Friday, 8 May 2020

Misi Banjir - Persiapan Di Sebalik Misi Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Artikel kali ini berkait dengan Entri Misi Banjir ke Kelantan (terima kasih Pn Paridah sebab telah buat saya ingat perkataan entri) awal tahun 2015. Dah lama...? Ya...sebab baru sekarang nak berkongsi dengan anda semua. Saya yakin, anda masih ingat dengan banjir besar yang melanda negeri Kelantan suatu masa dahulu.

Pihak Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti kami juga terlibat dalam memberi bantuan untuk mereka yang terlibat dengan banjir. Banyak prosedur untuk kebenaran diperlukan bagi memenuhi misi ini agar menjadi realiti. Akiviti persiapan ini dilakukan pada 8/1/2015.

Antara peket minuman dan minuman dalam tin yang mudah buat mangsa banjir.
Minuman dalam uncang dan minuman dalam tin antara yang mudah untuk mangsa banjir sediakan dan nikmati. Kita sedia maklum sumber air bersih dan juga elektrik dah tentu belum sempurna dibaiki oleh pihak-pihak berkaitan.


 Baju-baju baru dan terpakai turut disumbangkan oleh warga Jabatan Pertanian di Perak bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.


 Sabun pencuci juga turut disalurkan bagi kegunaan mangsa mencuci apa yang patut.


Sebahagian kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja pembungkusan barangan supaya lebih teratur dan senang untuk diagihkan ke kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. Pihak kami hanya menghantar barangan bantuan ke pusat pengumpulan di Kompleks Pertanian Lundang, Kelantan sebelum diagihkan ke kawasan-kawasan yang terlibat.


 Penyapu, berus dan semua yang berkaitan juga disalurkan bagi kemudahan mencuci lantai rumah dan sekitar rumah... sekurang-kurangnya ringan la sikit beban mereka...



Pampers kanak-kanak juga disalurkan untuk kegunaan anak-anak kecil.



Nampak saja tak penuh, sebab kaki akan singgah untuk mengambil lagi barangan bantuan di Kuala Kangsar.

Sekian. nanti kita sambung lagi dengan siri seterusnya.

14 comments:

  1. harap2 takde lagi banjir besar macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...insyaAllah...semoga tiada lagi banjir seumpama ini...

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Ohh, baca n3 ni teringat pengalaman yang sama.. menyalurkan bantuan kepada mangsa musibah termasuk mangsa banjir di kelantan. nk kena godek2 laptop cari semula gambar2.. tu pun kalau masih ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...alhamdulillah sihat...kena cari gambar2 lama untuk perkongsian yang baik agar dapat diikuti orang lain...

      Delete
  3. Bagusnya team akak menyumbangkan bantuan kpd mangsa2 banjir kuning 2014. Hampir 6 thn bencana itu berlaku dan ia sukar dilenyapkan daripada ingatan sy yg terkesan kerana banjir itu. Dah follow blog akak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...nanti nak sambung lagi dengan gambar2 seterusnya...semoga tiada lagi banjir seumpama itu...

      Delete
  4. memang kenangan betul nih
    moga tahun nih tak adalah banjir kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya aamiin...kenangan yang menjadi sejarah juga...

      Delete
  5. Alhamdulillah, sumbangan yang sangat membantu mereka yang memerlukan. harap harap tiada lagi kejadian banjir besar. risau juga dengan keadaan covid yang melanda malaysia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...apabila sumbangan diberikan ternyata mereka terima seadanya dan sekadar kegunaan mereka sahaja...

      Delete
  6. Kenangan yg tak boleh dilupakan..terbaik kak and team beri sumbangan kpd mangsa banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos akak pun main peranan sebenarnya...cuma akak terpilih pula untuk mengetuai perjalanan tersebut...

      Delete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...