Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Salam Ramadhan 23 Ramadhan 1441 Hijrah
Selamat Hari Guru
Mak dan Bapa Saya
Buat Adik Saya Cikgu Awa
Buat Adik Saya Ustaz Nasir
Buat Adik Ipar Nur Astira
Buat Abang Sepupu Abg Kae E
Buat Kak Sepupu Kak Yang
Buat Kakak Sepupu Kak Yatie
Buat Mak Saudara Wan Chu
Buat Kawan Baik Juhaida
Buat Semua rakan-rakan yang menjadi cikgu
Dan Untuk Saya Juga...
Cikgu kepada Petani
Semua Staf Saya Serta Rakan-rakan Sekerja
Semua Warga Jabatan Pertanian dan
Semua Warga Moa Inc Daerah Sik
Al Fatihah Buat Guru-guru saya yang telah pergi selamanya dan juga buat guru-guru yang lain...
Eh eh...dah panjang lebar senarai guru-guru saya...
Hadiah untuk anda semua adalah
Resepi Timun Goreng Bilis PKPB
Gambar 1 Timun yang telah dihiris nipis. |
Okay...saya mulakan ya....bahan-bahan nak buat Timun Goreng Bilis PKPB ini senang sahaja ya...
Bahan-bahan
1. Timun dihiris seperti dalam gambar
2. Ikan bilis secukupnya
3. Bawang merah dihiris nipis
4. Cili Api secukupnya
Cara Memasak
Hiris timun seperti dalam Gambar 1 kat atas.... Kalau nak hiris cara lain pun boleh saja...Lepas tu kita tumbuk semua ikan bilis, sekali dengan bawang dan cili api. Nak blender pun boleh juga tapi nanti lambat kering pula airnya tu nanti, sebab timun goreng bilis ni saya masak ala-ala kering ja...sebab tak nak bagi timun tu terlalu masak sangat.
Gambar 2 Bahan-bahan lain |
Masa menumis tu, masak bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga hampir garing, kemudian masukkan sedikit air secukupnya...tapi kalau anda semua nak lebihkan air pun tak ada masalah. Pastu masukkan timun dan goreng gaul rata.Pastikan timun kita tidak dimasak lama sangat, nanti tak rangup tak sedap pula...lembut sangat nanti. Oh ya...garam dan serbuk perasa masukkan secukupnya ya...
Gambar 3 Dah Siap Timun Goreng Bilis PKPB |
Oh ya....saya tak buang kulit timun sebab saya yakin bila banyak serat, makan proses pencernaan akan lebih lancar di samping dapat mengawal lebihan gula dan karbohidrat yang diserap oleh badan. Sebelum ni, makan sayur kurang, maka badan pun dah tak sihat sangat....
Dalam tempoh PKP ni, baru dua resepi saya kongsi...yang satu tu Bendi Goreng Berempah PKP
Dalam tempoh PKP ni, baru dua resepi saya kongsi...yang satu tu Bendi Goreng Berempah PKP
Sekian....Selamat Mencuba
selamat hari guru sedunya jugak., ;p
ReplyDeleteYa...kita pun cikgu juga...mak bapa kita pun cikgu yang terawal juga buat kita
Deletewahh kali pertama kak ana jumpa resepi timun goreng ni fida, tq sharing boleh cuba :)
ReplyDeleteya ka Kak Ana...boleh cuba la...manatau kena selera dengan Kak Ana...
DeleteBiasanya timun buat ulam atau acar aje
ReplyDeleteSelamat hari guru
Ya...timun kebiasannya buat makan segar ja...resepi ni dari kawan kat Sabah dulu...dia yang ajar...
DeleteBoleh cuba nanti. Simple n rasa sedap.
ReplyDeleteYa Puan...cuba la...senang dan ringkas tapi nak hirisnya kena rajin...huhuhu
DeleteTimun ni uncle ratah macam buah je.... hehe
ReplyDeletekalau timun jepun ya...saya makan camtu ja sebab rangup sangat
DeleteLuar biasa resipi ni. Guna timun.
ReplyDeleteLuar Biasa...ya...saya pun rasa begitu bila mula-mula tau ada resepi ini..
Deletebuat jelatah sedap ni..
ReplyDeleteJelatah memang kegemaran saya ditambah lagi dengan nanas dan kacang tanah sikit...
DeleteMakan dengan nasi panas2 sedap ni.
ReplyDeleteMasak ni masa travelling OK juga ni thanks for the idea.
Ya...resepi dari kawan masa tinggal di Sabah dulu....
Deletetak pernah masak timun goreng bilis ni..boleh try
ReplyDelete