Thursday 28 April 2022

Bubur Lambuk....Jom buat...

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bubur Lambuk....bulan ramadhan pasti insyaAllah akan ada saja bubur lambuk yang dijual mahupun dibuat edaran kepada orang ramai...

Saya yakin belum terlambat lagi untuk saya berkongsi resepi bubur lambuk dari En Zulmajdi Ismail, Kg Gulau, Mukim Sok, Daerah Sik... Cuma bubur lambuk ni dah buat lama dah tahun 2017 yang lalu. Akhirnya dapat dikongsi pada tahun 2022...dengan izin Allah swt

Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan...


💜💜💜

Tuesday 9 November 2021

Padi Huma, Kg Landai, Mukim Sok, Sik, Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Jumpa lagi....kali ni masih berkisar tentang padi huma di Daerah Sik, Kedah.... Cuma hari ini saya nak berkongsi tentang siapa di sebalik padi huma ini....Bukan mudah untuk mereka mengusahakan padi huma ini....Banyak halangan tetapi akhirmya berjaya. Semua ni gambar tahun 2020 ya.

Monday 20 September 2021

Padi Huma

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni Chek nak guna loghat Kedah nooh dalam tulisan Chek pasai padi huma kot Sik, Kedah kali ni....

Sebenaqnya, Chek pun tak sangka kot ni boleh tanam semula padi huma hat guna benih turun temurun dari orang kot ni juga....tak gaduh dok gi beli benih dari luaq.... Benih padi ni ada dua

 nooh....

....satu nama dia tangkai langsat dan satu lagi nama dia biji hitam...

Kalau kita tengok gambaq padi dalam gambaq kat bawah ni, hat ni lah nooh pokok padi yang hidup dari benih turun temurun tu.....

Padi Huma

Thursday 2 September 2021

Buah Rukam Masam

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rukam Masam

Pengenalan

Rukam masam adalah sejenis buah yang tidak diketahui negara asalnya namun ia boleh didapati di India, Indo-China dan Malaysia. Namun di Malaysia pokok ini sangat jarang ditanam. Buah rukam masam kebiasaannya tidak dimakan segar kerana rasanya yang terlalu masam dan kelat tetapi ianya sesuai dijadikan jeruk, jem atau acar. Warna buahnya yang berwarna merah juga amat menarik seperti buah ceri. Pokok ini padat dengan buah dan mempunyai kanopi yang bulat. Daya penarik utama pokok ini adalah pada buahnya berwarna merah serta daunnya yang berwarna merah jambu keungguan 

Buah Rukam Masam Berserta Daun

Buah Nam Nam

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buah Nam-nam

Pengenalan

Nam-nam atau nama popularnya buah katak puru banyak ditemui di sekitar tenggara Asia. Selalunya di Malaysia, pokok ini gemar ditanam di tepi- tepi rumah manakala di kampung pula ia ditanam berkonsepkan dusun. Pokok ini amat menarik kerana selain bentuknya yang cantik buahnya pula boleh dimakan terus. Kanak-kanak gemar memakannya bersama garam atau kicap dan rasa buahnya berbeza berdasarkan jenis, ada yang manis dan ada juga yang masam.

Buah Nam-nam

Wednesday 1 September 2021

Buah Tampoi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buah Tampoi

Pengenalan

Tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa (Miq.) Muell.Arg.) merupakan spesies yang semakin nadir di Semenanjung Malaysia. Tampoi kurang ditanam oleh petani dan kebanyakan pokok tampoi boleh dijumpai di hutan di seluruh semenanjung Malaysia dan Singapura. Dua jenis tampoi yang boleh didapati iaitu tampoi yang mempunyai isi berwarna putih dan tampoi yang mempunyai isi merah. Isi buah tampoi boleh dimakan terus dan isinya sangat manis. Namun begitu, isi buah tampoi tidak begitu lekang dari bijinya dan isinya agak  nipis. Bagi masyarakat orang Asli buah tampoi diperam untuk dijadikan arak dalam upacara keramaian mereka.  

Buah Tampoi

Buah Rambai

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Buah Rambai

Pengenalan

Rambai atau nama saintifiknya Baccaurea motleyana Muell.Arg. merupakan buah-buahan indo-Malaysia yang terkenal di kampung- kampung atau dusun- dusun tua. Pokok rambai amat mudah dikenali kerana strukturnya yang mempunyai buah-buah yang bergantungan pada dahan atau ranting pokok. Rambai tergolong dalam kategori buah bermusim dan berbuah amat lebat dan serentak. Buahnya yang mempunyai rasa masam dan manis boleh terus dimakan atau dijadikan produk makanan yang lain seperti jus, halwa , jeli atau makanan ringan. Kulit rambai juga digunakan dalam masakan  tradisional Melayu contohnya seperti masak lemak, kari dan asam pedas. Tanaman rambai ini sewajarnya diperluaskan memandangkan terlalu banyak kegunaannya serta pengeluaran buah yang lebat tanpa sebarang masalah.

Buah Jentik-jentik

 Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Buah Jentik-jentik

Pengenalan

Buah jentik-jentik ditanam di kawasan semenanjung Malaysia terutamanya dari Perak sehingga Johor. Terdapat dua spesies buah jentik-jentik iaitu Baccaurea polyneura Hook. f  dan Baccaurea hookeri Gage. Namun  kini, buah jentik-jentik sudah semakin jarang ditemui kerana ia tidak menjadi tanaman yang popular bagi petani masa kini. Buah ini selalu menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang masam masam manis dan berjus. Buah jentik- jentik ini amat mudah untuk dimakan kerana kita hanya perlu menjentik buah ini menggunakan jari dan ia akan terbuka sehingga menampakkan isinya yang berwarna kemerahan.

Buah Jentik-jentik