha Melayu, Cina dan India. Antaranya En Zakaria, En Mahmad, En Shafiq, Mr Th,ng, Mr Navashastri, Mr Lim Peng Wah, Syarikat Zinon, GI ONE dll
|
Mr Th'ng - salah seorang penyumbang hasil pertanian. |
Dalam perancangan hanya 3 kawasan perumahan, namun disebabkan hasil sumbangan melebihi jangkaan, makanya bilangan kawasan perumahan bertambah menjadi empat.
Sumbangan tersebut juga dapat dipanjangkan kepada fronliners dan kakitangan bertugas pada hari tersebut seperti Hospital Daerah Sik, RELA, APM, BOMBA, Pejabat Kebajikan dan Pejabat Daerah.
Cara agihan yang dicadangkan adalah seperti dalam gambar di atas. Namun bagi mengelakkan penduduk taman keluar beramai-ramai, maka kami bergerak dari rumah ke rumah sahaja. Sekali sekala kita berjalan dalam kawasan perumahan tengah panas bukan masalah besar. Dah biasa jalan tengah ladang/kebun tengah-tengah panas.
Kami bermula dengan Taman Kuning, Taman Delima, Taman Kemiri dan seterusnya Taman....sudah lupa namanya. Pada hari itu sahaja sejumlah 350 plastik sumbangan dapat diagihkan. Ianya tidak termasuk agihan yang dibuat sendiri melalui kakitangan lain kepada jiran tetanggan di kampung masing-masing.
|
Mari Kita Berjalan |
|
Pegawai Daerah Sik (Acting) - Menyampaikan Sumbangan |
|
Pegawai Daerah Sik (Acting) dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah bergambar kenangan dengan salah seorang penerima sumbangan hasil pertanian. |
|
Saya la ni pakai tudung pink. |
Mengapa kawasan perumahan dipilih, ini kerana kita berbincang dan mendapat pandangan dari pihak yang selalu membuat sumbangan seperti Pejabat Kebajikan Daerah Sik. Bagi barangan segar adalah lebih baik diedarkan segera. Maka, kita memutuskan untuk agihan dibuat di sekitar kawasan perumahan sahaja. Manakala, agihan ke kawasan kampung hanya dibuat oleh kakitangan yang tinggal di kawasan kampung.
Tambahan pula, bantuan makanan kering seringkali diagihkan ke kawasan kampung, takut-takut kita terlepas pandang penduduk di kawasan perumahan dan ada di antara mereka ini hanya menyewa sahaja dan dalam tempok PKP ini tiada pendapatan tetap. Sekurang-kurangnya mereka juga merasa dihargai dan diingati dalam tempoh PKP ini
|
Sumbangan kepada Pengarah Hospital Daerah Sik dan BOMBA |
|
Sumbangan kepada Pesara Jabatan Pertanian |
|
Sumbangan kepada Penduduk Taman Perumahan |
|
Orang Kuat Saya |
|
Orang Kuat Saya |
|
Bergambar kenangan selepas Taklimat bersama RELA & Pejabat Kebajikan |
|
Inilah lori kami dan pemandu kami...Pak Tam |
Doakan COVID-19 cepat berakhir dan hilang terus.
Alhamdulillah..usaha murni penderma2 & Fida & friends..bestnya dapat sayur2 fresh dari kebun..
ReplyDeleteAlhamdulillah...kami pun tak sangka dapat sebanyak ini, sayurnya berlebihan samapai boleh dibahagikan banyak dan kuantiti pun bertambah2 dalam beg plastik
DeleteALHAMDULILLAH BANYAK HASIL TANI YG DISUMBANGKAN KPD RAMAI MASA PKP NK KELUAR MEMBELINYA TENTULAH TAK DAPAT
ReplyDeleteYa... betul tu Puan, dapat kurangkan sehari dua ke pasar pun ok juga...tak la depa letih berdiri utk sehari dua
Deletealhamdulillah...terima kasih buat fida dan rakan2 kerana menyumbang kepada mereka yang memerlukan...
ReplyDeletealhamdulillah...Allah izin buat kerja2 amal juga
DeleteAlhamdulillah... Stay safe ya Fida
ReplyDeleteya...jaga jarak, mask pakai dan guna hand sanitizer selalu sebagai ikhtiar
DeleteAlhamdulillah, semoga setiap langkah dan usaha murni ini akan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda oleh Allah.
ReplyDeleteStay safe, Kak Fida.
Aamiin....insyaAllah
Deletewah..bagus usaha gini. Petani sumbangkan hasil pertanian kepada penduduk. Semoga murah rezeki petani.
ReplyDeleteInsyaAllah murah rezeki mereka..
DeleteRezeki musim PKP ..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki kerana mereka pemurah...depa boleh saja jual...
DeleteAsslamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletewah banyak juga hasil pertanian tu.. mudah-mudahan hasil sumbangan ini dapat meringakan sedikit bebanan yang ditanggung penerima di musim PKP ini.
Wslm wbt... aamiin...
DeleteYa...sememangnya mereka sentiasa ucap terima kasih...
Inilah hikmahnya PKP kan Fiza.... lebih ramai yg jadi penyumbang dan lebih ramai orang yg dapat merasa.
ReplyDeleteYa..betul tu...saya ingatkan dalam 3 orang ke 4 orang sahaja...tup2 ramai pula yang menyumbang...dan ada juga yang offer nak bagi lagi kalau diulang lagi program ini..
DeleteGood effort tentu ramai yg memerlukan
ReplyDeleteYa...semua peringkat taraf hidup perlu apabila ia melibatkan kawalan pergerakan..kurang la mereka ke pasar...saya rasa macam high risk juga pasar ni
Deletesambung lagi PKP ni till 12mei..ehhh bila lelama dok umah BEST la pulak hahaha
ReplyDeleteYa..seronok juga...harap kali ini sahaja la...
Delete