Tuesday, 31 March 2020

Trip To Sabah : Bahagian 1 - Persediaan Sebelum Naik Kapal Terbang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama tak menulis di blog ini...rindu pula nak menulis...

Kali ini nak cerita tentang Percutian Ke Sabah pada 24/02/2020 hingga 1/03/2020 yang lalu...

Bergambar di kaunter 

Apa yang pasti kita kena tiba awal di Lapangan Terbang untuk memudahkan urusan kita Check In Luggage... sebab rombongan kami sahaja ada dalam 24 orang. Beberapa masalah dijangka akan timbul sekiranya tidak diuruskan dengan baik...

Cuma saya ni tak boleh kelam kabut...kita kena buat satu-satu...

Persediaan Sebelum Penerbangan

Sehari Sebelum Penerbangan
1. Buat Group WhatsApp

2. Hebahkan jadual perjalanan

3. Hebahkan masa penerbangan, berat bagasi dan senarai nama mengikut tempahan tiket penerbangan.

4. Sentiasa memberi peringatan kepada semua ahli rombongan supaya patuh kepada semua Perkara 3 di atas.


Di Lapangan Terbang
1. Pastikan semua ahli rombongan telah berada di Lapangan Terbang seawal 2 jam sebelum masa penerbangan.

2. Pastikan semua ahli rombongan membawa kad pengenalan masing-masing

3. Pastikan semua ahli rombongan menimbang dan menyusun bagasi masing-masing mengikut senarai nama dalam tempahan tiket kerana bagasi tersebut mesti tidak melebihi berat yang ditempah. Tengok macam gambar di bawah. Ini untuk memudahkan proses daftar masuk bagasi melalui kaunter.

4. Pastikan Boarding Pass dan Tag Bagasi dicetak awal di rumah atau boleh juga dicetak di Kiosk yang disediakan di Lapangan Terbang.

Susun beg-beg ikut kumpulan senarai nama dalam tiket tempahan
Oh ya....sebelum rombongan kami bertolak ke Sabah, maklumat berkaitan Corona Virus ini telah tersebar. Makanya, semua ahli rombongan diingatkan untuk memakai topeng muka ya... Risau juga sebab ramai yang dah otai-otai menyertai rombongan ini...

Alhamdulillah...sehingga kini semua ahli rombongan sihat dan bebas dari Covid 19.


.....

10 comments:

  1. wahh sonoknyer jalan2 sabah bahh.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...siok ooo...tempat lahir dan membesar ba ni Wak

      Delete
  2. ALHAMDULILLAH SEMPAT JLN2 KE SABAH N TIADA APA2 MASALAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...macam tu Puan...Alhamdulillah dipelihara Nya

      Delete
  3. Alhamdulillah..sempat travel seblm PKP dan semua ahli tiada masalah..

    take care, sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Alhamdulillah..kami pergi juga saringan kat klinik kesihatan di Pokok Sena sebab husband demam...alhamdulillah dah lega dah 2 mggu lalu...

      Delete
  4. Sempat juga terbang ye sebelum PKP...

    ReplyDelete

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Senang Saya Nak Pi Melawat Pula...