Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni Chek nak guna loghat Kedah nooh dalam tulisan Chek pasai padi huma kot Sik, Kedah kali ni....
Sebenaqnya, Chek pun tak sangka kot ni boleh tanam semula padi huma hat guna benih turun temurun dari orang kot ni juga....tak gaduh dok gi beli benih dari luaq.... Benih padi ni ada dua
....satu nama dia tangkai langsat dan satu lagi nama dia biji hitam...
Kalau kita tengok gambaq padi dalam gambaq kat bawah ni, hat ni lah nooh pokok padi yang hidup dari benih turun temurun tu.....
Padi Huma |
Kat Kampung ni iaitu Kampung Landai, Mukim Sok....depa tanam dua cara....satu guna cara tugal satu lagi cara semai dulu baru ubah... Nanti dalam entri lain Chek cerita bab nak tugal ni noooh
Hat cara tugal tu untuk kawasan yang kering dan kawasan berbukit. Hat kawasan berayaq depa semai dulu....biaq bagi hidup elok dulu baru ubah....macam dalam gambaq kat bawah ni....nak dijadikan cerita masa tu pula hujan kerap sangat pula bulan Jun 2020 tahun tu....sebab tu la depa semai dulu pastu baru tanam untuk petak padi huma Pak Usop atau nama sebenarnya Yusof bin ni saja....yang petak lain depa tugal ja sebab depa buat awai sikit....masa tu hujan tak kerap turun lagi.....
Mak Su sedang menanam atau mencedong anak pokok padi ke petak sawah. |
Pak Usop |
Air Terjun Lata Hujan Lebat berhampiran yang menjadi sumber air kepada kawasan padi huma. |
Air sungai berhampiran |
Nak dijadikan cerita, ada sorang makcik yang dok kot belah Kampung Bukit Berangan yang hanya dikenali dengan gelaran Kak Dah ada buat benih padi huma...padi turun temurun ni...
Gambaq gambaq kat bawah adalah keadaan sebenar sebelum berjaya ya....dengan bantuan melalui Jabatan Pertanian....akhirnya kawasan tanah hat terbiaq lama dah bertahun dapat dibangunkan.....harapannya agar penduduk kot ni berjaya menaikkan taraf kehidupan mereka dan menambah pendapatan mereka di musim pandemik C19 ni.....
baguih lagu ni, tanah semak-samun boleh tukaq jadi bendang padi huma..
ReplyDeleteanak merpati disambar helang
terbang ke titi di dalam huma
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
Tu la... alhamdulillah....berkat usaha keras staf dan penduduk kampung.....
DeleteBaguih tu tanam padi huma, betui la buat parit dulu, sebab tak mo banyak ayarq
ReplyDeleteya....hat tu yang utaman
DeleteSeronoknya tengok depa dok tanam padi huma.
ReplyDeleteTak besa tengok cuma dengaq cerita arwah Mak ja.
Rasa nak pi melawat Sik la lepaih ni :)
mai mai...nak pi kena contact saya....senang bila kenal petani...
Deletekalau dapat tanam durian musang king bagus juga ni
ReplyDeletemusang king D187 pun memang bagus juga....selit juga dgn d99 ya...uk pendebungaan...
DeleteAlhamdulillah dpt majukan tanah terbiar dgn padi huma...org sini mm tanam padi ni dulu2 kan
ReplyDeleteya....suatu masa dahulu....sekarang mula semula selepas 20 tahun ditinggalkan utk kawasan ini....as a one of produk pelancongan
Deletebagus tu memang terbaiklah, daripada tanah terbiar dah menjadi lanskap yang menarik dan terurus. bila padi dah masak tentu semakin cantik pemandangan
ReplyDeletebantu yang mana kita boleh...inysaAllah dapat kekal relevan tanaman padi huma...
Deletekat sini ada pacat or lintah juga ke? ;-)
ReplyDeleteAda....Lintah Gunung....laju ja bergerak dalam air
Delete#105
ReplyDeletehai puan. patut nama macam familiar. hehehee
ReplyDeleteya....jumpa kot Sik payah....kita jumpa di alam blog ya....hehehe
Delete